Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 03 ✨

329 11 0
                                    

Setelah sampai sahaja dirumah, Ariel terus naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Dia tertanya tanya pada dirinya sendiri mengapa Encik Zayne membawa dia dan Adam ke tempat tersebut?

*Flashback*

'PENJARA?! Papa bawa aku dan Adam ke sini, mengapa? Adakah dia ingin memasukkan Adam atau aku ke dalam lokap? Eh mustahil sungguh.' ujar Ariel seolah olah bertanya pada dirinya sendiri.

Encik Zayne yang melihat Ariel memandang tempat tersebut terus ditegur.

'Ariel mengapa? Ada yang tidak kena dengan tempat ini ke atau Ariel mahu ikut bersama masuk ke dalam tempat ini?' ujar Encik Zayne. Ariel terus menggelengkan kepalanya dengan laju dan Encik Zayne hanya mengangguk tanda faham.

Dia pun keluar bersama dengan Adam dan masuk ke dalam lokap untuk berjumpa dengan seseorang iaitu Aidil.

*End flashback*

Dibawah pula, Encik Zayne memikirkan apa yang perlu dia lakukan untuk Ariel menerima berita yang dia sampaikan. Dia teringat kata kata Aidil yang baru sahaja mereka bertemu.

*Flashback*

"Make sure kau jaga anak kau. Aku tahu bukan aku seorang sahaja yang dengki dengan kau. Masih ramai lagi yang dengki dengan kau. Jangan disebabkan mereka dengki dengan kau, anak kau sendiri yang kena tempias" ujar Aidil dan Encik Zayne hanya diam sahaja.

*End flashback*

'Mahu atau tidak, aku kena beritahu juga. Tetapi aku tidak tahu bagaimana cara untuk aku beritahu' ujar Encik Zayne. Tiba tiba dia teringat seseorang dan terus menelefon.

***

Beberapa minit kemudian, seseorang mengetuk pintu Encik Zayne dan Encik Zayne dapat meneka siapakah orangnya. Dia membuka pintu dan terlihat rakannya yang sudah lama tidak berjumpa.

"Shah, masuk lah dahulu. Nanti aku beritahu masalah" palawa Encik Zayne. Shah pun masuk ke dalam rumah Encik Zayne.

Shah merupakan sahabat Encik Zayne dari kecil lagi. Encik Zayne akan mencari dia apabila Encik Zayne memerlukan bantuan ataupun tidak. Dia juga boleh menolong menyelesaikan masalah antara Encik Zayne dan juga Ariel.

"Jadi begitu lah ceritanya. Aku takut jika aku beritahu dia, dia akan terus tidak terima kenyataan. Jadi aku perlukan bantuan kau untuk pujuk dia atau cakap dengan dia yang kami akan pindah" ujar Encik Zayne. Shah hanya mengangguk setelah mendengar segala penjelasan Encik Zayne.

"Kalau mahu pujuk dia bukan senang. Tapi tidak mengapa, aku boleh cuba untuk pujuk dia dan insyaallah dia akan terima kenyataan" ujar Shah dengan begitu yakin. Encik Zayne terus memeluk Shah setelah mendengar apa yang Shah katakan.

Shah dan Encik Zayne terus naik ke atas dan Shah mengetuk pintu Ariel.

"Ariel, ini uncle Shah. Buka pintu sekejap? Uncle ada benda mahu bincang dengan kamu" ujar Shah. Ariel yang mendengar terus membuka pintu dengan laju dan bertanya

"Uncle Shah, lama kita tak jumpa" ujar Ariel dengan begitu teruja sekali. Shah hanya tersenyum apabila melihat karenah Ariel.

"Uncle ada benda mahu bincang dengan kamu. Tapi, bukan dekat sini lah. Ditempat lain okay?" Ariel yang mendengar hanya hairan sedikit. Mengapa perlu pergi ke tempat lain hanya ingin mengatakan sesuatu?

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now