Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 17✨

78 4 0
                                    

Hari demi hari berlalu, Ariel hanya memandang sayu sahaja pada pelamin yang hampir siap sepenuhnya. Dia seperti tidak percaya bahawa Encik Zayne akan berkhawin lagi.

Ketika dia sedang termenung, tiba tiba ada orang yang menegurnya dari belakang.

"Jauh termenung? Kau okay tidak?" Soalnya sambil duduk disebelah Ariel. Ariel pun hanya sengih sahaja pada persoalannya.

"Aku okay sahaja. Mengapa kau disini? Mengapa tidak tolong papa?" Soal Ariel. Tadi, bukan main suka bila tolong. Ini tiba tiba sahaja tegur aku dan duduk disebelah aku?

"Papa kata dia tidak mahukan pertolongan. Dia suruh aku berborak dengan kau sebab dia tengok kau astik termenung sahaja. Kau ada masalah ke?" Soal Noah. Ariel hanya menggelengkan kepala sambil memandang lantai.

"Okay begini, Ariel. Memandangkan esok kita sudah menjadi adik beradik, apa kata kau beritahu sahaja masalah yang kau sedang alami selama ini. Mana lah tahu, jika aku boleh bantu kau?" Ujar Noah dengan lembut sambil memandang mata Ariel.

"Aku bukan tidak mahu beritahu apa yang aku alami, tetapi aku takut untuk beritahu pada orang" ujar Ariel dengan sayu. Noah sedikit hairan dengan kata kata Ariel.

"Mengapa kau kata begitu? Muka aku, memang tidak boleh dipercayai?" Soal Ariel sambil menunjukkan mukanya.

"Aku bukan tidak percaya pada kau, tapi aku takut. Kalau aku beritahu segala masalah aku pada kau, aku pun tidak pasti sama ada kau mahu dengar segala masalah aku disebabkan terpaksa atau ikhlas. Aku kata begini sebab kita tidak boleh tahu apa yang manusia fikirkan. Jadi, aku lebih memilih untuk pendam segala masalah aku daripada aku bercerita dengan orang, bukan? Lagipun, pendam bukan sakitkan sesiapa pun" jelas Ariel. Noah hanya mendengar sahaja apa yang Ariel katakan.

"Tapi Ariel, kau tahu tidak bahawa memendam itu menyakitkan diri kau sendiri?" Soal Noah. Ariel mengangguk dengan laju.

"Bagi aku pendam memang menyakitkan. Tapi, pendam juga lah benda yang paling best. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab bila kau pendam, hanya kau seorang sahaja yang tahu rasa sakitnya ketika itu. Tapi, jika aku tewas dengan pendamku, aku akan menangis. Kerana pada ketika itu, aku berasa sangat penat dengan segala masalah yang aku hadapi" jelas Ariel. Noah mendengar apa yang Ariel katakan sehingga tidak mampu untuk berbicara.

"Aku naik atas dahulu ya? Kalau papa tanya dimana aku, cakap sahaja yang aku berada diatas" ujar Ariel pada Noah. Noah hanya mengangguk. Ariel pun bangun dan terus naik ke atas untuk tenangkan dirinya dibilik.

***

Setelah lama Ariel berada dibilik, dia turun ke bawah untuk minum air tetapi ditegur oleh Encik Zayne.

"Ariel? Kamu buat apa diatas?" Soal Encik Zayne. Ariel yang sedang minum air itu terhenti apabila Encik Zayne menyoalnya.

"Ariel naik atas sebab berehat seketika. Noah tidak beritahu pada papa yang Ariel berada diatas untuk berehat?" Soal Ariel. Encik Zayne dengan laju menggelengkan kepalanya. Ariel hanya menjeling sahaja Noah dari jauh. Noah yang perasan itu hanya sengih sahaja pada Ariel. Ariel pun terus menolong Encik Zayne yang sedang bersusah payah mengalihkan barang tersebut.

Setelah menolong Encik Zayne mengangkat barang, Ariel berehat sebentar disofa. Tiba tiba dia merasakan ada seseorang memegang bahunya secara tiba tiba. Dia menoleh ke belakang dan terlihat seorang lelaki yang sedang senyum dibelakangnya.

"Eh, uncle Shah. Bila uncle datang kemari?" Soal Ariel. Shah hanya senyum sambil berjalan untuk duduk disebelahnya. Tiba tiba Encik Zayne menghampiri mereka yang sedang berborak.

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now