Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 16✨

83 5 0
                                    

Apabila pagi menjelma, Ariel pun bangun dengan lebih awal sedikit dan terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Setelah selesai membersihkan dirinya, dia pun terus turun ke bawah dan melihat Fasya sedang menghidangkan makanan. Ariel terus pergi ke meja makan dan mengambil pinggan yang sudah tersedia diatas meja. Dia pun menyedok makan yang berada disitu.

Fasya yang melihat Ariel sedang makan itu ditegur.

"Eh, Cik Ariel. Bila turun. Bibik tidak tahu pula. Terkejut bibik bila dengar bunyi mangkuk berlaga laga bersama penyepit makanan itu" ujar Fasya. Ariel yang melihat hanya sengih sambil menyenget kepalanya sedikit.

"Ariel? Makan tidak pelawa papa pun. Sampai hati Ariel buat begini pada papa" rengek Encik Zayne. Ariel yang sedang menjamu selera itu terhenti apabila mendengar suara papanya.

"Eh papa. Sorry Ariel lapar sangat itu yang Ariel makan sahaja. Minta maaf sangat sangat. Mari lah kesini papa, kita makan bersama sama. Bibik masak terlalu sedap sehingga Ariel lupa yang papa belum lagi sarapan" ujar Ariel sambil menyuap makanan je dalam mulut.

"Ariel, papa rasa mahu bawa mak tiri Ariel datang sini bersama dengan anaknya. Boleh?" Soal Encik Zayne. Ariel hanya mengangguk sahaja apa yang Encik Zayne katakan. Dia hanya meneruskan makan sebelum tiada langsung mood untuk makan.

'WHAT? SUDAH ADA ANAK? HABISLAH NANTI AKU KENA MENGALAH DENGANNYA. ARGH, AKU TIDAK MAHU' ujar Ariel dihati. Encik Zayne yang melihat wajah anaknya yang bercampur baur itu ditegur.

"Ariel, kenapa ni? Mari kita pergi sekolah. Sudah lambat ini" ujar Encik Zayne. Ariel pun bangun dan membiarkan pinggan mangkuk diatas meja. Dia terus naik ke atas dan mengambil begnya untuk pergi sekolah.

***

Setelah sampai ke sekolahnya, Ariel terus turun dari kereta dan bergerak masuk ke kawasan sekolah. Dia terlihat Noah yang dari jauh ingin menghampirnya.

"Hai princess Ariel" ucap Noah sambil tersenyum. Ariel hanya menggarukan kepalanya.

"Mengapa kau memanggil aku dengan begitu? Aku tanya kerana aku hairan dengan kau. Kau tidak pernah pun ucap begitu pada sesiapa, bukan?" Soal Ariel. Noah mengangguk dengan yakin.

"Ya, memang aku tidak pernah katakan begitu pada sesiapa. Tapi, aku tidak tahu mengapa aku ingin kata begitu pada kau" jelas Noah. Ariel mengangguk sahaja.

"Jom lah masuk kelas. Sudah lambat ni, pasti cikgu akan denda kita, bukan?" Soal Ariel. Noah hanya mengendahkan sahaja.

***

Setelah sampai ke kelas, mereka bernafas lega kerana guru mereka masih belum masuk ke kelas lagi. Pelajar yang berada di kelas itu, memandang mereka dengan penuh tanda tanya.

"Mengapa korang kelihatan seperti kelam kabut sedangkan masih awal lagi?" Soal salah seorang pelajar yang berada dikelas. Ariel memandang jam ditangannya yang menunjukkan pukul 6.40 pagi. Dia menepuk dahinya dan terus duduk ditempatnya.

Noah yang melihat pelajar sedang membuat latihan yang diberikan oleh gurunya. Dia pun tidak tahu apa kerja sekolah yang perlu dibuat. Dia menyoal pada salah sorang pelajar.

"Eh, ada kerja sekolah ke? Mengapa aku tidak pernah tahu ada kerja sekolah?" Soal Noah dengan selamba. Rakannya yang mendengar soalan Noah itu terus menepuk dahinya.

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now