𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 11

11K 826 127
                                    

Altaf menunduk melihat skrin telefonnya yang tertera kontak nama Abi. Sejak tadi dia berkira sama ada ingin menelefon Syed Adi Uzam ataupun tidak. Meskipun Altaf tahu yang Abi tidak menyimpan nombornya.

"Woi, bakal pengantin. Kau buat apa?" Tegur Zaril. Tangan naik memeluk bahu tegap Altaf.

Altaf pandang Zaril disebelahnya sekilas. Bersilih ganti dia menjeling ke arah wajah sahabatnya dan lengan lelaki itu yang sungguh selamba memeluknya.

Altaf tidak suka disentuh. Altaf paling pantang kalau manusia sesuka hati menyentuhnya. Dan Zaril tahu.

Zaril mencebik melihat wajah Altaf yang kosong tanpa perasaan itu.

"Halah. Bagilah aku peluk kau puas-puas dulu sebelum kau jadi suami minah tiga suku tu..."

Altaf geleng. Pergelangan tangan Zaril dipegang sebelum dibawa turun dari bahunya.

"Eima. Nama dia Eima." Suka sungguh lelaki itu memanggil Eima sebegitu. Altaf tengok, Eima tidak seperti yang dipanggil oleh Zaril langsung.

"Kau yakin ke kau tak ada perasaan dekat Eima, Altaf? Aku tengok cara kau layan Eima ni, macam dah jatuh cinta sangat." Zaril panasaran.

Setiap kali Zaril bercakap perkara yang tidak elok sedikit tentang Eima, pasti Altaf menegur. Sedangkan jika selama ini sudah banyak manusia lain menjadi mangsa mulutnya yang tidak bertapis ini, Altaf hanya buat der. Tidak layan.

Altaf diam sejenak. Iphone 14 di tangan diseluk ke dalam poket jogger pants.

"Setakat ni, aku yakin aku memang tak ada perasaan dekat dia. Tapi tetap akan ada. Suatu hari nanti. Insha Allah." Akan Altaf belajar mencintai Eima. Eima bakal menjadi isterinya. Altaf akan wujudkan kasih yang sudah lama hilang dalam diri hanya untuk Eima.

Mendengarkan itu, Zaril senyum sumbing. Mungkin cinta memang belum datang, tetapi entah mengapa Zaril dapat rasa yang Altaf sudah jatuh sayang akan Eima. Zaril yakin!

"Aku rasa serba salah sebenarnya..." Altaf luahkan kebimbangan hati pada Zaril.

"Kenapa pulak?" Tiba-tiba sahaja Altaf ini. Meskipun Zaril sudah biasa dengan sikap Altaf yang satu ini. Tetapi sekarang rasa runsing itu melebih-lebih.

"Pasal majlis nikah inilah. Aku serba salah dengan Eima. Dia mesti nak majlis kahwin macam pasangan lain." Suara Altaf mengendur. Pelipisnya dipicit sekilas.

Ini semua muslihat Abi. Berkerasan kepada Ibu supaya mempercepatkan pernikahan dia dengan Eima. Dan paling Altaf kesal, Abi mengharamkan dia supaya buat majlis resepsi. Hanya majlis nikah biasa dan dibuat di kampung Eima.

Altaf mengerti, Abi orang kenamaan. Tidak mahu tentang ini menjadi buah mulut orang mahupun media. Tetapi dengan sikap Abi ini, jelas dari pandangan Altaf yang Abi benar-benar menyisihkannya. Tetapi apa mahu kata, salah dia sendiri juga.

Mujurlah Pakde dan Eima hanya menurut. Sedikitpun dua beranak itu tidak mempersoal lagikan membantah kemahuan Abi nya ini. Sedikit sebanyak Altaf rasa malu pula.

Zaril tepuk bahu Altaf berkali-kali. Senyuman tipis dikoyakkan. Zaril turut tahu menahu tentang hal ini. Masakan tidak, Abi dan Bonda Altaf menjadikan ibunya sebagai perantara. Dek kerana serba salah dengan Altaf, ibu tak berani nak menyampai. Sehingga menangis ibu dibuatnya. Kasihankan Altaf.

"Kau jangan risaulah. Eima okey. Kau tak nampak perempuan tu bukan main menggeletis suka masa kau cakap nak nikah cepat-cepat?" Dalam memujuk, sempat dia mengutuk Eima. Mujurlah Altaf arif benar dengan sikap Zaril ini.

"Oh lupa. Kau tak nampak. Tapi aku yang nampak." Zaril buat muka selamba. Masih dia ingat reaksi Eima tika itu, sungguh teruja. Sehingga lenguh Zaril duk melayan menjawab segala pertanyaan Eima yang tidak reti nak habis itu.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now