BAB 59
Manusia itu datang dan pergi itu biasa.
Lumrah kehidupan di dunia,
Siapa yang datang pasti pergi,
Yang pergi tetap akan pergi,
Tapi siapa yang bertahan dan kekal ada?Dirimu sendiri.
Belajarlah mencintai dirimu untuk kebahagiaan sendiri.
Jika seluruh dunia membencimu setidaknya ada yang masih mencintaimu.Dia itu adalah dirimu sendiri.
By: IDDIN RAMLI (NOKTAH YANG MEMUJUK)
-----------
Tiga hari berlalu dan dia jalani hidupnya penuh tenang. Semalam dia membuka email dari Aira kata gadis itu barang yang dihantar sudah sampai dan selamat berada dirumah. Aira mengagihkan mengikut nama yang sudah ditampal di barang yang Awfa susun. Aira juga menyampaikan salam dari ahli keluarganya. Apa lah yang diceritakan oleh gadis itu tentang nya kepada keluarga yang masih tidak tahu lagi tentang kesihatannya. Dia sayang Aira satu-satunya adik yang sangat memahami dengan kondisinya yang kian memburuk. Entah kenapa dia merasakan dia akan hilang keluarganya dan mimpi yang sama kerap kembali.
Zafran pula ada juga datang menjenguknya bila lelaki itu rehat. Selepas dia rehat Zafran terus bawanya ke hospital semalam, katanya doktor pakar mahu bertemu dan mereka telah bercadang untuk lakukan operation minggu depan memandangkan kanser Awfa sudah stage 3. Awfa lega bila tarikh yang ditetapkan awal dari jangkaannya.
Tadi dia mesej Zafran meminta diri untuk keluar ambil angin berdekatan apartmen lelaki itu. Zafran ada beritahu dia bahawa dekat apartmen miliknya ada taman lebih kurang 100 meter jauh dari rumah. Alang-alang petang ini dia bosan boleh lah dia ambil angin dan sedut udara segar. Suasana angin sejuk petang itu amat mendamaikan.
Seperti arahan Zafran dia menyimpan kad nombor Zafran sebagai kecemasan jika Awfa tidak mahu bawa telefonnya. Awfa mengenakan baju sejuk dan skarf membaluti leher serta kasut agar berkurangan sejuk yang mengenai kulitnya. Angin petang terasa sangat dingin di kawasan Melbourne.
Ramai orang asing yang sedang berjalan, joging dan juga bermain basikal. Dia berjalan perlahan mengikuti kanak-kanak yang riang ingin ke taman. Awfa rasa tidak sedap hati, terasa gelisah seperti tidak kena tapi dia hapuskan dan berzikir dari memikirkan perkara yang bukan-bukan.
____________Zafran ke hulu kehilir membawa fail pesakit. Hari ini dia sangat sibuk, mesej dari Awfa sempat dibaca. Gadis itu mahu keluar ke Taman berdekatan dan dia mengizinkan asalkan gadis itu balik sebelum hari gelap menanti malam. Pada mulanya Zafran berat hati kerana dia rasa seperti tak keruan, pasti ada benda buruk bakal terjadi. Tapi dia sedapkan hati dengan tidak berfikir benda yang bukan-bukan. Dia kesian dengan Awfa kerana gadis itu sudah lama berada dirumah dan tidak kemana-mana selain Hospital disebabkan kesibukkannya. Zafran masih baru lagi disini jadi dia tidak dapat menemani Awfa keluar kemana-mana lagi. Cadangnya esok dia mahu minta kerja separuh hari untuk bawa Awfa ke Taman tema terbesar di Melbourne sebelum gadis itu berehat sepenuhnya. Harap permohonannya diluluskan untuk kerja separuh hari pada waktu pagi.
YOU ARE READING
DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)
RomanceAWFA ERDINA... Ku menutup seribu peluang demi mencintai dirinya seorang.. Tidak salah menaruh perasaan suka kepada seseorang kerana itu adalah fitrah tapi biarlah hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi siapa tahu perancangan Allah adalah sebaik-baik p...