Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 29✨

97 4 0
                                    

Setelah habis sahaja perbincangan antara mereka, Ariel pinta untuk pulang. Namun, dihalang oleh Encik Zayne.

"Ariel? Boleh papa ikut Ariel sekali untuk pulang ke rumah bersama sama?" Soal Encik Zayne dengan lembut. Ariel mengangkat keningnya disebelah.

"Untuk apa?" Soal Ariel semula sambil memeluk tubuhnya.

"Tidak apa apa pun. Pap cuma nak lihat rumah yang kamu tinggal sahaja" jelas Encik Zayne. Ariel hanya meng'oh'kan sahaja.

"Ariel tak boleh bagi apa apa jawapan sebab itu bukan rumah Ariel sekarang. Nak tanya soalan boleh ikut sekali atau tak, tanya pada mama bukan pada Ariel" ujar Ariel sambil menepuk Puan Aryysa dengan lembut sekali.

Encik Zayne memandang wajah Puan Aryysa apabila anaknya menyebut nama bekas isterinya. Puan Aryysa hanya mengangkat kedua dua bahunya. Encik Zayne mengeluh dan berkata

"Tidak pun begini. Ariel balik nanti kemas kemas barang semua dan kita pilang ke rumah kita semula ya?" Soal Encik Zayne. Ariel hanya mengangguk sahaja kepalanya dan terus menarik tangan Puan Aryysa dengan lembut untuk pulang dan mengemas barang.

"Kami pulang dahulu ya?" Pinta Imbran. Encik Zayne hanya mengangguk sahaja.

***

Ketika mereka bergerak untuk pulang kerumah, Ariel terdengar keluhan dari Puan Aryysa.

"Mama kenapa ni?" Soal Ariel dengan begitu risau sekali.

"Mama risau lah kalau Ariel duduk dengan Encik Zayne tu" ujar Puan Aryysa. Ariel pelik dengan apa yang Puan Aryysa katakan.

"Risau? Mengapa pula mama perlu risau?" Soal Ariel. Puan Aryysa menarik nafas dan berkata

"Mama risau kalau Encik Zayne tu buat benda yang sama dekat Ariel sekali lagi. Mama tidak mahu anak kesayangan mama ni terluka sebab dia" jelas Puan Aryysa.

"Tidak mengapa mama, Ariel tahu bagaimana untuk selesaikan masalah tu. Kalau mama dengan uncle mahu beredar, jangan diam sahaja tau. Beritahu Ariel juga. Ariel tidak mahu duduk bersama mereka terlalu lama. Seandainya, mama dengan uncle terlihat Ariel bahagia dengan mereka, korang silap. Ariel tidak akan pernah bahagia dengana mereka sampai bila bila. Walaupun Encik Zayne sudah minta maaf dengan Ariel, tapi Ariel tidak akan pernah lupa kejadian yang membuatkan Ariel lari rumah mama" jelas Ariel. Imbran yang turut mendengar agak terkejut juga.

"Ya sayang. Kalau kami mahu pulang semula ke sana, kami beritahu Ariel okay?" Ujar Puan Aryysa dengan nada yang lenbut. Ariel hanya mengangguk dengan teruka sekali.

"Baiklah mama. Akanku turut perintahmu" Puan Aryysa ketawa kecil apabila melihat gelagat anaknya.

***

Sampai sahaja dirumah, Ariel terus naik ke atas dan mengemas barangnya untuk dibawa pulang ke rumah Encik Zayne. Dia memandang perabot perabot yang berada didalam bilik tersebut. Dia tersenyum kecil apabila teringat kenangan dimana hari pertama dia berada disitu. Dia berasa amat berat hati untuk meninggalkan bilik tersebut.

'betul ke apa yang aku buat ni? Kenapa aku rasa keputusan yang aku buat ni macam tidak betul sahaja?' ujar Ariel dihati. Dia hanya mengeluh kecil sahaja. Puan Aryysa yang melihat anaknya tiba tiba sahaja murung itu, ditegur.

"Ariel? Kenapa ni? Macam tidak suka sahaja duduk dengan keluarga Encik Zayne tu" tembak Puan Aryysa. Ariel memandang wajah Puan Aryysa yang dari tadi hanya memandangnya sahaja.

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now