Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 06 ✨

145 7 0
                                    

Ariel tidak tahu mengapa hari ini dia berasa tidak gembira. Padahal, hari ini merupakan hari dimana Encik Zayne menjemput semua rakannya untuk datang ke rumah bagi majlis doa selamat.

Sejak pagi tadi, semua sibuk menyediakan persiapan majlis tersebut. Encik Zayne menolong orang untuk memasang khemah. Malam pun menjelma dan Encik Zayne melihat ramai yang hadir ke majlisnya.

"Percubaan, percubaan. Assalammualaikum semua, saya mahu ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang hadir ke majlis pada hari ini. Selamat menjamu selera semua" dia menggunakan mikrofon untuk bercakap kerana terlalu bising sehingga tetamu tidak mendengar suaranya. Tetamu hanya menyibukkan dirinya dengan makanan sahaja.

Ketika Encik Zayne melayan tetamu, mata Ariel terarah pada satu sosok tubuh perempuan berjalan mendekati majlis tersebut. Dia mendekati perempuan itu. Perempuan itu terus bertanya

"I mahu tanya, adakah ini rumah Zayne Zander?" Ujar seorang perempuan. Ariel mengangguk

"Dia berada dimana, ya? Btw, i Ain" perempuan itu memperkenalkan dirinya pada Ariel.

"Sebelum itu saya mahu bertanya, adakah cik dijemput untuk pergi ke majlis ini" soal Ariel. Ain merasakan Ariel banyak tanya membuatkan dia berasa rimas.

"Banyak sungguh soalan u eh? Tepi I mahu jumpa dia" ujar Ain. Ariel hanya mengeluh dan terus berkata dihatinya.

'nasib baik ada majlis. Kalau tidak, memang niaya aku buat kau. Orang sudah tiada mood, kau lagi tambah tiada mood lagi' ujar dihati Ariel. Orang sudah tanya itu, jawab sahaja.

***

Encik Zayne yang mendengar ada seseorang menyebut namanya itu terus mencari dimana suara itu berada sehingga matanya terpandang ke arah seseorang.

'Ain? No, dia buat apa disini? Mengapa dia datang? Aku tidak menjemputnya untuk hadir, bagaimana dia tahu rumah aku sedangkan aku tidak pernah beritahu langsung tentang rumah ini?' ujar Encik Zayne dihati. Apabila dia melihat Ain sudah melambaikan tangannya untuk memberi Encik Zayne sedar kedatangannya.

"Sekejap ya, korang makan dahulu. Saya mahu berjumpa dengan seseorang dahulu" tetamu yang dilayan oleh Encik Zayne hanya mengangguk sahaja.

Encik Zayne terus pergi ke arah Ain dan menarik Ain dengan begitu kasar. Ain sedikit terkejut dengan tindakan Encik Zayne.

"Lepas lah" ujar Ain dengan suara yang agak mengedik sedikit.

"Kau buat apa disini? Kau tahu bukan yang aku tidak menjemput kau untuk hadir ke majlis ini? Bagaimana kau boleh tahu keberadaan aku?" Soal Encik Zayne. Ariel yang melihat kejadian itu berlaku hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"I datang ke sini hanya suka suka sahaja. Salah ke jika i datang ke sini?" Encik Zayne sudah mula mengeluh kecil. Dia perlu mengawal segala kemarahannya sebelum bertindak diluar kawalan.

"Balik lah, Ain. Jangan bagi aku bertindak luar kawalan. Ya, aku tahu kau tetamu aku. Tapi kalau orang itu kita tidak ajak untuk datang ke majlis, haram tahu hukumnya" jelas Encik Zayne. Ain yang mendengar segala penjelasan Encik Zayne hanya mengabaikan sahaja.

"U kena ingat, Zayne. Yang i ini tetamu u tau. And u must appreciate me because I'm a guest. U jangan cabar I untuk rosakkan majlis u ini, ya?" Ugut Ain. Encik Zayne memeluk tubuh sambil mengangkat kening sebelah.

"Silakan jika kau mahu bertemu dengan tuhan, buat lah. Kau jangan ingat aku hanya berkata kata, aku tidak melakukan hal tersebut, ya? Aku cakap, aku buat" Ain yang mendengar ugutan Encik Zayne itu, hanya mengabaikan sahaja. Dia terus mengambil mikrofon dan terus berkata.

"I mahu beritahu kepada tetamu yang sedang makan, bahawa Zayne ajak korang datang disini, hanya kesian sebernanya" Ariel yang mendengar suara perempuan itu terus terkejut. Tetamu yang sedang menikmati makanannya itu terkedu seketika dengan apa yang Ain katakan.

"Adakah betul dengan apa yang perempuan itu katakan, Zayne?" Kata salah seorang tetamu. Encik Zayne hanya menggelengkan kepalanya sahaja dan menenangkan para tetamu yang hadir dimajlis tersebut.

"Bawa bertenang semua, apa yang dikatakan oleh perempuan itu hanyalah palsu. Saya menjemput kalian untuk hadir ke majlis ini bukan sekadar kesian pada kalian, tetapi saya jemput dengan seikhlas hati saya. Maafkan saya, ya? Selamat menjamu selera semula, semua" ujar Encik Zayne dengan begitu tenang.

Selepas habis sahaja Encik Zayne berkata begitu, matanya terus memandang tajam ke arah Ain yang sudah menelan air liurnya dengan kelatnya. Ain cuba melarikan matanya dari pandangan Encik Zayne malah tidak berjaya kerana pandangan Encik Zayne berikan begitu tajam.

Sejak majlis tadi, Encik Zayne sudah menyediakan dua orang bodyguard kerana dia tahu akan ada orang yang dengki dan ingin merosakkan majlis tersebut seperti contoh si Ain.

***

Bodyguard Encik Zayne memerhati gerak geri Encik Zayne dan Encik Zayne memberi segala isyarat untuk bodyguardnya bertindak.

Mereka menarik tangan Ain dan terus membawa Ain ketempat yang agak pelik. Encik Zayne melayan tetamu sebelum pergi ke arah Ain.

"Apa ini? Lepaslah!!!" Jerit Ain. Encik Zayne hanya gelak sambil menggarukan keningnya yang terasa gatal.

"Haih Ain, Ain. Apa lah nasib kau, sampai ada orang sanggup pula mahu menyeksa kau. Kesian kau. Btw, kau mahu jerit atau apa, buat sahaja lah kerana ditempat ini, tiada seorang pun yang tahu melainkan kau dan kami sahaja" Encik Zayne ketawa kecil. Sebelum dia meninggalkan mereka bertiga ditempat itu, Encik Zayne sempat berkata pada salah seorang bodyguardnya untuk melalukan apa sahaja yang mereka mahu.

***

Encik Zayne melihat mata Ariel yang dari tadi memandang ke arah tempat sunyi itu ditegur.

"Ariel, Ariel tengok apa yang berada disana?" Soal Encik Zayne . Ariel sudah cuak berada disitu.

"Tidak ada apa apa, Mungkin ada kelibat yang berada disitu. Itu yang Ariel pandang sahaja tempat tersebut" tipu Ariel. Encik Zayne hanya percaya sahaja apa yang Ariel katakan walaupun dia tahu apa sebernanya Ariel nampak.

Kerana terlalu takut dengan soalan Encik Zayne, Ariel terus masuk dalam rumah tiba tiba ada yang menegurnya.

"Cik Ariel, mengapa duduk disini?" Soal Fasya. Ariel hanya menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Sebab diluar tiada tempat kosong, itu yang Ariel masuk ke dalam untuk cari tempat duduk" ujar Ariel. Fasya mengangguk dan meneruskan kerjanya.

***

Setelah beberapa jam, majlis yang dilancarkan oleh Encik Zayne dengan sempurna pun telah tamat. Tetamu pun sudah pulang ke rumah masing masing. Encik Zayne, Ariel dan pembantunya tolong mengemas benda benda yang boleh dikemas. Walaupun mereka penat, tapi itu tidak dijadikan alasan untuk tidak mengemas langsung kerusi kerusi terbiar.

Habis sahaja mengemas, Ariel terus naik ke atas untuk membersihkan dirinya manakala, Encik Zayne pula berehat seketika disofa kerana penat mengemas.

Setelah beberapa minit Encik Zayne berehat, dia pun bangun dan naik ke atas untuk membersihkan dirinya pula. Tetapi, sebelum dia masuk ke biliknya, dia sempat masuk bilik Ariel dan mengucup dahi anaknya sebelum masuk ke dalam biliknya.



Hi readers, maaf lah untuk chapter ni pendek sedikit sebab author takde idea sangat 😅.
Don't forget to vote thank you 🫰🏻


ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now