𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 62

11.4K 1.1K 272
                                    

Altaf pandang tubuh tegapnya yang tersarung kemeja putih melalui pantulan cermin besar di ruangan persalinan ini. Rambutnya juga sudah distail kemas. Tetapi wajah sendiri tiada sinar langsung.

Jam yang melilit di pergelangan tangan dilirik. Majlis masih belum mula tetapi jiwa sudah meronta-ronta ingin pulang ke rumah. Altaf mahu jumpa Eima dan si kecil itu.

Sejak pagi tadi, dia masih belum jejakkan kaki ke rumah. Meskipun sudah ditegah oleh adik-beradiknya untuk tidak ke pejabat pada hari ini, Altaf tetap berdegil. Bertimbun kerja yang Altaf harus selesaikan. Itu amanah. Altaf tidak mahu culas dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Tiba-tiba telefon pintarnya berdering. Altaf kulum senyum lalu bergegas mengeluarkan telefon daripada poket. Melalui deringan tersebut sahaja sudah buat dia sengih semacam. Tidak lain dan tidak bukan, mestilah Nur Eima.

"Abang!"

"Ya..." sahutnya sembari menatap Eima melalui skrin telefon.

Timbul kerutan di dahi melihat tingkah Eima yang sedang mengoles bedak ke muka. "Sayang rekod video malam-malam ke?"

"Bukanlah abang. Eima tengah bersiap." Tanpa memandang skrin, Eima mengujar.

"Eima nak ke mana?"

Eima berhenti daripada meneruskan perbuatannya. Wajah kacak Altaf dipandang. "Abang... Eima mengidam," beritahunya sambil mencebik.

Senyuman Altaf berubah tipis. Eima mengidam tiga kali sehari. Bangun subuh tadi, minta Altaf belikan nasi lemak lauk ayam dan paru. Tengah hari, teringin lauk itik salai. Semua dia jual nama anak. Terhibur sungguh Altaf.

"Eima nak apa? Cakap dekat abang. Nanti sebelum balik abang belikan, ya?"

Wanita itu membalas dengan gelengan. "Benda ini abang tak boleh beli. Sebab Eima kena pergi sendiri." Perkara yang dia mahukan kali ini memang tidak akan dapat dilunaskan oleh Altaf. Eima tiada pilihan selain melakukannya sendiri.

"Insha Allah boleh... Eima tak perlu keluarlah. Nanti awak lenguh. Biar abang bawa balik je." Perut Eima makin membesar. Jalan pun sudah serupa itik. Comel betul.

"Eima mengidam nak makan desserts yang ada dekat majlis pertunangan abang!"

Altaf tersedak. Wajah turut diraup berulang kali. Lain macam isterinya ini. Sudahlah nada percakapan wanita itu juga kedengaran begitu teruja. Seolah-olah menghadiri majlis pertunangan suami sendiri itu adalah perkara biasa pula.

"Sayang..."

"Bolehlah abang... Eima teringin. Eima nampak pavlova tadi. Sedap sangat..." Meleret-leret suaranya meminta. Cairlah abang. Cairlah...

"Orang kata kalau tak turutkan, anak kita keluar air liur meleleh. Kesian adik nanti..." Eima menunduk. Perutnya diusap penuh kasih. Maaf ya, sayang. Ibu terpaksa. Ahaks!

"Nanti abang bawa balik, ya?"

"Tapi Eima nak dine in. Tak nak takeaway." Pulak dah.

Altaf buang nafas berat. Eima yang sedang berkedip comel itu ditatap pasrah. "Eima drive sendiri ke?"

Senyuman kepuasan terukir di bibir wanita itu. Kepala dijatuhkan sekali. "Haah. Bye abang. Jumpa nanti."

Tit...

Selamba wanita itu meletakkan panggilan. Terkebil-kebil Altaf memandang skrin telefon pintarnya. Dia masih belum bagi kata putus lagi.

Entah kenapa, Altaf diulit perasaan risau. Kenapa Eima boleh begitu teruja sedangkan wanita itu sepatutnya merajuk atau memberontak padanya.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now