Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 04 ✨

231 10 0
                                    

Setelah beberapa minit berehat dirumah, Encik Zayne pun mengambil keputusan untuk bergerak ke rumah baharu.

Ketika sampai, Ariel serta Encik Zayne turun dari kereta dan pergi ke arah pemilik rumah yang menunggu mereka.

"Encik yang tanya tentang rumah baharu, bukan?" Soal pemilik rumah itu. Encik Zayne menganggukkan kepalanya.

"Saya jual ya rumah ini" ujar pemilik itu

"Saya beli" ujar Encik Zayne dengan lembut.

"Sebelum saya terlupa, saya ingin beritahu bahawa di dalam rumah ini ada dua orang pembantu yang boleh tolong encik" ujar pemilik itu. Ariel yang mendengar hanya membuat riak wajah yang tidak sangka.

"Baik, terima kasih" ujar Encik Zayne

"Kalau tiada apa apa, saya minta diri dulu ya" ujarnya dengan menghadiahkan senyuman manis.

Ariel serta Encik Zayne menganggukkan kepala dan Encik Zayne melihat kereta pemilik itu sehingga hilang dari pandangan matanya.

***

Setelah pemilik rumah itu pergi, Ariel masih terkaku ditempat yang dia berdiri sehingga Encik Zayne menegurnya.

"Ariel? Tidak mahu masuk ke rumah kita?" Soal Encik Zayne dengan lembut. Ariel memhuat riak yang tidak sangka.

"Ru-rumah kita? Besarnya papa. Kita duduk berdua sahaja. Mengapa perlu beli rumah sebesar begini?" Soal Ariel dengan riak wajah yang tertanya tanya.

"Siapa kata yang kita duduk dirumah ini dua orang? Dirumah ini bukan ada bibik? Jika papa terdengar bibik membuat aduan tentang Ariel suruh buat itu ini, tahu lah nasib Ariel bagaimana" Encik Zayne memberi amaran kepada Ariel. Ariel hanya menganggukkan kepalanya.

Ketika mereka ingin masuk, mereka disambut oleh pembantu yang berada didalam rumah tersebut.

"Selamat datang encik" ujar salah seorang pembantu. Encik Zayne hanya menganggukkan kepala pada pembantu tersebut.

"Can you introduce yourself first?" Soal Encik Zayne. Kalau tidak, memang kedua dua pembantu rumahnya datang serentak ke tempat Encik Zayne apabila Encik Zayne mahu meminta pertolongan.

"My name is Fasya and I have been worked almost 5 years" ujar Fasya.

"And my name is Alisya. I have ben worked almost 2 years" ujar Alisya.

"Nice to meet you guys. Just call me Tuan Zayne and this is my daughter, Ariel" Ariel hanya senyum sahaja pada kedua dua pembantunya.

"Before I forget something, can someone of you do house tour to me?" Soal Encik Zayne manakala Ariel pula sudah duduk disofa dan memandang segala perhiasan yang berada diruang tamu.

"Saya boleh tolong tuan untuk tunjuk bilik dan sebagainya". Ujar Fasya dengan nada yang lembut. Ariel pula hanya memandang dengan tajam ke arah Fasya. Fasya yang perasan dirinya dari tadi dipandang oleh Ariel hanya memandang ke tempat lain untuk tidak memandang Ariel.

"Em you, I'm just want give you warning if you want to know" ujar Ariel.

"What is it?" Soal Fasya. Dalam badan sudah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Ariel.

"If you seduce my papa, you will know the consequences" ujar Ariel. Fasya sudah menelan air liurnya dengan kelat setelah mendengar apa yang Ariel berkata. Encik Zayne hanya memandang anaknya dengan pelik.

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now