Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 18✨

77 4 0
                                    

Hari demi hari berlalu dan mereka masih lagi belum berbaik lagi. Ariel agak pening dengan keadaan keluarganya. Dia seperti ingin menjerit sekuat hati kerana stres dan serabut.

***

Pada waktu lagi, Ariel merasakan kepalanya terasa amat pening. Dia terus chat Encik Zayne untuk membenarkan dia untuk tidak ke sekolah.

You :
Papa, kalau Ariel tidak mahu ke sekolah boleh?

Papa :
Mengapa sehingga tidak mahu ke sekolah?
Ariel ada masalah?

You :
Ariel tiada masalah cuma pening kepala sahaja

Papa :
K

alau begitu, mari kita pergi ke klinik untuk check, boleh?

You :

Boleh sahaja. Nanti Ariel siap

Papa :
Okay sayang 😊


Perbualan mereka diaplikasi WhatsApp terhenti disitu sahaja. Ariel mengumpul segala tenaga yang dia ada untuk bangun dan terus bersiap siap untuk pergi ke klinik membuat rawatan.

***

Ketika Ariel sudah pun menyiapkan dirinya, tiba tiba dia terdengar ketukan pintu menandakan ada seseorang yang berada diluar biliknya. Dalam keadaan yang lemah, dia pun membuka pintu tersebut.

"Cik Ariel, maaf menganggu. Tuan beritahu pada saya bahawa Cik Ariel sakit ya? Ini, saya ada bawakan bubur dan juga ubat . Cik Ariel makan ya? Jika sudah habis makan, Cik Ariel letak sahaja disini, nanti saya datang untuk ambil semula" jelas Tasya. Ariel mengambil makanan tersebut dan meletakkannya diatas meja.

Ketika dia ingin menarik kerusi, tiba tiba kepalanya berasa sangat pening sehingga membuatkan dia ingin jatuh. Dia berjalan dengan perlahan lahan untuk pergi ke arah katil. Dia cuba mengurut kepalanya sendiri agar hilang rasa sakit itu dan akhirnya dia dibuai mimpi.

***

Ketika dia sedang dilena mimpi, ada seseorang mengejut ya untuk bangun.

"Ariel, bangun sayang. Kita pergi klinik, jom? Nanti Ariel sambung semula tidur ya?" Ariel bangun dalam keadaan mamai dan terus pergi ke bilik air. Apabila dia bangun dia merasakan amsih berasa pening dikepala. Namun, dia kuatkan semangatnya untuk bangun juga pada ketika itu.

Apabila Ariel sudah siap, dia pun turun ke bawah dan menunggu Encik Zayne untuk membawanya pergi ke klinik. Puan Nadyra yang melihat Ariel yang berada di bawah itu, terus ditegur.

"Ariel? Mana papa? Papa kata dia mahu bawa Ariel pergi ke klinik? Mengapa dia tidak turun pula? Ariel tunggu sahaj disini ya? Biar mama yang naik ke atas, dan panggil papa" ujar Puan Nadyra. Dengan pantas, Ariel menghalang.

"Tidak mengapa, Ariel boleh panggilkan. Ariel bukan tidak boleh bangun dengan sendiri. Tidak mengapa, orang yang mahu sembuh dari penyakit perlu banyak berjalan" ujar Ariel. Puan Nadyra hanya mengangguk. Dia tahu sekiranya dia melawan apa yang Ariel katakan, pastu Ariel akan membantah Dan biadap dengannya.

Belum sempat Ariel ingin naik ke atas, dia sudah lihat Encik Zayne yang berada di tangga. Ariel pun terus menuju ke arah pintu dan Encik Zayne mempercepatkan menurun tangga.

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now