{18}

43 4 0
                                    

     Pelamin yang siap digubah dipandang teruja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pelamin yang siap digubah dipandang teruja. Esok majlis tunang dan nikah akan berlangsung sekaligus. Pada mulanya dia hanya mahukan majlis yang simple saja tapi mummy Zafran pula menginginkan majlis gah walaupun hanya 2majlis saja yang berlangsung pada esok hari. Tetamu yang dijemput hanyalah saudara mara dan sahabat rapat saja. Bising juga keluarga yang lain bila majlis Awfa tiba-tiba dan sangat mengejut memandangkan majlis Fifi dengan Omar masih baru lagi walaupun sudah hampir 2bulan. Awfa tidak kisah kerana baginya ini adalah untuk dirinya memandangkan Zafran tidak mahu berjauhan dengan Awfa dan satu lagi takkan lah Awfa mahu serumah dengan Zafran tanpa ikatan yang suci sepanjang di samping lelaki itu.

Beberapa hari lepas, Fifi dan Omar serta keluarga yang lain ada datang untuk melawat Awfa setelah tahu Awfa pulang dari Australia. Mereka semua turut terkejut kerana Awfa akhirnya pulang setelah lama menghilang. Memang mereka mulanya marah kerana gadis itu menghilang di hari pernikahan Fifi dan Omar setelah diceritakan oleh Encik Affan sebulan yang lalu rupanya gadis itu harus pergi menunaikan Umrah barulah mereka faham.

Semasa berkumpul ramai-ramai mereka hairan kenapa Awfa kelihatan tidak teruja bahkan gadis itu banyak merenung wajah mereka. Awfa juga siap main teka-teka mana tidaknya dia hanya mengingati wajah tua mereka ketika usianya masih 18tahun sudah 6tahun berlalu.

Awfa bahkan tidak rapat dengan Fifi. Wajah Awfa juga kelihatan dingin dan tidak banyak berbicara ketika berkumpul.

Ketika Ain teman rapatnya di Morocco sampai di rumahnya sehari selepas dia sampai, Awfa rasa sedikit kekok pada mulanya sehingga Ain tidak tahu hendak mulakan bagaimana hubungan mereka. Menangis Ain bila dapat tahu yang teman baiknya itu amnesia disebabkan ditimpa kemalangan. Banyak cerita Ain kongsikan semasa mereka berada di Morocco sehinggalah Awfa mula selesa berbual dengannya. Dia faham susah untuk selesa dengan keadaan sekeliling lagi-lagi fikiran terlalu kosong.

Encik Affan menjelaskan keadaan Awfa yang sebenarnya dari penyakit kanser yang dihidapi oleh Awfa sehingga terjadi kemalangan. Ada yang simpati ada yang terharu kerana kuatnya Awfa menempuhi ujian yang menimpa gadis itu.

Awfa masih melayan Fifi dingin. Bukan niatnya untuk buat Fifi terasa tapi impak yang berlaku dalam hidupnya terlalu kejam. Dia bukan lah sebaik Awfa yang sebenar tapi dia cuba menghapuskan rasa benci yang menyinggah. Keadaan Fifi yang mengandung buatkan Awfa lebih banyak diamkan diri bimbang mulutnya berbinasa sehinggakan memburukkan keadaan.

Awfa yang sekarang lebih suka asingkan diri. Dia tidak suka berada dengan orang ramai, tidak banyak bercakap lebih buat dia rasa selesa. Sebolehnya dia ingin selesaikan dengan cepat agar dia kembali pulih seperti asal.

Sedang dia sibuk menggubah barang hantaran untuk pengantin lelaki tiba-tiba Fifi datang duduk disebelahnya menghalang dia dari pergi. Awfa endahkan kehadiran wanita itu, dia masih belum selesa untuk berbual secara baik. Omar yang memerhati isterinya dan Awfa dari jauh cuma diam tidak mahu masuk campur. Melihat layanan Awfa yang dingin saja buatkan dia takut untuk menegur.

DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)Where stories live. Discover now