𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 5

10.7K 810 82
                                    

Eima menongkat dagu. Bibir tercebik melihat kawasan rumah jirannya yang penuh dengan manusia itu. Sekejap ke hulu, sekeejap ke hilir. Yang berpusu-pusu pun ada. Inilah antara satu sebab Eima gemar tinggal di kampungnya. Suka bantu membantu.

"Amboi, seronok kau. Duduk termenung je kerja." Zaril menanggalkan selipar jepun miliknya seraya kaki melangkah ke arah Eima yang berehat di atas tangga rumahnya itu.

Pandangannya ditala ke arah kawasan rumah Zaril. Tidak pedulikan Zaril yang entah bila dan macam mana boleh terpacak di sini pula. Bosanlah tu.

"Kalau kau nak bergaduh dengan aku, baik kau pergi balik rumah kau. Tolong apa yang patut." Bercakap dengan Zaril, tapi pandangan masih fokus ke sana.

"Aku baru nak bagi kau aiskrim ni. Kau dah halau aku, tak ap—"

"Eh Zaril. Aku bergurau je. Duduk balik." Laju Eima memotong Zaril yang bercakap itu. Tapak tangan turut menepuk tempat di sebelahnya.

Zaril senyum senget. Tahu pun. Eima mana pernah tolak makanan, lagi-lagi aiskrim. Dasar perempuan!

Zaril henyakkan punggung di sebelah Eima. Masih tinggal jarak yang agak jauh. Aiskrim mochi boba yang baru dibelinya dihulurkan pada Eima.

Senyuman Eima lebar. Mata bulatnya bercahaya. Pinggir bibir jatuh melengkung. Anak mata Zaril dicari.

"Zaril, tak apa ke aku ambik ni? Kau ikhlas?" Anak mata dikerdipkan beberapa kali.

Zaril menjuih. Mahu saja dia ketuk kepala Eima sekarang. Geli pula Zaril tengok.

"Kau fikir kau cantik ke buat muka macam tu?" Aiskrim tadi diletakkan di atas peha Eima.

Wajah Eima kian muram. Oh, Zaril. Memang sahabat Eima. Sejak semalam Eima tidak dapat tidur memikirkan tentang dirinya ini.

"Zaril."

Zaril hayun dagu ke hadapan. Jemari kasarnya ligat membuka plastik aiskrim apple sourz miliknya.

"Kau rasa aku cantik tak?" Soal Eima tidak beragak.

Dahi Zaril berkerut. Wajah Eima yang agak serius di matanya itu dipandang lama. "Kenapa kau tanya soalan macam tu?" Aneh Zaril.

"Aku tanya jawab je lah." Geram pula Eima.

"Buat pertama kali aku rasa kau seorang wanita, Eima. Bagus. Eima aku dah besar."

"Ish, kau ni. Soalan aku tadi, jawablah dulu!" Eima menjeling Zaril. Ke situ pula.

Zaril mengetuk dagu. Kepala turut dilangutkan sedikit ke atas. Sebijik gaya seperti fokus berfikir.

"Cantik je kau ni Eima. Cuma kau bukan taste aku." Ujar Zaril diselangi dengan tawa. Cemberut habis wajah Eima mendengar. Cish, Zaril pun bukan taste dia lah.

Eima diam pula. Aiskrim pemberian Zaril tadi dibuka sebelum suapan pertama masuk ke dalam mulutnya. Kepala kembali melilau ke arah kawasan rumah Zaril.

Zap!

Eima kaku. Kunyahannya terhenti saat iris bundanrnya tidak sengaja berlaga pandangan dengan mata hitam yang sedari menjadi peneman tidurnya semalam.

Saat Altaf alihkan pandangan, Eima mula tersedar. Hilang terus dunia fantasinya tadi. Tanpa sedar, keluhan kecil terbit di bibir hingga mengundang perhatian Zaril.

"Kau kenapa sebenarnya Eima?" Meskipun dia sudah dapat tebak hal yang bermain di kepala Eima, dia masih mahu dengar dari mulut itu sendiri.

Eima pandang seraut wajah Zaril. Nafas diambil panjang.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now