Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 02 ✨

470 14 0
                                    

Apabila pagi sudah menjelma, Encik Zayne bangun dan dia terus pergi masuk ke dalam bilik air untuk membasuh mukanya.

Sewaktu dia membasuh muka, secara tiba tiba dia teringat tentang kejadian yang berlaku pada malam semalam.

Dia benar benar sakit hati dan kecewa dengan isterinya sendiri.

'abang tidak akan membenarkan Ariel jumpa sayang lagi sampai bila bila. Abang tidak pernah pun sesekali pilih untuk curang dengan sayang, tapi sayang yang pilih untuk curang dengan abang'. Ujarnya didalam hati.

***

Sewaktu Encik Zayne ingin turun ke bawah, dia sempat mengejut Ariel yang sedang ketiduran didalam bilik.

"Ariel, bangun sayang".

Ariel mengeliat kecil apabila tidurnya diganggu oleh seseorang dan Encik Zayne tidak berputus asa untuk mengejut anaknya bangun.

Dia tetap terus mengejut anaknya bangun dari tidur. Akhirnya, Ariel pun bangun dari tidur dan terus masuk ke bilik air.

Setelah beberapa minit kemudian, Ariel pun turun ke bawah dan melihat Encik Zayne sedang menonton televisyen.

"Papa, Ariel bosan lah. Jom pergi taman nak?" Soal Ariel kepada Encik Zayne.

"Ariel tidak mahu pergi ke pusat membeli - belah? Disana lagi seronok boleh beli macam macam" ujar Encik Zayne. Ariel bukan tidak mahu pergi kesana, tetapi disebabkan kejadian semalam membuatkan dia terus tidak mahu pergi.

"Tidak mahu lah papa, Ariel bukan nak tolak tapi pergi sana setakat beli baju semua buat apa? Baju Ariel dah banyak dah. Mari lah papa kita pergi ke taman" rayu Ariel. Encik Zayne pun faham apa maksud Ariel sebernanya.

"Iya lah sayang, kita pergi taman ya? Petang sikit kita pergi ya? Sekarang tengah panas lah sayang". Ariel hanya mengangguk tanda faham.

***

Apabila petang sudah menjelma, Ariel teringat sesuatu dan tanpa berlegah masa, dia terus bersiap.

Setelah menyiapkan dirinya, dia terus turun ke bawah dan dia melihat Encik Zayne sedang duduk santai.

'aik, takkan papa lupa pula apa yang papa cakap pagi tadi?'

Encik Zayne yang melihat Ariel memakai jersey itu, tiba tiba teringat sesuatu yang dia ucapkan pada pagi tadi.

"Sayang, sekejap. Papa boleh pula lupa apa yang papa cakap pagi tadi" ketawa kecil Encik Zayne.

Setelah beberapa minit kemudian, Encik Zayne pun turun dan mereka pun keluar dari rumah.

***

Setelah sampai ditaman, dia melihat ramai yang membawa keluarga mereka ke tempat tersebut.

'kenapa lah mama kena pilih jalan untuk keluar dengan lelaki lain selain papa ya? Kalau mama tak keluar dengan lelaki lain, Ariel takkan rasa sakit sampai macam ni sekali pun' sejujurnya dia berasa sangat cemburu apabila dia dikeliling dengan keluarga orang lain.

Encik Zayne yang perasan lamunan Ariel itu terus ditegur.

"Sayang, mari lah pergi ke tempat lain. Papa rasa macam tidak selesa pula dengan tempat ini" tipunya. Dia tahu Ariel sedang memandang satu keluarga yang sedang bahagia.

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now