Eima ke hulu dan ke hilir. Sambil itu bersilih ganti dia melirik ke arah telefon di tangan dan kawasan rumahnya. Setiap kali bunyi kenderaan lalu, pasti dia lihat ke arah itu.
Eima tunggu ayahnya pulang. Sejak maghrib tadi ke masjid tidak pulang-pulang. Melepak lah tu. Geram Eima. Sudah lewat. Mujur rumah Cik Ani masih meriah malam-malam sebegini.
Saat Eima terpandangkan dua figura yang berjalan dari jauh masuk ke halaman rumahnya, Eima hela nafas lega. Dia yakin itu ayahnya. Ketinggian dan bentuk badan yang sama walaupun hanya ditemani lampu jalan.
Tapi siapa di sebelah ayahnya itu? Tinggi lampai. Jauh beza dengan ayahnya. Si Zaril ke? Eima sudah agak. Zaril ni memang tak guna. Ada ke patut ajak ayah melepak sampai ke tengah malam?
"Eh Zaril si telur rebus! Aku agak dah ni mesti kerja kau. Kau hasut ayah aku melepak sampai pukul 1 pagi macam ni kan? Kau memang tak guna. Siap kau aku kerjakan!" Meskipun ayah dan Zaril itu masih jauh, tidak beragak Eima lontarkan ammarahnya. Siaplah Zaril itu. Eima tendang dia nanti.
"Apa yang Eima bebelkan ni sayang?" Suara Encik Zain saat dia sudah sampai di hadapan tangga rumahnya itu. Dari jauh sudah dengar Eima membebel. Tidak jelas langsung. Laju sangat bercakap.
Tidak berkedip kelopak mata Eima saat terpandangkan sosok tubuh tinggi bersama ayahnya ini. Tangan pantas naik menekup bibir. Macam mana Altaf boleh ada dekat sini?
Dia ingatkan Zaril tadi! Argh Eima, bodoh!
"Eima risau tu pakde. Saya culik pakde lama sangat kut." Altaf membantu pakde duduk di atas tangga.
Dia dengar Eima membebel tadi. Eima fikir dia Zaril.
Eima yang berada di anjung rumah tadi, lekas turun dan menerpa ke ayahnya. Malunya tadi hilang selepas melihat ayah yang susah payah duduk itu.
"Kenapa ni ayah? Ayah sakit kaki lagi ke?" Soal Eima risau. Wajah ayahnya dan lutut lelaki itu yang beralas kain pelikat di pandang silih ganti.
"Tak adalah. Lenguh sikit je. Boleh pula cramp dekat masjid. Ayah lenguh nak bangun, tunggu sekejap tadi. Kebetulan ada Altaf teman ayah. Ingatkan nak bersembang sekejap je, ralit pula. Tak perasan dah lewat malam rupanya."
Panjang lebar Encik Zain berikan penjelasan. Dia tahu, Eima terlalu runsing. Encik Zain pun tidak suka. Dia rasa dia banyak susahkan Eima pula.
"Betul ni? Tak ada sakit teruk? Lutut ayah okey?" Eima mahukan kepastian.
"Betul, sayang. Ayah nak tipu buat apa?" Belakang kepala Eima yang berlapik tudung sarung itu, dielusnya.
Altaf senyum tipis melihat adegan mesra dua beranak itu. Timbul perasaan dengki melihat keakraban itu.
"Pakde. Altaf balik dulu lah. Takut Zaril cari pulak." Pamit Altaf.
Encik Zain dan Eima lekas memandang ke arah itu. Eima ketap bibir. Timbul serba salah menghembur Altaf yang dikira Zaril tadi. Dan dia yakin Altaf dengar. Nak minta maaf ke? Tapi Eima malu...
"Yalah. Terima kasih Altaf, sudi teman pakde." Altaf sekadar mengangguk. Usai meminta diri, Altaf mula melangkah ke arah rumah Zaril.
Encik Zain melirik ke arah Eima yang tidak lepas dari memandang sosok tubuh tegap milik Altaf itu.
"Ayah rasa ayah dah jumpa jodoh Eima."
Mendengarkan itu, lekas Eima mencari wajah ayahnya. Seram sejuk Eima mendengar ujaran selamba ayahnya tadi.
"Si— siapa pulak? Macam mana ayah tahu orang tu jodoh Eima?" Suara Eima seperti tidak kisah. Sedangkan menempik hati mahu tahu gerangan mana yang ayahnya maksudkan.
YOU ARE READING
ALTAF'S SAVIOUR
Storie d'amoreNur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. Entah apalah dia ni reti pun tak tahu 🤷🏻♀️