Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 10✨

167 6 0
                                    

Apabila kelasnya sudah habis, para pelajar mengemas beg bagasinya untuk pulang kerumah masing masing. Ariel bergerak bersama dengan para pelajar lain diluar pagar sekolah.

***

Setelah semua pelajar pulang kerumah, kini tinggal Ariel seorang sahaja diluar pagar sekolah. Ariel melihat jamnya beberapa banyak kali sambil menunggu Encik Zayne datang mengambilnya.

Ketika dia sedang fokus melihat jamnya, ada seseorang dari jauh sudah memerhati. Ariel dapat merasakan tidak sedap hati namun dia menolak sahaja perasaan tersebut. Tiba tiba sahaja, sebuah van putih datang menghampiri Ariel dan terus menekup mulutnya dan mengangkat Ariel masuk ke van dan terus bereda dari situ.

***

Sementara itu, Encik Zayne mencari Ariel dan sempat bertanya kepada pihak sekolah tentang anaknya. Dia dapat merasakan ada sesuatu kejadian yang terjadi Ariel. Ketika Encik Zayne ingin membuka telefonnya, dia terlihat pesanan dari nombor yang tidak dikenali. Apabila dia membaca pesanan tersebut, dia masuk ke kereta dan terus menuju ke tempat tersebut. Ariel yang baru sahaja sedar dari pengsan, terus melihat keliling yang dipenuhi warna hitam.

"Aku dimana ini?" Ariel merasa kesakitan ditangan akibat diikat erat oleh mereka.

"Eh, sudah bangun. Puas berehat?" Ariel melihat wajah lelaki tersebut dengan penuh hairan. Setahu dia, lelaki yang pernah culik Ariel itu sudah ditangkap oleh polis? Ini mengapa tiba tiba sahaja orang lain culik dirinya?

"Cik siapa ya?" Lelaki itu agak bengang kerana Ariel memanggilnya dengan panggilan "cik"

"Kau tidak perlu bercik cik bersamaku. Aku bukan sebahagian daripada keluarga kau. Jadi, tidak perlu panggil seperti itu. Panggil sahaja aku Tuan Henry" Ariel sedikit terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Henry. Dia tidak sedarkah bahawa usia dia perlu memanggil "pakcik"?

"Saya mahu bertanya, mengapa ya culik saya? Tidak malu culik anak orang sesuka hati?" Soal Ariel. Henry hanya senyum sinis sahaja.

"Sebab bapa kau itu yang mencari masalah dengan aku"

"Kalau papa saya ada masalah dengan tuan, ada kaitan dengan saya ke? Masalah tuan, tuan selesaikan sahaja lah dengan papa saya. Mengapa perlu culik saya bagai semua ni?" Soal Ariel bertubi tubi kepada Henry. Henry agak serabut dengan soalan Ariel.

"Banyak juga persoalan kau, ya? Kau tunggu sekejap. Nanti ada tetamu yang akan datang" Henry sempat membisik ditelinga Ariel seolah olah ingin menakutkan Ariel.

***

Beberapa minit kemudian, Encik Zayne sampai didestinasi yang dituju. Dia terus mencari anaknya dalam keadaan cemas.

"Ariel, kamu dimana?" Henry terdengar suara seseorang yang sedang mencari sesuatu dalam keadaan cemas. Dia pun pergi meninggalkan Ariel yang dalam keadaan terikat diatas kerusi.

"Wah, ada orang sudah datang untuk selamatkan anak dia. Sayang pula ya kau pada anak kau. Ingatkan tidak sayang sudah" Encik Zayne hanya memandang Henry dengan perasaan yang begitu geram.

"Kenapa kau culik anak aku? Apa salah aku pada kau sehingga kau lakukan sebegini? Teruk sangatkah salahku sehingga kau perlakukan begini? Beritahu padaku, apa yang aku perlu lakukan untuk kau maafkan aku" rayu Encik Zayne. Henry yang mendengar segala luahan Encik Zayne hanya membuat gaya seperti tidak mahu mendengar.

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now