Awfa merenungi ka'abah dihadapannya kini. Impian nya kali kedua sampai ke sini. Disini dia datang dengan banyak rasa didada. Biarlah selama 10hari disini dia buat ibadah yang sempurna dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan rawatannya selepas ini. Dia tidak tahu selepas ini akan terjadi keajaiban apakah. Hanya Allah tempat dia memohon ampun dan berserah.
Walaupun penyakitnya agak parah tapi dia juga ada daftar namanya di salinan kenalan agar jika terjadi apa-apa mudah untuk berurusan dengan perawat yang merawat dia sebelum. Dia menulis nombor telefon Zafran di catatan rawatan agar pihak yang bertanggungjawab dapat berurusan dengan mudah dengan lelaki itu. Zafran juga sudah berpesan berkali-kali kepadanya jika terjadi apa-apa jangan lupa menyimpan nombor nya didalam kenalan kecemasan.
Zafran juga tidak pernah lupa untuk telefon dirinya semasa dia berada di Morocco beberapa hari lepas sebelum bertolak datang ke sini. Sikap mengambil berat Zafran buatkan Awfa susah hati saja hendak datang ke sini tapi Awfa tekadkan diri untuk lakukan ibadahnya sebelum dia berehat sepenuhnya di hospital.
Awfa bangun dan menyelesaikan ibadah pertamanya. Dia kuatkan diri untuk lakukan tawaf sehingga habis. Selepas itu dia akan mulakan untuk berdoa kepada insan insan yang di sayangi nya dan doa untuk dirinya di akhir sebelum pulang. Terasa dirinya masih banyak yang kurang dan dosanya yang dia tidak sedar walaupun kecil tapi masih sarat rasanya.
Masih dia ingat bagaimana dia pergi tak menoleh lagi dan bagaimana dia melayani perasaan temannya yang lain tanpa khabar dan tanpa dia sedar itu adalah dosa kecilnya yang dia tinggalkan. Dia perlukan kekuatan untuk teruskan perjalanan hidupnya yang masih sirna kedepannya.
Balik saja ke hotel seperti biasa dia menulis email dan hantar kepada Ain dan adiknya. Marah benar si cantik itu bila dapat tahu tentang dirinya. Pada mulanya dia juga terkejut bagaimana Aira bisa tahu tentang penyakitnya. Tapi bila dia tersedar yang diari kesayangan hilang terpaksa lah dia jujur dan menyuruh Aira diamkan diri dari semua orang. Bila dia bersedia Awfa sendiri akan beritahu semua orang. Awfa juga berbalas mesej dengan Zafran untuk beritahu tentang kesihatannya agar lelaki itu tidak kerap menelefon dirinya disini. Bukan apa tidak selesa sangat bila dia sedang berbuat ibadah di tanah suci ini.
Awfa berehat seketika di Hotel sebelum keluar semula untuk ke tempat lain lagi.
Selama sepuluh hari disini hidup Awfa sungguh tenang seolah mempunyai nyawa yang baru. Esok dia bakal pulang ke Morocco kembali. Tidak banyak yang di belikan kerana dia hanya ingin post saja barang ke Malaysia biar Aira sendiri yang mengambilnya di pos laju. Sehari sampai ke Morocco setelah selesai urusan lain Awfa harus bertolak ke Australia. Dia ke Morocco pun Fateh dengan Lutfi tidak tahu bukan apa tidak mahu menyusahkan kedua jejaka itu datang ke Morocco walaupun jaraknya tidak makan masa yang lama. Lagipun dia banyak lagi benda lain hendak dilakukan. Penat atau tidak itu lah keputusannya dan urusan penyakitnya itu bukan main-main haruslah Awfa cekal kan hati untuk teruskan.
YOU ARE READING
DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)
RomanceAWFA ERDINA... Ku menutup seribu peluang demi mencintai dirinya seorang.. Tidak salah menaruh perasaan suka kepada seseorang kerana itu adalah fitrah tapi biarlah hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi siapa tahu perancangan Allah adalah sebaik-baik p...