MY POSESIF BROTHER ; 14

543 29 2
                                    



" Yujin gih order " arah Haein sudah serupa bos

" Jangan risau aku belanja " sambungnya. Yujin diam berfikir sejenak.

" Hmm...bolehlah, sebab kau dah bagi aku tiru tadi, aku balas budi gitew " Yujin berdiri

" Jap, kau nak apa? " Tanya Yujin dekat Haein.

" Aku ikut kau je " balas Haein ringkas

" Kau pula? " Mata Yujin beralih kearah Lia.

" Aku pun sama, ikut kau " Yujin mengangguk lalu pergi untuk memesan.

" Kau kenapa? Kau okey tak ni? " Tanya Lia selepas melihat Haein memegang perutnya dengan wajah kesakitan.

" Aku..o..Okey " Haein mengangguk, entah kenapa tiba-tiba perutnya rasa tak nyaman.

" Aku rasa aku nak membuang lah weh " Sambung Haein. Tangannya masih setia memegang perutnya.

" Habis tu? Kau tunggu apa? Nak membuang kat sini ka macam mana? "
P

antas Haein berdiri lalu berlari ke tandas sambil tangannya masih memegangi perutnya.














Selepas beberapa minit menabung akhirnya Haein keluar lalu membersihkan tangan nya.

" H..hai... " Sapa seorang pelajar perempuan. Haein memerhati wanita itu dari pantulan cermin.

" Kau sapa aku ke? " Tanya Haein ingin kepastian. Yelah kot-kot dia sapa orang lain tapi Haein jawab tak kah malu nanti?

" Ah..hai juga.. " Balas Haein selepas mendapat anggukan dari wanita yang mungkin lebih tua dari dia. Mungkin.

" Urm..a..awak tak apa-apa? " Tanya wanita itu. Haein mengerutkan dahi.tak faham apa yang tengah wanita tu cakapkan.

" Aku? Aku okey je, kenapa? "

" I..itu.. kelmarin saya t..tengok awak dibelasah " Jawab wanita itu gagap. Haein terkejut. tak sangka pulak dia yang ada orang tengok kejadian tu.

" Jadi kau nampak lah apa jadi? " Wanita itu mengangguk meng'iya'kan pertanyaan Haein.

" ah..aku okey, luka kecil je ni " Haein sengih sambil menyapu hujung bibirnya.

" Ehh tapi kan.. kelmarin sekolah ni dah takda orang, dah sunyi sepi "

" P...pasal tu.. barang saya tinggal kat kelas.. " Haein mengangguk faham.

" Oh ya aku Haein " Haein menghulurkan tangannya. Sempat juga dilap ke bajunya sebelum dihulurnya

" T..tapi tangan saya kotor.. "

" Hah? Takde lah, bersih je aku tengok " Wanita itu menggeleng lagi.

" Takpa lah kalau macam tu, nama kau siapa? " Tanya Haein. Tangannya ditarik

" Saya Hayoung "

" Senang dapat kenal kau Hayoung " Haein tersenyum mesra. Hayoung mengangguk dan tersenyum.

𝐌𝐲 𝐏𝐨𝐬𝐞𝐬𝐢𝐟 𝐁𝐫𝐨𝐭𝐡𝐞𝐫 | 𝐂Where stories live. Discover now