Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 05 ✨

190 7 0
                                    

Setelah berminggu minggu Ariel menunggu tawaran untuk masuk ke sekolah, dan akhirnya tawarannya diterima.

"Yeay, Ariel dapat masuk sekolah" ujar Ariel dengan sedikit teruja. Encik Zayne hanya senyum sahaja apabila melihat anaknya yang begitu teruja.

"Alhamdulillah, nanti kita cari barang sekolah ya, sayang?"

"Hm, tidak mahu lah papa. Lagipun, masih ada barang Ariel yang boleh lagi digunakan. Ariel tidak mahu membazir"

"Betul barang itu masih boleh dipakai?"

"Iya, masih lagi boleh dipakai"

"Good job anak papa, pandai berjimat cermat" Ariel hanya senyum sahaja pada Encik Zayne apabila Encik Zayne mengusap kepalanya.

***

Hari demi hari berlalu dan hari ini merupakan hari pertama Ariel sekolah ditempat baharu. Dia agak sedikit teruja tetapi dalam masa yang sama dia juga berfikir adakah kawan yang sekolah baharu ini lebih baik dari sekolah lamanya?

Ariel terus menuju ke bilik Encik Zayne dan masuk bilik papanya untuk mengejut Encik Zayne supaya sedar dari tidur.

"Papa bangun, hantar Ariel ke sekolah. Sudah lewat ini" ujar Ariel.

"Hah? Lambat? Sekolah?" Ariel hanya mengangkat keningnya disebelah dengan berharapan Encik Zayne akan faham

"Eh, iya lah. Hari ini hari pertama Ariel sekolah. Sudah, pergi siap dahulu" Ariel menganggukkan kepalanya sahaja dan terus berada disitu.

***

Setelah beberapa minit, Ariel pun keluar dari biliknya dan terus turun ke bawah untuk sarapan pagi.

"Morning, cik Ariel" ujar salah seorang pembantunya. Ariel hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

'aduh mana papa pula ini? Orang sudah lambat. Hari pertama sekolah sudah lambat. Ini belum lagi hari seterusnya. Mungkin akan sentiasa lambat sahaja' ujar hati Ariel.

"Cik Ariel mahu makan? Kalau cik Ariel tidak mahu makan, cik Ariel mahu bawa bekal?" Soal Fasya yang sedang memasak.

"Bawa bekal sahaja sebab kalau Ariel makan nanti, lambat pula jadinya" ujar Ariel sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

Beberapa minit kemudian, Encik Zayne pun turun dan Ariel terlihat dengan pakaian yang Encik Zayne pakai. Ia kelihatan sungguh bergaya dan segak.

"Ariel? Mari kita ke sekolah? Kata sudah lambat untuk ke sekolah? Nanti cikgu kata apa pula kalau Ariel lambat" Soal Encikm Zayne.

"Ya-ya mari kita pergi" ujar Ariel. Matanya dari tadi tidak berhenti melihat pakaian Encik Zayne yang menarik perhatiannya. Encik Zayne perasan sahaja sejak dia turun dari tangga lagi, Ariel sudah memandang tanpa berkelip.

***

Sampai sahaja disekolah baharu, Ariel turun dengan begitu semangat sekali begitu juga dengan Encik Zayne.

Ariel sangat tidak selesa kerana ramai pelajar perempuan yang melihat Encik Zayne sehinggakan ada yang berkata.

"Kacaknya sungguh dia. Kalau aku sudah dewasa, mesti aku akan berkhawin dengan dia" ujar salah seorang perempuan. Usia baru belasan sudah gatal. Ariel hanya diam sahaja.

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now