𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 68

11.2K 1.1K 184
                                    

Altaf pakukan pandangan ke arah jemari kasar sendiri. Masih ada kesan darah semasa dia memangku Eima yang tidak sedarkan diri di dalam pangkuannya tadi.

Eima yang diam tidak berkutik. Eima yang tidak menyahut seruannya saat dia memanggil nama wanita kesayangan. Eima yang... Ya Tuhan, sungguh Altaf sendiri tidak sanggup mengingatkan keadaan Eima. Dunianya hampir musnah.

Baru sahaja dia bergelak ketawa dengan Eima. Memeluk dan mengucup segenap wajah cantik yang sentiasa buat dia tenang itu. Sekelip mata sahaja gelak dan tawanya berubah duka dan lara.

Engku Khadija sekadar memerhati anak sulungnya. Sukar untuk dia membaca apa yang ada di fikiran Altaf memandangkan wajah lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi langsung. Hanya dia, Alvina dan juga Engku Maleeka diam-diam menumpahkan air mata sambil menunggu Eima yang sedang dirawat oleh doktor. Mereka yang berada di situ, sekadar mampu kunci mulut.

Tetapi dia tahu Altaf sedang buntu. Lelaki itu sedang menyimpan seribu satu rasa sendiri. Keadaan Altaf sekarang, sedikit sebanyak mengingatkannya sewaktu Eima masih belum hadir dalam hidup mereka.

Engku Khadija menyeka air mata yang bersisa di wajah sebelum dia mengatur langkah ke arah anak sulungnya. Bahu tegap lelaki itu disentuh.

"Altaf. Tukar baju dulu, ya? Ini bonda dah minta Athmar bawakan baju untuk Altaf."

Mendengar suara rendah itu, kosong pandangannya terhala ke arah sang bonda. Setelah dia menafsir aksara yang keluar dari bibir itu, dia menunduk lalu meneliti kemeja putihnya yang turut terpalit kesan darah Eima tadi.

Sekali lagi bayangan wajah Eima bermain di kotak fikiran. Lemah dia sekadar gelengkan kepala. Mengusir bayangan tersebut. Jemari yang masih gementar hebat digenggam kemas.

Seorang doktor wanita bersama dua orang jururawat yang keluar dari sebuah bilik menyentakkan mereka.

Tidak membuang masa, pantas kaki panjang Altaf diorak ke arah doktor wanita tersebut. "Doktor. Macam mana dengan keadaan isteri saya?"

"Keadaan pesakit tak stabil dan kritikal. Nyawa ibu dan bayi berada dalam bahaya disebabkan oleh komplikasi dari kemalangan. Kami tak ada pilihan selain menjalankan pembedahan ceasar kecemasan untuk selamatkan bayi," terang Doktor wanita itu.

"Saya juga perlu beritahu Tuan bahawa kami baru sahaja kesan dua bunyi detakan jantung yang berbeza. Pesakit sedang mengandungkan dua orang bayi. It's hidden twins. Jika kami terus tangguhkan pembedahan ini, we're afraid that both the twins and the mother won't make it."

Mendengarkan segala penerangan itu, Altaf rasa dunianya benar-benar hancur. Eima mengandungkan sepasang kembar? Ya Tuhan...

"Tapi isteri saya akan baik-baik sahaja kan?" Sayup-sayup kedengaran Altaf lontarkan pertanyaan. Meskipun begitu berat hati untuk mendengar jawapan daripada doktor tersebut, Altaf tetap mahukan jaminan.

"Maafkan saya. Saya tak dapat beri jaminan. Tapi Insha Allah. We will commit our best for the mother and the babies."

Altaf hela nafas berat. Meskipun begitu, dia tetap jatuhkan kepala. "I... I understand. Please do whatever you can do to save them." Lirih Altaf meminta.

Seusai mendapat keizikan daripada Altaf, doktor wanita tersebut kembali ke dalam bilik. Saat itu juga, Altaf ambil nafas panjang. Air mata yang meronta-ronta mahu jatuh itu ditahan sedaya upaya.

Tegakkan tubuh, dia membalikkan badan dan menatap keluarganya dan juga adik-beradik Eima yang dia juga yakin mendengar segala perbualannya bersama doktor tadi. Lagian dia dapat melihat sang bonda, Alvina dan juga Maleeka yang makin galak menumpahkan air mata.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now