Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ | 22 ✨

117 3 0
                                    

Ketika malam sebelum Ariel ingin pergi ke universiti tersebut, Ariel mengemas barangnya dan ditemani oleh Puan Aryysa. Puan Aryysa memberi nasihat pada Ariel.

"Dengar tidak apa yang mama katakan ini, Ariel?" Ujar Puan Aryysa. Ariel hanya mengangguk sahaja.

"Jangan angguk angguk tetapi tidak masuk ke kepala. Ingat, awak tu anak perempuan Dan awak lah satu satunya anak mama yang mama ada sekarang ni" ujar Puan Aryysa.

"Baik mama, Ariel dengar segala nasihat yang mama kata pada Ariel" ujar Ariel.

"Sudah habis kemas? Kalau sudah, bawa barang itu keluar untuk letakkan dibonet kereta. Nanti tidak perlu kelam kabut jika sudah lewat, bukan?" Cadang Puan Aryysa. Ariel pun setuju dengan cadangan Puan Aryysa dan mengikut sahaja cadangan Puan Aryysa.

Puan Aryysa pun mengambil kunci keretanya dan Ariel mula meletakkan beg rodanya didalam bonet kereta Puan Aryysa. Ariel melihat barang apa yang perlu dia masukkan di bonet.

Setelah meletakkan barangnya, dia pun menutup bonet dan naik ke atas untuk tidur.

***

Keesokan harinya, dia bangun dengan begitu semangat kerana hari ini merupakan hari paling bahagia baginya. Dia pun terus bergegas ke arah bilik mandi dan siap siap.

Setelah dia siap memakai pakaian yang lawa, dia pun turun ke bawah untuk sarapan pagi yang dibuat oleh Puan Aryysa.

Apabila dia turun ke bawah, dia melihat Puan Aryysa masih belum siap. Dia berdehem agar Puan Aryysa sedar kehadiran anaknya itu

"Eh, Ariel. Maaflah mama belum siap lagi, sayang. Mama baru masak sarapan untuk kamu. Sekejap, mama siap dahulu ya? Ariel makan dahulu sementara tunggu mama siap" ujar Puan Aryysa. Ariel mengangguk dan Puan Aryysa bergegas naik ke atas untuk siap.

Ketika Ariel sedang menikmati sarapan, tiba tiba ada orang menghantar pesanan padanya.

'siapa pula hantar mesej dekat aku ni. Nombor tidak kenal tiba tiba sahaja mesej. Malas aku mahu layan. Baik aku habiskan sahaja makananku ini' ujar Ariel dihati.

***

Setelah beberapa minit, Puan Aryysa pun turun dengan pakaian yang lawa. Ariel terpegun emlohat kecantikan Puan Aryysa.

"Ariel? Hei, mengapa tenung mama seperti itu?" Soal Puan Aryysa. Ariel pun tersedar dari lamunan tersebut setelah Puan Aryysa menyedarkannya.

"Mama terlalu cantik sehingga Ariel terpegun melihat kecantikan mama" puji Ariel. Puan Aryysa hanya menggelengkan kepalanya sahaja

"Kalau mama lawa, anak mama lagi lawa dari mama, bukan?" Soal Puan Aryysa. Ariel hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Ariel sudah habis makan? Mari kita pergi? Takut lewat pula sampai disana" anak Puan Aryysa. Ariel mengangguk dan terus ke singki untuk membasuh pinggan yang dia makan tadi.

Setelah habis Ariel membasuh pinggan tersebut, mereka terus keluar dari rumah itu dan Puan Aryysa meluncur keretanya pergi ke universiti tersebut.

***

Sampai sahaja disana, dari jauh lagi Ariel sudah memerhatikan satu keluarga yang dia rasa bahawa itu adalah keluarga yang dia pernah lihat.

'sekejap, jangan kata itu papa ya? Sangat tidak kelakar kalau itu papa. Takkan Noah belajar disini juga? Kalau dia belajar disini, pasti dia akan beritahu papa tentang aku. Tidak mengapa lah aku buat tidak tahu sahaja lah' ujar Ariel dihati.

Ketika mereka berjalan, secara tidak sengaja, Ariel melanggar baju seseorang.

"Sorry" ujar Ariel. Orang yang mendengar suara itu terus menegur.

"Ariel? Did you remember us?" Ujar Encik Zayne. Ariel mengejutkan dahinya dan Puan Aryysa terus menarik lembut tangan Ariel untuk pergi dari tempat tersebut.

"Thank you, mama sebab tarik tangan Ariel pergi dari situ. Ariel tidak tahu jika Ariel masih kekal disitu, apa yang akan berlaku" ujar Ariel.

"Tidak mengapa, sayang. Mama faham. Bukan mudah untuk Ariel menerima apa benda yang jadi, bukan? Dia pun perlukan masa juga until lupakan kejadian tersebut" ujar Puan Aryysa.

"Tapi, kejadian itu sampai bila bila ada dikepala Ariel dan Ariel tidak akan sesekali lupakan kejadian dimana Ariel dihalau oleh orang yang bernama Zayne Zander. Kalau dia mahu menyesal pun, tiada guna lagi" jelas Ariel. kata kata Ariel betul betul menusuk me hati Puan Aryysa.

Alamak, Ariel dah bagi hint macam dia takkan kembali ke keluarga Zayne je ni. Cane pula ni. Tunggu je lah chapter seterusnya lah jawabnya.

Don't forget to vote thank you 🌹

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now