𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 43

15.6K 1.2K 200
                                    

Mengeluh panjang Eima membaca pesanan yang dihantar oleh Edrees itu.

Serabut sungguh dengan sikap tamak si abang. Tidak habis memaksa dan mengugut Eima. Tapi Eima sudah tekad. Eima tidak akan termakan dengan pujukan lelaki itu kali ini. Lagipun, ini amanah arwah ayah.

Sebut tentang itu, senyuman hambar terlakar di bibir merahnya. Meskipun sekarang dia sudah berada di kondominium Altaf, sempat si suami membawanya menziarahi kubur ayah.

"Skrin gelap tu lebih menarik daripada abang ke?"

Agak terkejut mendengar suara garau milik sang suami menyapa sistem pendengaran. Eima berpaling ke arah kanan. Kelihatan lelaki itu sudah ambil tempat disebelahnya dengan menongkat dagu pada kepala sofa.

"Abang..." Eima tarik senyuman. Lebar.

"Abang cakap apa tadi?" Eima panggung kepala.

Terbantut niat Altaf ingin menjawab soalan Eima. Telefon Eima berbunyi. Menandakan ada panggilan yang masuk.

Serentak dua pasang mata itu melorot pada skrin iPhone13 dalam genggaman Eima. Melihat nama yang tertera di atas skrin, tidak semena buat darah Altaf mendidih.

Melirik sang suami melalui ekor mata, lantas Eima menyeret butang merah. iPhone13 miliknya diseluk masuk ke belakang peha.

Usai itu, Eima bersila di atas sofa. Duduknya dibetulkan sehingga tubuhnya menghadap Altaf. Senyuman dimaniskan.

"Ha abang. Nak tahu tak?"

Jemari halus Eima menari ke peha Altaf, tapi terhenti bila Altaf genggam kedua belah tangan itu dengan genggaman besarnya. Sebelah tangan tangkas mengambil telefon Eima.

"A— abang!" Eima meronta. Mahu lepaskan genggaman Altaf.

Altaf buat tidak endah. Skrin telefon Eima dinyalakan. Terpampang nama si durjana atas skrin itu. Sekejap, Altaf mengeluh lemah.

"Kenapa tak block? Kan abang dah pesan." Lembut dalam pasrah. Genggaman tangan Eima turut dilonggarkan.

"Eima takut ada hal urgent nanti." Beralasan.

"Kalau betul-betul mustahak, dia boleh call abang." Sambil mengujar, jemari mula bergerak. Sekat nombor Edrees. Meskipun sudah hampir seminggu mereka pulang ke Kuala Lumpur ini, tiap-tiap waktu mengganggu sang isteri. Serabut sungguh.

"Abang Edrees ada nombor abang?" Menyenget halus kepala Eima. Aneh.

Altaf geleng. "Tak ada. Tapi abang dah bagi dekat si kembar tu. Tahu-tahulah dia nak buat apa." Jawab Altaf malas.

Eima hanya senyum tipis. Alahai, abang.

"Abang..."

Altaf menunduk memandang Eima yang sedang menguis pehanya yang beralas jogger pants. Kalau duk memanggil meleret-leret, pasti ada sesuatu.

"Kenapa? Eima nak apa-apa ke?" Soal Altaf pula.

Eima angkat wajah. Kepala digeleng lambat.

"Tak tapi Eima nak tanya."

Sebelah kening Altaf terangkat. Menanti si isteri menyambung bicara.

"Kenapa abang tak sebut hal tanah itu? Abang tak nak tahu?" Penasaran pula Eima jadinya.

Semenjak hari pembahagian harta, sedikitpun perihal ini tidak terbit melalui celah bibir lelaki itu. Altaf seakan benar-benar tidak berminat.

"Itu hak Eima. Bukan hak abang." Meskipun harta Altaf adalah harta Eima, tidak bererti harta wanita itu juga berkongsi dengannya. Tidak. Itu hak Eima sepenuhnya. Mutlak.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now