Sebelum Altaf keluar dari kereta, beg kertas yang berwarna putih dan hijau itu disambar. Bekas yang berbentuk seperti sebiji epal itu dipandang gembira.
Llaollao. Bukan yau yau.
Bila teringat semula, Altaf rasa terhibur lah pula dengan diri sendiri. Boleh pula ejaannya salah. Mujurlah sebelum pulang tadi dia ada terdengar perbualan sekumpulan pekerja wanita di dalam lif. Altaf ambil peluang di situ dan bertanya.
Hasilnya, dia dapat turutkan juga keinginan Eima. Tidak sabar mahu berikan kejutan kepada wanita kesayangannya itu.
Agak-agaknya apalah yang Eima sedang buat sekarang? Perit juga Altaf menahan diri daripada menghubungi wanita itu memandangkan dia yakin bahawa Eima akan hubunginya terlebih dahulu.
Alih-alih, hanya dia yang teringatkan Eima. Benarlah apa yang Eijaz katakan. Dia memang sudah angaukan Eima. Parah sungguh Syed Altaf Qhadi!
Setelah memasukkan kata laluan rumah, pintu itu terbuka sendiri.
"Sayang..." Melihat kipas yang memutar di ruang tamu, Altaf kira Eima berada di situ. Tetapi seruannya tidak dapat sahutan langsung.
Justeru itu, Altaf berlalu ke arah dapur. Beg kertas diletakkan di atas island table. Kosong. Eima dalam bilik ke?
"Nur Eima..." panggil Altaf nama penuh si isteri tatkala dia menolak daun pintu bilik tidur mereka.
Melihat telefon pintar dan juga dompet Eima yang tersusun di atas meja solek, hatinya dihurung debar. Kakinya pantas bergerak mencari sang isteri di setiap pelusuk rumah. Dan setiap kali itulah, bibirnya tidak kenal erti lelah menyeru nama wanita kesayangan.
Altaf serabut. Tali leher yang terasa mencekik leher ditarik kasar. Lebih-lebih lagi apabila dia melihat semua kasut dan juga sandal milik sang isteri tersusun di dalam rak kasut.
"Eima... Jangan buat abang macam ni? Mana awak, sayang..." Intonasi suaranya agak kuat berbunyi di ruang tamu.
Dan saat itu juga Altaf teringatkan perbualan hangatnya bersama abi tadi. Takkanlah...
Tergetar-getar tangan mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar. Kontak nama seseorang dicari. Sambil menunggu si pemanggil supaya menjawab panggilannya, Altaf ke hulu dan ke hilir.
"Ril!"
"Ha ye, Taf. Kenapa?" Zaril yang tadinya mengantuk menunggu lampu isyarat itu, terus segar-bugar jadinya. Hilang sisa kantuk.
Sudahlah tanpa salam. Altaf bukan macam dia.
"Eima..." Kerongkong Altaf berpasir. Rambutnya diramas kasar. Sejak tadi dia cuba hapuskan bayangan buruk di dalam kepalanya ini.
"Kau kenapa ini? Kenapa dengan Eima?" Zaril sudah masuk mod serius. Lantasan dia juga dapat tangkap suara Altaf yang seakan bergetar itu.
"Eima tak ada dekat rumah. Dia tak ada, Ril. Aku panggil dia tapi dia tak menyahut..." Altaf dapat rasakan matanya mula berkaca-kaca. Sebu perut menahan rasa.
Terdiam Zaril dibuatnya. Liur diteguk lambat. "Altaf. Cuba kau call dia dulu. Entah-entah Eima keluar itu." Zaril cuba tenangkan Altaf.
Dia tahu Altaf mungkin tidak boleh berfikiran waras saat-saat begini. Meskipun hubungan sepasang suami isteri itu kian pulih, tetapi Syed Adi Uzam masih belum punya tanda-tanda untuk mengalah.
"Phone dan dompet dia ada, Ril. Kereta aku semua ada dekat garaj. Rumah pun dia tinggal dalam keadaan serupa ada orang," beritahu Altaf pula. Tersekat-sekat suaranya setiap kali menutur. Dia buntu.
Zaril terkesiap. Tubuhnya ditegakkan. Garaj? Pantas otaknya mengimbas kejadian sebelum dia bertolak ke pejabat pagi tadi. "Altaf. Motor aku ada tak?"
"Motor?" Kenapa Zaril boleh sebut tentang motorsikalnya pada waktu genting sebegini?
YOU ARE READING
ALTAF'S SAVIOUR
Roman d'amourNur Eima X Syed Altaf Qhadi Tolong jangan baca❗️ Sinopsis tak ada. Author dia tak reti nak karang sinopsis. Entah apalah dia ni reti pun tak tahu 🤷🏻♀️