Cahaya putih mengelilingi ruangan bilik, segala perabot dan almari didalam bilik turut hilang.. rumput hijau yang subur dan bunga-bungaan turut beralun mengikut arah angin.. Terasa damai disaat dia berada disana.
Tersedar bilik yang diduduki tiba-tiba berubah dan hanya tinggal katil yang dibaringnya ditengah-tengah padang rumput yang menghijau. Lekas dia menuruni katil dan berjalan diatas rumput. Sungguh terasa tenang dan damai disaat berada disini.
"Kenapa aku dekat sini? Bukan ke semalam aku tidur didalam bilik ke?" Getus hati kecil nya sambil kaki melangkah berpusing mencari pintu keluar.
Tiba-tiba keluar gambaran sepasang pasangan sedang menyarung cincin.. disitu ada makngah, mama, maklong dan ramai lagi.
Terasa cecair jernih mengalir di pelupuk mata. Entah mengapa gambaran majlis itu seperti majlis akad nikah dan yang pasti buat kaki nya tetap statik melihat gambaran itu.
"Bukan ke.. pengantin lelaki tu Omar Izzuddin? Habistu siapa pengantin perempuan..?" Soal Awfa sendirian.
Dengan penuh debaran dia dapat melihat jelas pengantin perempuan itu bukan dirinya, wajah gembira Syafifi yang sedang menyalam tangan suaminya.
"Tak mungkin kan? Omar bukan lelaki tu kan? Pengantin Nur Syafifi Nasuha?" Tepis Awfa kuat..
"Bukan!!!" Tempik Awfa sehingga dia tersedar dari mimpi.
Awfa melihat ruang bilik nya yang sudah pasti memang biliknya. Tiada lagi gambaran putih dan tayangan yang merenggut seluruh jiwanya. Sakit kepala yang menyerang buat kan dirinya merintih.
"Ya allah kenapa kepala aku sakit sangat? Apakah darah yang keluar dari hidungku ada kaitan dengan penyakit bahaya?"
Jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan kanan ditilik. Jam sudah masuk pukul 4pagi. Terasa lubang hidungnya tersumbat dan cecair hangat turut mengalir setitik-setitik jatuh di atas telapak tangan.
Lekas dia bangun turun dari katil masuk kedalam tandas. Hidung dibasuh berulang-ulang sehingga darah berhenti. Kepalanya masih lagi berdenyut-denyut. Kapas digulung dan disumbat kedalam lubang hidung untuk hentikan pendarahan.
Dia membersihkan diri dan mencuci sedikit darah yang mengalir. Entah kenapa pagi ni darah keluar sedikit banyak dari semalam. Terpaksa lah dia menukar lagi kapas dan ditutup di tempat yang sama. Wajah nya juga ketara terlihat pucat.
Awfa menunaikan solat sunat hajat dan tahajjud. Tidak lupa mengaji sebelum azan subuh berkumandang. Terasa tubuhnya sedikit lesu tidak bermaya, cukup lelah dengan mimpi tadi dan penyakit yang menyerangnya sekarang.
Selepas solat subuh Awfa membaringkan semula tubuhnya. Tidak larat untuk turun kebawah, tubuh nya sekarang ibarat dihempap batu besar.
Entah bila dia terlelap, sedar saja Aira yang mengetuk pintu mengajak nya turun sarapan. Kepalanya masih berat walaupun sudah hilang sakit berdenyut.
YOU ARE READING
DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)
RomanceAWFA ERDINA... Ku menutup seribu peluang demi mencintai dirinya seorang.. Tidak salah menaruh perasaan suka kepada seseorang kerana itu adalah fitrah tapi biarlah hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi siapa tahu perancangan Allah adalah sebaik-baik p...