{17}

24 1 0
                                    

       Bab 147

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       Bab 147

  Kamu punyai pilihan.

  Terkadang dalam beberapa hal,
  Jika kamu memilih yang baik
  maka yang baik akan hadir padamu.

  Jika kamu sengaja memilih yang buruk,
  Mengapa kamu harus mempersoalkan
  takdir mu begitu?

  Yang buruk terjadi kerana pemilihan kamu.

  Kerana kamu tetap pertahankan
  yang buruk itu meskipun kamu tahu
  kesan yang kamu harus lalu.

  Ingat,
  Kamu harus memilih untuk bahagiamu.

By : IDDIN RAMLI (noktah yang memujuk)

    Awfa menarik senyum gembira... terasa begitu lama tidak menghirup udara tanah air sendiri. Zafran disebelah tidak dihiraukan setelah Malaysia Airlines tepat mendarat di KLIA. Lelaki itu bahkan menggeleng kepala melihat keletah keanak-anakkan di wajah kekasih hatinya.

     Zafran mengucap syukur sejak Awfa semakin pulih dari rawatan nya. Awfa juga kelihatan semakin aktif saban hari sehingga pening kepalanya melayan karenah cinta hatinya itu.

    "Awak selepas ni kita nak pergi rumah siapa dulu? Awak nak hantar saya balik rumah keluarga saya atau pergi jumpa famili awak dulu?" Soal Awfa setelah perasan tiada siapa yang menjemput mereka.

    "Mujur awak tanya sayang. Kalau tak sampai sini jelah kita stay kat airport.. First kita singgah rumah famili saya ehh, mummy call ajak makan tengah hari sekali dengan daddy. Dorang dah lama nak jumpa sayang boleh kan?" sengih Zafran ralit melihat Awfa sehingga terlupa untuk mengambil kereta nya diparkir airport. Sempat dia menyampaikan pesanan sang bonda semalam.

   "Kenapa? Memang takde orang nak jemput kita ke? Kalau macam tu call grab lah Zafran, apalah awak ni boleh pula lupa. Serious ni mummy awak nak jumpa saya? Zafran saya takut lah.." Bebel Awfa dengan mulut murainya itu. Wajah nya berubah takut untuk berhadapan keluarga Zafran.

    "Bukan macam tu la sayang.. saya lupa kereta saya tinggal dekat airport. Awak tunggu kat sini ehh dengan bagasi. Saya pergi bayar parking kereta lepas tu saya datang ambil sayang kat depan. Jangan kemana-mana ehh." Ujar Zafran sebelum menitip pesan buat Awfa. Risau gadis kesayangan nya itu hilang dalam airport.

   "Iyelah Zafran saya tak kemana-mana. Jangan lama tau nanti kebas kaki saya siap awak."

  Zafran meninggalkan Awfa perlahan-lahan dan menuju ke tempat pembayaran parking sebelum mengambil keretanya di lobi parking.

     Zafran lekas memarkirkan Audi hitamnya di depan pintu airport. Turun dari kereta dia berlari anak mendapatkan Awfa yang tercegat didalam bersama 2buah bagasi milik mereka. Dia membantu gadis itu menarik bagasi sehingga ke kereta. Setelah bonet dibuka kedua bagasi diletakkan kedalam bonet. Awfa mengambil seat disebelah penumpang diikuti oleh Zafran yang bergerak kearah pemandu sebelum kereta dipandu meninggalkan KLIA dan bergerak ke villa Tan Sri Daud Tan.

DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)Where stories live. Discover now