Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 21✨

120 5 0
                                    

ENCIK ZAYNE'S POV

Selepas sahaja aku menghalau anak aku dari rumah ini, aku merasakan bahawa aku ialah bapa yang tidak guna. Aku juga masih ingat apa surat yang Tasya berikan pada aku.

*FLASHBACK*

Selepas beberapa hari Ariel pergi dari rumah itu, dia menyuruh salah seorang pembantu untuk melihat sekiranya ada barang yang masih Ariel tinggalkan dibiliknya.

"Tasya, aku mahu kau masuk bilik Ariel dan lihat apa barang yang Ariel tinggalkan didalamnya. Jika ada barang dia, kau masukkan di kotak untuk aku mahu bakar barang dia. Dia bukan sebahagian dari keluarga ini" ujar Encik Zayne tanpa nada. Tasya hanya mengangguk dan terus masuk ke bilik Ariel untuk melihat.

Ketika dia masuk ke bilik Ariel, dia melihat bilik tersebut sungguh bersih tanpa sampah langsung. Dia masuk dan mula memeriksa jika Ariel ada meninggalkan barang. Tiba tiba, matanya terarah pada sepucuk surat yang berada diatas meja. Dia melihat surat itu untuk Encik Zayne. Dia pun turun ke bawah dan memberikan surat tersebut pada Encik Zayne.

"Tuan, saya sudah periksa dalam bilik Ariel tiada sebarang benda yang dia tinggalkan. Tetapi, ada sepucuk surat untuk Encik Zayne yang saya jumpa dalam bilik Cik Ariel. Mungkin itu untuk tuan" ujar Tasya. Encik Zayne mengambil sepucuk surat yang dihukurkan oleh Tasya. Dia pun mula membaca surat tersebut.

'hai papa. Ketika papa baca surat ini, Ariel mahu beritahu bahawa Ariel sudah jauh dari papa. Ariel mahu ucapkan terima kasih pada papa yang tidak pernah lelah mengajar Ariel. Ariel juga ingin ucapkan pada papa terima kasih kerana telah mendidik Ariel dari kecil sehingga sekarang. Ariel betul hargai sangat segala jasa papa yang papa lakukan selama ini. Halalkan segala makan minum Ariel ya, papa?  Ariel ingin minta maaf pada papa sekiranya Ariel ada buat salah pada papa sehingga Ariel tidak sedar. Ariel juga ingin minta maaf pada papa sekiranya segala perangai Ariel membuatkan papa tidak suka dengan Ariel. Ariel tahu, Ariel salah. Jika Ariel beritahu papa tentang gambar itu, pasti papa tidak mahu percaya, bukan? Sebernanya, gambar itu tidak betul. Ya, Ariel ada keluar dengan kawan Ariel dan dia memang peluk Ariel begitu. Tetapi, Ariel tidak tahu siapa yang dengki dengan Ariel sehingga sanggup edit untuk lihat papa percaya pada orang lain bukan anak papa sendiri. Ariel kecewa pada ketika itu papa sebab papa sanggup percaya kata kata orang luar dari anak papa sendiri. Kalau papa masih tidak percaya gambar itu edit, papa tanya Noah untuk minta nombor Sarah. Dialah saksi, dia lihat semua benda yang Ariel buat. Ariel tidak mahu paksa papa untuk percaya apa yang Ariel katakan ini. Assalammualaikum'

*END FLASHBACK*

Apabila aku mengingati semula peristiwa itu, aku pasti akan mengalirkan air mata aku sendiri. Hanya disebabkan sekeping gambar, aku terus menghalau satu satunya anak perempuan aku.

Maafkan papa ya sayang. Papa tahu, Ariel mesti sudah tidak ingin pulang semula ke rumah ini, bukan? Papa menyesal, sayang. Papa menyesal  cakap benda yang tidak sepatutnya keluar dari mulut papa.

Apa apa jadi sekalipun, aku kena bawa semula anak aku balik dirumah ini. Walaupun, aku tidak tahu dimana dia berada, tapi aku akan usaha untuk cari semula anak aku.

Aku tahu dia pasti akan layan aku sebagaimana dia layan bekas isteriku yang dahulu. Tetapi, itu tidak menjadikan alasan untuk aku tidak membawa dia pulang bersamaku. Tetapi, bagaimana jika dia memang tidak ingin duduk bersamaku? Bagaimana jika dia menyuruh aku dan juga Nadyra berpisah secara tiba tiba?

Apa kau fikir bukan bukan ni, Zayne. Anak kau tidak akan berbuat sedemikian kerana dia tahu bahawa kau amat menyayangi Nadyra. Jadi, kau tidak perlu berfikir begitu sekali.

Aku mengambil keputusan untuk naik ke atas dahulu dan berehat seketika. Ketika aku sudah naik ke atas, aku melihat pintu bilik Ariel yang tertutup rapat.

Kebiasaannya, bilik itu akan selalu menjadi tempat kegemaran aku untuk masuk ke dalam Dan melihat apa yang anak aku lakukan. Kini, dia sudah tiada dirumah ini, dan bilik tersebut hanya terbiar kosong sahaja.

Aku ingin masuk ke dalam. Tetapi, dalam masa yang sama, aku takut jika kenangan suka duka antara aku dan juga anak aku teringat semula. Aku takut benda itu terjadi.

Walaupun kenangan suka duka itu teringat di mindaku, aku tetap ingin masuk ke dalam dan melihat kondisi dibilik tersebut.

Apabila kakiku meluangkan masuk ke bilik itu, aku seperti nampak bayangan anakku. Aku tersenyim gembira apabila melihat bayangan tersebut. Aku terus memandang sekeliling Dan bilik itu dipenuhi dengan segala bayangan anakku.

Aku terus pergi ke arah katil anakku untuk baring dan tidur disitu seketika. Melepas rindu orang katakan. Apabila aku baring, tiba tiba mataku terarah pada laci yang terbuka sedikit.

Aku bangun dari tidurnya dan terus membuka laci tersebut dan terserlah sebuah buku yang bertajuk

DIARI DAN PERASAN ARIELLE ZARIYA ZAYNE ZANDER

Hatiku seperti mebuak budak ingin membaca diari tersebut. Apabila aku membuka buku tersebut, aku pun tersenyum kecil apabila melihat Ariel menulis biodata tentang dirinya dan juga aku.

Apabila aku membuka muka surat seterusnya, terserlah segala perasaan Ariel yang Ariel pendam selama ini. Aku yang membaca diari tersebut agak terkejut juga. Ternyata, aku hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan anak aku.

Aku memaksa anakku untuk menerima segala perkara yang aku lakukan. Sama ada anak aku suka atau tidak. Apabila dia bantah, aku terus marah padanya.

"Kalau lah papa tahu begini perasaan Ariel, pasti papa tidak akan sakiti anak papa sendiri. Pasti papa tidak akan memaksa Ariel untuk menerima segala perkara yang Ariel tidak suka. Papa asyik mementingkan diri papa sendiri. Papa pun kecewa dengan diri papa sendiri kerana tidak dapat menjadi papa yang baik untuk Ariel.

Setelah membaca segala perasaan Ariel di diari, aku menutup buku tersebut dan tanpa disedari, air mataku telah mengalir beberapa kali. Aku membaringkan diriku dikatil Ariel agar Ariel datang didalam mimpiku. Aku betul betul merinduinya.

Tu lah padah percaya orang luar kata dari anak sendiri, gini lah jadinya. Author tak masuk campur. Masalah korang, settlekan sendiri

Don't forget to vote thank you 🌹

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now