{20}

28 7 0
                                    

     Suasana lapangan terbang Kuala Lumpur hingar bingar dengan suara manusia yang sedang berpusu-pusu di dalam nya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Suasana lapangan terbang Kuala Lumpur hingar bingar dengan suara manusia yang sedang berpusu-pusu di dalam nya. Ada yang baru sampai dan ada juga yang baru ingin ke balai berlepas termasuk lah Awfa dan Zafran yang masih berada bersama lingkungan keluarga yang ingin menghantar mereka berdua.

    Pantas masa berlalu dan hari ini mereka berdua harus pulang ke Australia semula kerana cuti Zafran sudah habis dan lelaki itu harus pulang segera kerana perkhidmatannya diperlukan. Awfa juga turut mengikuti Zafran kerana rawatan terapi nya masih belum habis dan suaminya juga merupakan doktor yang merawat dirinya jadi tidak salah.

    Tangan Awfa sudah ditarik kedalam genggaman tangan Zafran memandangkan pengumuman panggilan ke balai berlepas masuk kali kedua untuk penumpang penerbangan ke Australia. Ramai yang datang tidak lupa keluarga Zafran.

    "Sorry Fifi aku tak tahu sempat ke tidak nak sambut baby sulung kau nanti. Kalau Zafran ada cuti insyaallah kami balik melawat baby kau. Jaga diri, jaga kesihatan kalau Omar buli or marah kau call je aku nanti tahu la aku suruh suami aku libas." Pesan Awfa sambil memeluk ibu mengandung itu.

    "Takde lah Fa.. Omar jaga aku baik je. Thank you sebab sudi layan perangai pelik aku." Senyum Fifi dengan wajah mendung. Emosi nya terganggu bila ingin berpisah dengan Awfa.

    Dia sudah berdamai biarlah sebolehnya dia tiada dendam dengan ibu mengandung tidak mahu wanita itu merasa bersalah dengannya walaupun kenyataan Fifi tidak pernah tahu hal sebenar.

    Awfa hanya pamerkan senyuman biasa kepada Omar tanda amanatnya harus dipatuhi oleh lelaki itu. Dia mahu Omar lupakan semuanya yang pernah terjadi tidak perlu menaruh harapan yang tinggi kerana cinta yang dulu milik Omar kini sudah beralih milik Zafran suaminya yang sah.

    "Maafkan Awfa ya semua.. sorry tak dapat luang masa lama dengan korang. Insyaallah bila Zafran dapat cuti kami balik." Ujar Awfa dengan senyuman. Menahan diri dari menangis.

     Aira memeluk dirinya erat. Mahu bermanja sebelum kakaknya pergi.

    "Kakak cepat-cepat bagi adik anak buah.. kesian Aira kesunyian cepat sangat akak kahwin tak sempat nak bermanja." Bebel Aira dalam pelukan.

    Tergelak kecil semua orang disitu dengan permintaan pelik Aira.

   "Iya lah nanti akak post anak buah untuk kau dik.. Dah jangan nangis. Akak dengan abang Zafran dah nak naik nanti terlepas flight pula." Lepas Awfa menolak Aira perlahan.

    Perlahan-lahan dia dan Zafran berjalan meninggalkan semua orang dibelakang. Tubuh Zafran dipeluk melepaskan tangis yang ditahan. Tidak sanggup ingin menjauh dengan keluarga sekali lagi.

     "Abang... saya akan merindui mereka semua disini nanti." Esak Awfa didalam pelukan suaminya.

    "Sabar sayang.. nanti semuanya selesai kita akan balik semula ke tanah air. Kontrak abang dengan hospital baru je masuk beberapa bulan. 6tahun tu lama lagi.. sabar sikit je lepastu abang akan pegang syarikat Daddy." Pujuk Zafran agar isterinya bersabar.

DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)Where stories live. Discover now