Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 11 ✨

115 6 0
                                    

Setelah sampai ke destinasi, Encik Zayne menyuruh Ariel untuk menutup matanya.

"Papa, kenapa sampai tutup mata bagai ni?" Soal Ariel yang ingin tahu jawapan dimulut papanya.

"Kan papa kata suprise, itu yang kena tutup mata tu" ujarnya. Didalam hati Encik Zayne sudah berdebar debar kerana dia takut sekiranya Ariel menolak dengan selambanya ketika bertemu dengan orang tersebut.

Ariel memegang tangan Encik Zayne dengan begitu erat sekali. Setelah sampai ditempat tersebut, Encik Zayne pun melepaskan tangannya.

"Sayang, depan kamu ni ada orang tapi bukan papa. Jangan risau, papa tak pergi mana mana pun. Papa ada je disini. Papa nak Ariel spendtime dengan dia, okay? Nanti kamu suruh dia bukakan kain ni untuk kamu, ya sayang?" Ujar Encik Zayne. Ariel agak hairan dengan kata kata Encik Zayne.

"Okay papa. Ariel akan suruh dia bukakan untuk Ariel" Encik Zayne nafas lega sekali apabila dia mendengar Ariel berkata begitu. Sebelum Encik Zayne ingin pergi, dia sempat membisikkan sesuatu.

"Aku bagi kau masa untuk kau spendtime dengan dia. Kalau ikutkan aku, aku tak izin pun bagi anak aku keluar. Tapi, disebabkan kau paksa aku untuk tengok anak aku, tengok lah puas puas ya? Kalau anak aku still benci kau, aku tak boleh buat apa dah. Nak taknak, kau kena terima juga" ujar Encik Zayne dengan tiada nada dan terus bereda dari situ.

Apabila kain merah itu dibuka, Ariel agak terkejut yang ada dihadapannya.

'alamak, kau lagi. Meluat lah bila aku jumpa kau. Haih sabar je lah. Ni nak aku senyum balik ke atau cane?' ujarnya dihati.

"Jom pusing satu taman ni nak? Sambil tu, kita boleh borak borak" ajaknya. Ariel hanya mengikut sahaja apa kehendaknya dan berjalan disampingnya.

"Ariel, mama sebernanya nak minta maaf pasal benda yang terjadi pada keluarga kita. Ya, mama tahu mama tak fikir masak masak waktu mama suruh papa ceraikan mama tu. Mama minta maaf sangat sangat sebab tak jadi ibu yang terbaik untuk Ariel. Mama faham Ariel takkan terima mama buat kali kedua, tapi mama mohon sangat yang Ariel dapat maafkan mama pun cukup baik dah, sayang. Selagi mama tak dapat kemaafan dari Ariel, hati mama jadi tak tenang. Asyik gelisah je. Tolong sayang, mama minta kamu maafkan mama je. Mama janji lepas je mama dapat kemaafan dari Ariel, mama takkan ganggu Ariel lagi dah. Please?" Pinta Puan Aryysa. Ariel walaupun dia seorang yang keras kepala, namun dihatinya terletak satu sifat dimana dia terlalu kasihan pada orang.

"Macam ni. Kalau kau nak suruh aku maafkan kau, okay aku maafkan kau. Tapi, kalau kau dah janji tu kan, pegang lah. Jangan lah mungkir. Kau nak tahu macam mana? Aku bagi contoh lah eh? Contoh kalau kau dengan someone tu dah ada hubungan yang sangat lama sampai orang tu sanggup janji yang dia akan bahagia kan kau. But at the end, dia khawin dengan orang lain. Kau rasa sakit tak time tu? Tipu lah kalau kau kata tak sakit kan? Manusia kan? Ada hati dan perasan" jelas Ariel. Puan Arrysa hanya pandang rumput rumput yang berada ditaman itu.

***

Setelah lama berborak bersama - sama, Ariel pun terus berkata pada Puan Aryysa bahawa dia kena pulang ke rumah sebelum jam 7 petang.

"Jom balik, dah lewat dah ni. Nanti takut papa marah pula sebab papa tak bagi duduk luar lama lama" ujar Ariel. Puan Arrysa pun menghantar Ariel dengan wajah yang gembira kerana bekas anaknya telah memaafkan segala kesalahan yang telah dia lakukan walaupun benda itu agak perit bagi Ariel.

Setelah sampai ke tempat awal pertemuan, Ariel melihat Encik Zayne seperti menelefon seseorang dari jauh. Dia pun berlari dan pergi ke arah papanya. Encik Zayne terkejut dengan apa yang Ariel lakukan. Puan Arrysa yang melihat keluarga kecil itu bergelak ketawa hanya tersenyum nipis sahaja.

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now