Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 13✨

105 5 0
                                    

Setelah lama Ariel tidur, akhirnya dia pun bangun dan terus melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 2.00 petang. Tiba tiba ada yang mengetuk pintu.

"Cik Ariel, papa suruh turun bawah. Ada tetamu katanya" ujar Tasya. Ariel terus bangun dengan malas dan pergi ke bilik air untuk mencuci muka.

'habislah aku. Dah lambat pula. Tapi, macam mana dia tahu rumah aku, sedangkan aku tak pernah pun bagi alamat dekat dia? Pelik tapi benar. Tukar baju je lah. Lagipun, aku wangi lagi so jangan mandi lagi' ujar Ariel dihati. Dia pun terus turun ke bawah dan melihat dua orang lelaki sedang berbual rancak.

"Ariel, turun pun. Ingatkan tak nak turun dah" ujar Encik Zayne. Noah memusing badannya kebelakang setelah mendengar Encik Zayne menyebut nama Ariel. Encik Zayne semoat berdehem supaya Noah tersedar.

"Aih Noah, kalau ye pun jangan lah pandang anak orang macam tu sekali. Dia pun takut nak turun bila kamu pandang centu" ujar Encik Zayne dengan nada yang sedikit serius.

"Hehehe, maaf tuan. Badan saya automatic pusing bila tuan panggil nama Ariel. Saya pun tak tahu kenapa" ujar Noah sambil menggarukan kepalanya.

"Memang nak tengok aku sampai esok ke?" Ujar Ariel sambil memluk tubuh. Noah tiba tiba tersedar bahawa dia ada benda yang perlu dia beritahu pada Ariel.

"Eh, tuan saya nak ajak Ariel keluar sebentar boleh? Sebab saya ada benda yang saya kena cakap dengan dia. Saya janji, saya akan hantar dia sebelum pukul 9 malam" pinta Noah. Encik Zayne hanya mengangguk sahaja apabila Noah kata begitu.

Ariel dan Noah pun pergi meninggalkan rumah kediaman Encik Zayne.

***

Setelah sampai destinasi, mereka pun pergi ke sebuah bangku yang disediakan.

"Okay Noah. Kenapa kau nak jumpa sangat dengan aku? Apa benda yang penting sangat tu?" Soal Ariel. Dia betul betul ingin tahu kenapa Noah ingin berjumpa sedangkan boleh sahaja beritahu dichat.

"Lah, salah ke kalau aku bawa kau pergi taman? Atleast, ada buaian and kau boleh main. Ada budak lari. Ha, kau kan suka budak lari lari?" Ujar Noah. Ariel sudah menunjukkan muka yang malas mahu layan Noah.

"Noah, boleh tak kalau kau straight to the point, please? Bukan itu yang aku nak dengar, Noah" ujar Ariel. Noah hanya menggarukan kepalanya.

"Aku nak cakap yang a-aku suka k-kau" tergagap Noah ingin mengatakan benda itu. Ariel masih terkaku apa yang dia dengar. Dia seolah olah tidak percaya apa yang dia dengar.

"Hah? Kau cakap apa ni? Aku tak faham. Apa maksud kau, yang kau suka aku?" Soal Ariel yang betul betul tak faham.

"Ye, Ariel. Aku suka kau. Aku jadi takut nak bagitau kau, sebab benda ni lah. Aku tahu kau akan terkejut bila kau dapat tahu yang aku bagitau yang aku suka kau" jelas Noah.

"T-tapi, kenapa kau suka aku? Sedangkan benda baik yang aku buat, tu semua orang lain buat. Aku pun tolong yang mana aku boleh je" ujar Ariel.

"Ye memang aku tahu kau tolong benda yang orang lain tolong. Tapi, cara layanan bila kau nak tolong orang tu baik sangat. Aku jadi tertarik nak kenal dengan kau lebih mendalam. Kalau kau, macam mana? Ada tak peradaan yang sama dengan aku?" Soal Noah. Ariel membuat gaya seperti sedang berfikir.

"Kalau bagi aku kan, aku pun tak tahu macam mana nak cakap. Sebab benda ni libatkan hati kan? Aku taknak lah yang kau terguris hati" ujar Ariel. Sebernanya, dari awal lagi dia sudah nampak Noah banyak menolongnya tetapi dia tidak lah fikir seperti Noah akan suka pada dia.

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now