{22}

14 1 0
                                    


Awfa memaut lengan Zafran memandangkan suaminya menolak troli yang berisi bagasi mereka berdua. Dia masih lagi pening dan lenguh setelah beberapa jam berada dalam flight.

Kandungan nya yang masih baru sangat lah tidak beri kerjasama kerana malam hari dia kerap muntah mujur lah stewardess sediakan plastik untuk ibu mengandung sepertinya.

Mereka berdua dijemput oleh pemandu Daddy memandangkan 4bulan lepas mereka berdua dihantar oleh keluarga mereka. Zafran menyuruh Awfa masuk kedalam kereta dulu kerana dia ingin menyimpan bagasi mereka dalam bonet dibantu oleh pemandu peribadi Daddy.

    Sampai di Villa milik Daddy Awfa dan Zafran disambut penuh teruja oleh mummy dan Daddy. Tersenyum Awfa dengan sambutan kedua ibu bapa mertuanya itu. Pipi gebunya dicium penuh kasih sayang oleh Puan Maiserra. Kemudian Awfa menyalam tangan bapa mertuanya Tuan Daud dan lelaki itu menggosok kepalanya dengan lembut.

   "Akhirnya balik juga anak menantu mummy daddy ni. Nak pergi kesana kesihatan Daddy pula tak mengizinkan untuk naik kapal terbang." Ujar Puan Sri Maiserra. Sungguh dia rindukan mereka berdua tapi apakan daya keduanya jauh di luar sana.

   "Takpelah mummy Rian dah ganti ubat rindu mummy untuk dua minggu ni. Tapi kena gilir ganti lah dengan keluarga mama dan papa juga." Balas Zafran kemudian disalam tangan kedua orang tuanya itu.

    Dipeluk keduanya penuh rasa rindu yang tersemat didada. 4 bulan bukan jangka masa yang sekejap tapi lama dia dan Awfa tidak dapat balik memandangkan kesibukan dia dan isterinya yang masih dalam rawatan disana. Alhamdulillah Awfa sudah habis rawatan di hospital cuma masih lagi harus jumpa doktor untuk temujanji.

    "By the way mummy, daddy soon you guys will be atuk dan nenek." Ujar Zafran Darrian mengkhabarkan berita gembira kepada kedua nya.

    "Betul ni Awfa?" Tanya Puan Maiserra.

    "Ye betul apa yang abang cakap mummy, kandungan Awfa dah masuk sebulan. Tak lama lagi mummy dengan daddy akan jadi atuk dengan nenek." Balas Awfa dengan senyuman.

   "Alhamdulillah tengok bang dorang tak balik berdua tapi balik bertiga. Kita bakal jadi atuk nenek lah ni." Ujar Puan Maiserra penuh teruja. Dipeluk Awfa sekali lagi. Dibawa menantunya masuk kedalam meninggalkan Zafran dan Tuan Daud dengan bagasi besar diluar.

    "Amboi mummy teruja dengan bakal cucu terus ditinggalkan Rian dengan daddy kat luar." Bebel Zafran melihat kerenah ibunya.

    "Alah biarlah mummy kamu tengah semangat apa kamu tahu? Dia dah lama nak pegang cucu sendiri nanti nak harapkan siapa lagi kalau bukan anak kamu juga. Dulu sibuk duk pegang cucu orang tak lama lagi boleh pegang bakal cucu sendiri pula." Tegur Tuan Daud kepada anaknya.

    "Iyalah daddy.."

    "Ni daddy nak tanya bila kamu nak balik rumah mertua kamu? Nanti apa pula kata mereka." Soal Tuan Daud kepada Zafran sambil menarik bagasi milik anaknya masuk kedalam rumah.

    "Insyaallah esok lah Daddy. Kitorang bergilir je lah. Malam ni bermalam kat sini lah dulu lepastu esok bermalam kat rumah mama dengan papa 4hari lepastu balik sini semula. Gilir-gilir sampai habis cuti Rian kat sini. Lagipun tak boleh nak cuti lama juga nanti atasan Rian call susah lah nak apply cuti balik." Balas Zafran ringkas.

    "Bagus lah kalau bergilir tidak lah mertua kamu terasa hati pula sebab kamu balik rumah kami dulu sebelum rumah mereka. Sudah lah lepas kahwin haritu tak balik-balik langsung ini balik terus dengan kejutan pulak."

    "Nak buat macam mana Daddy namapun rezeki kami takkan pula nak menidakkan yang Awfa dah mengandung anak kami."

    Masuk kedalam mummy dengan Awfa masih sibuk berbual. Geleng kepala Zafran dengan sikap mummynya yang tak menyabar. Sudah lah Awfa tidak berapa sihat boleh pula diajak sembang. Wajah kepenatan isterinya dipandang kasih. Kesian isterinya sudah lah sedang dalam alahan tapi demi menjaga perasaan ibu mertua sanggup menahan kantuk yang sedang bermaharajalela.

DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)Where stories live. Discover now