𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 51

9.1K 965 195
                                    

Eima ke hulu dan ke hilir. Pandangannya kekal terpasak pada jam dinding rumah. Sudah 4 jam dia sendirian tanpa sang suami di sisi.

Puas dia menghubungi dan menghantar pesanan kepada lelaki itu tetapi tidak berbalas. Apa yang jadi? Sudahlah Alvina tergesa-gesa menghantarnya pulang ke rumah tadi.

Sekali lagi, Eima buat panggilan. Dia setia menunggu suara lelaki itu.

"Angkatlah abang..." Eima raup wajahnya berkali-kali. Entah mengapa, hatinya diulit debar. Sejak tadi Eima rasa seperti tidak tenteram.

Setelah beberapa detik menunggu, panggilan masih tidak sepi seperti tadi. Lemah Eima hembus nafas.

Eima pasti ini ada kaitan dengan Alvina. Sudahlah apabila ditanya mengapa mereka perlu pulang secepatnya, Alvina memberi alasan yang tidak munasabah. Adik iparnya juga kelihatan agak lain. Banyak termenung sepanjang memandu.

Punggung dihempaskan pada sofa di ruang tamu. Kepala disandarkan sembari kelopak mata dipejamkan. Kepala mula merewang akan kejadian sebelum dia keluar bersama Alvina.

Takut-takut dia ada buat Altaf terasa hati. Eima rasa dia dah peluk cium si suami sebelum keluar tadi. Altaf kan mengada. Nak kena cium 20 kali dan peluk 20 minit depan pintu baru boleh melangkah keluar.

Jadi... apa masalahnya? Tak pernah Altaf tak jawab panggilannya. Pertama kali ni!

Atau Altaf merajuk sehingga keluar dan bertemu dengan Zaril? Pantas Eima tepuk dahi sendiri.

Sah, jumpa Zaril ni. Hmph! Minta dibabap.

Eima buka aplikasi WhatsApp lalu menghantar pesanan suara kepada si suami. Sempat dia basahkan tekak dengan dehaman.

"Abang... abang merajuk dengan Eima sebab tak izinkan abang ikut sekali ke? Eima minta maaflah abang... jangan merajuk. Eima takut abang bosan aje. Tapi Eima dah balik. Eima dah sampai rumah. Abang ada mana? Baliklah... Eima rindu..." Sehabis manja dan meleret-leret dia bersuara. Biar Altaf pulang secepat mungkin. Hehe.

Kuat bunyi keluhan Eima. Sedih bila hanya satu tick yang tertera pada pesanan suara yang telah dihantarnya itu.

Jika diikutkan hati, mahu sahaja Eima menghubungi Zaril dan bertanya. Tetapi Eima ada masalah besar. Dia telah block nombor Zaril tempoh hari. Dan Eima tidak mahu merendahkan ego.

Tiba-tiba sebuah panggilan masuk. Skrin telefon canggihnya memperlihatkan nombor yang tidak dikenali.

Eima telan liur payah. Dengan sepotong ayat basmallah Eima menerima panggilan tersebut. Selepas memberi salam, suara seorang lelaki yang amat dikenali menghentam gegendang telinga.

"Aku nak jumpa kau. Aku send location, kau datang sekarang." Tanpa menjawab salamnya, malah selamba si dia melontarkan arahan.

"Abang Edrees?"

"Ya ini aku," jawabnya malas. Mesti Eima tidak sangka menerima panggilan daripadanya. Sanggup dia beli nombor baharu semata-mata untuk menghubungi wanita itu.

"Kau dengar tak? Aku nak jumpa kau sekarang. Ada hal penting ni." Berdosa agaknya cakap elok-elok dengan adik sendiri. Hurm...

"Abang nak jumpa buat apa? Kalau abang rasa kita akan bertikam lidah, baik abang cakap aje sekarang." Setakat nak marah dan menengkingnya, memang tak berbaloi minyak kereta Eima nanti. Eh maksud Eima... kereta laki Eima.

Lagipula Eima yakin lelaki itu masih belum berputus asa fasal hibah arwah ayah berikan kepadanya itu.

"Kau memang tak boleh bersangka baik sikit ke dengan aku?" Ayat play victim.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now