Mengeluh. Rambut separas tulang belikat yang dibiarkan jatuh mengurai diramas kasar. Kepala dibawa ke pintu perabot sementelah dahi dihentakkan ke situ beberapa kali.
"Arghhh macam mana ni?" Sungut Eima.
Saat dahi mahu dihentakkan ke pintu perabot yang keras lagi, satu tapak tangan besar menghalang. Sebelah lengannya juga terasa dipegang.
Dengan dahi masih melekap di tapak tangan itu, Eima pusing sedikit kepala. Retina mata dihiasi dengan wajah tampan si suami.
Altaf membawa turun lengan Eima. Rambut wanita itu yang berselerak dikemaskannya.
"Kenapa, sayang? Dari tadi abang tengok Eima macam ni. Eima sakit ke?" Jemarinya masih menggosok dahi Eima. Berubah seketika air muka melihat dahi licin itu mula memerah.
Altaf sungguh tidak berkenan dengan tabiat buruk Eima yang satu ini. Suka meramas dan menghentakkan kepala ke permukaan keras. Setiap kali.
"Abang..." Bibir Eima jatuh melengkung. Dahi dibawa ke lengan berurat Altaf dan direhatkan disitu.
"Ye. Kenapa?" Sahutnya. Menatap bimbang seraut cantik yang masam mencuka itu.
Menunduk, Eima pandang sebuah kotak yang berukuran sederhana berdekatan duduk silanya.
"Kotak apa ni abang?" Soalnya aneh. Kotak disentuh. Berkerut Eima memandang maklumat pembelian di atas permukaan itu. Nama Altaf.
"Parcel abang ke?" Sejak bila Altaf beli barang atas talian? Pelik. Selalu barang yang sampai, pasti milik Eima.
"Haah. Abang punya." Altaf ambil knife cutter yang turut dibawa naik tadi. Kotak itu diletakkan ke atas riba dan dibuka.
Tidak berkelip Eima menanti isi kotak itu. Selalu Altaf duk membebel pada Eima beli barang online. Altaf lebih suka membeli di kedai. Altaf kan cerewet sedikit.
Saat Altaf keluarkan isi di dalam kotak itu, Eima mengeluh pendek. Wajah teruja si suami dipandang.
"Cap? Abang beli cap lagi?" Pasrah nada Eima bertanya.
Sambil membuka plastik, Altaf sempat mengerling si isteri. Kepalanya dijatuhkan sekali. Pasti Eima nak mengamuk.
"Abang. Tengok laci abang itu. Penuh dengan cap saja. Dah berlambak. Abang pula buat perangai sekali pakai, abang buang. Bukannya lusuh pun. Eima tilik satu-satu semalam semua macam baru lagi."
Ha, kan Altaf dah kata. Eima berleter. Tapi Altaf suka. Rasa macam disayangi.
Separuh dari laci Altaf penuh dengan cap sahaja. Pelbagai jenis brand dan warna. Eima tahu yang suaminya ini memang gemar pakai topi, tapi kebanyakkannya Altaf hanya pakai sekali.
"Abang tak buang, sayang. Abang simpan. Nanti abang pakai balik." Sopan Altaf menidakkan tuduhan si isteri.
Altaf lihat Eima yang sedang berpeluk tubuh. Tajam anak mata itu menikam wajahnya. Garangnya Eima. Seksi. Eh?
"Ya Allah, abang... Banyaknya!" Mencerun Eima melihat satu-satu cap yang dikeluarkan oleh Altaf. Dalam diam, Eima mula mengira. Sampai ke tujuh? Ya Tuhan.
"Yang ni abang nak bawa pergi Dubai, sayang. Sana panas."
Zap!
Pantas Eima mencari anak mata hitam cantik itu. Makin membulat matanya. Teguk liur Altaf melihat reaksi si isteri. Marah benar si isteri dengan Altaf kali ini.
"Taknak lah marah-marah, sayang. Abang dah nak pergi lusa. Eima tak kasihankan abang ke?" Altaf capai tangan yang menyilang di dada itu dan dibawa turun. Jemari runcing itu dielusnya.
YOU ARE READING
ALTAF'S SAVIOUR
RomanceNur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. Entah apalah dia ni reti pun tak tahu 🤷🏻♀️