{5}

22 4 0
                                    

     Aku dan Ain ditemani oleh Fateh Al-Muizzam si kekasih hati intan payung Ain di ruangan balai pelepasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku dan Ain ditemani oleh Fateh Al-Muizzam si kekasih hati intan payung Ain di ruangan balai pelepasan. 30 minit lagi pengumuman akan diumumkan sekali lagi sebelum semua penumpang Malaysia Airlines masuk ke dalam kapal.

Aku hanya memandang sketsa antara Ain dengan Fateh yang menyampaikan bermacam-macam pesanan untuk ditinggalkan sebelum dia meninggalkan si Fateh disini sebelum lelaki itu bertolak pulang ke Dubai esok hari.

Lutfiyaz pula sudah pulang ke Dubai sehari selepas majlis Arabian Night hari tu, mereka bertiga menghantar Lutfi sehingga lelaki itu masuk ke balai pelepasan. Kini giliran mereka berdua pula dihantar oleh si Fateh. Boleh pula si Ain buat scene tangkap leleh didepan orang ramai. Tak malu betul kawan nya seorang.

"Dah la Ain, berapa lama kau nak menangis kat depan ni? Orang lain dah siap naik atas untuk tunggu flight dah.. Jomlah nanti korang berdua jumpa balik la. Kau Fateh nanti datang Malaysia bila ada masa luang, aku tak rela layan perangai tenuk si Ain ni." Ujar Awfa dengan mulut nya yang tidak berhenti membebel kepada Ain.

"Insyaallah Awfa saya akan datang Malaysia untuk bawa dia jumpa famili saya. Lagipun Ain ni kekasih kesayangan saya.."

"Uwekk nak muntah aku dengan korang berdua.."

"Sweet la boyfie ni.. Jangan lupa pesanan sayang tau. Jangan pandang perempuan seksi dan jangan curang!" Pesan Ain sekali lagi.

"Iye sayang nanti Fateh datang Malaysia. Kirim salam dekat mummy dengan daddy tau." Balas Fateh penuh senyuman pahit, tidak rela berpisah dengan si jantung hati.

"Dah la Fateh.. please Ain aku dah eksited nak balik ni.. duk hadap drama korang ni terlepas flight aku lenyek korang dua." Marah Awfa geram.. tak tahu ke dia ni single. Cemburu melihat mereka berdua duk bersayang-sayang ditempat terbuka.

"Okey Awfa aku dah siap.. Jom kita masuk.. Bye boyfie jaga diri, jaga mata dan hati untuk sayang." Balas Ain sebelum menarik Awfa masuk ke balai pelepasan. Lambaian dari Fateh dibalasnya penuh kesedihan. Nak tinggal buah hati jauh di sini.

Selepas itu baru lah Awfa dapat bernyawa dengan tenang. Sakit jiwa melihat kisah sweet Ain dengan Fateh. Tak betah duk lama-lama tahu tak.

Mujur dia dengan Ain sempat pergi cuci gambar sebelum balik. Ada lah dekat 20keping gambar mereka pada malam tu. Dapat hadiah mahal-mahal lagi lepastu ada juga gambar dengan Lutfi semasa mereka sedang pose diatas pentas, berselfie dan gambar dengan teman sekelas yang lain. Nanti nak tunjuk dekat mama gambar dengan Lutfi confirm kena bebel sebab jadi winner sweet couple of the year malam tu siap pakai selempang King and Queen Arabian Night. Part paling best gambar dengan tokan kaya la menarik sikit. Dapat bergambar dengan penaja fashion show malam tu Tuan Syeikh AlQarni.

"Lawa gila part gambar dengan Syeikh AlQarni tu beb.." puji Awfa sambil menunjukkan gambar mereka berempat pada malam itu.

"Tu la rezeki kita dua menang dapat bergambar dengan penaja majlis lagi. Hensem nak mampus Tuan Syeikh AlQarni.. mujur dah kahwin kalau tak aku kenenkan kau dekat dia.. Ahahaha." Ujar Ain dengan ketawa jahatnya mengusik Awfa. Walaupun umur jejaka kaya itu hampir mencecah 40an tapi wajah lelaki itu tetap tampan dengan wajah asli Arabian tu.

DIA CINTA KEDUA (DCK ONGOING❗️)Where stories live. Discover now