Aʀɪᴇʟʟᴇ Zᴀʀɪʏᴀ| 32 ✨

92 2 0
                                    

Selepas sahaja perdebatan antara Noah dan Ayden, Ariel masih terfikir, macam mana Noah boleh cakap semua benda tu. Tenaga apa yang dia kunpul selama ini hingga dalat cakal macam tu sekali.

"Noah, sini kejap. Aku ada benda nak cakap dengan kau" sambil menepuk sofa. Noah memandang Ariel dam terus pergi ke arah Ariel.

"Kenapa?" Soal Noah.

"Aku nak tanya, macam mana kau boleh berani cakap macam tu depan orang ramai? Kau tak tahu waktu tu mama, papa, bibik pandang kau tau. Sebab kau bebel panjang gila" ujar Ariel sambil mengejeknya. Noah hanya menjelingnya sahaja. Dia tahu bahawa Ariel akan mengejeknya.

"Kau jangan nak mengejek aku eh? Kira baik tau aku tolong. Daripada, kau terkaku tak kata apa apa" ujar Noah sambil membanggakan dirinya.

"Ye lah, Noah. Terima kasih menolong saya menyelesaikan masalah tadi. Kalau tak, habislah saya. Jadi, saya nak ucapkan sekali lagi terima kasih kepada awak. Kalau nak suruh aku beli something minta mama duit pastu aku belanja" ujar Ariel sambil gelak.

"Eh, mana boleh kalau begitu. Kau lah yang kena belanja. Kenapa kena duit mama? Aku nak guna duit kau untuk belanja aku. Tu kiranya orang tu yang belanja kita tau kalau kita ni pakai duit orang, bukan pakai duit kita sendiri " jelas Noah. Ariel yang malas mahu dengar apa yang Noah katakan itu, terus  naik ke atas dan masuk bilik. 

Apabila Ariel berada didalam bilik sambil memikirkan sesuatu, tiba tiba ada orang mengetuk pintu biliknya. Dia terus bangun dan membuka pintu dengan kadar yang tergesa-gesa.

"Ye pa? Kenapa papa ketuk? Ada apa apa yang berlaku ke?" Soal Ariel. Encik Zayne laju menggelengkan kepalanya. 

"Tidak apa apa lah, sayang. Papa nak tengok anak. papa buat apa dekat dalam bilik ni. Kot dia tidur ke, kan?" gurau Encik Zayne. Ariel sempat sengih pada Encik Zayne sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

"Ariel okay je papa. Takde apa apa yang berlaku pun. Ariel cuma rindu mama dekat London sana. Mesti mama tak rindu Ariel kan? Takpe lah" ujarnya dengan sebak. Encik Zayne yang melihat Ariel yang ingin nangis, cepat cepat dia memujuknya.

"Ariel, esok nak tak kita pergi jalan jalan? Pusing pusing taman ke? Ambil gambar ke? Nak tak?" Soal Encik Zayne dengan nada yang sedikit gembira.

"Nak nak!!! Mesti best kan. Ye lah, sebab jalan jalan semua tu. Hehehe" ujar Ariel dengan sedikit gembira.

"Haa, kalau Ariel nak ikut esok, prepare baju siap siap untuk esok. Takde lah kelam kabut nak cari malam ni" ujar Encik Zayne. Ariel hanya mengangguk dan terus mencari baju yang dia ingin pakai pada esok hari manakala Encik Zayne pula memberi ruang pada anaknya untuk mencari baju yang dia mahu pakai.



Maaflah chapter ni kalini macam pendek sikit... Takpe, chapter seterusnya kita panjang sikit biar hati readers puas
hai readers, sorry lambat post sebab ada exam... Maafkan author ye?

Don't forget to vote, thank you🌹

ARIELLE ZARIYA | COMPLETE ✨Where stories live. Discover now