𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 66

8.3K 1K 183
                                    

Engku Maleeka memejamkan mata tatkala mendengar kekecohan yang berlaku di tingkat atas. Jemari runcingnya terasa disentuh oleh jemari kecil dan halus membuatkan dia turut menoleh.

"Mama... Icha takut..." adu si kecil itu dengan mata yang berkaca.

Icha menggeselkan wajah ke perut sang ibu. Anak patung di dalam pelukan juga digenggam kemas. Tidak suka tatkala mendengar bunyi jeritan yang tidak ada tanda-tanda untuk berhenti itu.

Engku Maleeka jatuh melutut. Bahu si kecil dipaut kejap. "Icha masuk dalam bilik. Kunci pintu. Jangan keluar selagi mama tak panggil."

Mendengar arahan si ibu, laju kaki kecil itu mendaki tangga dan masuk ke dalam bilik seperti disuruh.

Engku Maleeka ambil nafas panjang sebelum dia juga turut melangkah ke arah kekecohan itu. Semakin dekat, semakin kuat bunyi jeritan yang dia percaya suara milik Engku Marisa.

"Arghhh! Bodoh! Ini semua salah perempuan itu. Dia sepatutnya mati!"

Tolak daun pintu, itu perkara pertama yang menghentam sistem pendengarannya. Amat jelas setiap butir bicara wanita itu.

Engku Maleeka hanya memandang kosong Engku Marisa yang sedang meronta-ronta. Kedua belah lengan wanita itu dipegang oleh Engku Tashmir dan juga Maria.

"Risa... jangan macam ini, sayang..." Esak tangis Maria, ibunya pecah. Nampak betapa tidak berdayanya wanita itu cuba memberhentikan anak keduanya.

Engku Marisa berhenti meronta apabila dia melihat sekujur tubuh yang berdiri di hadapan pintu biliknya. Tajam bak belati anak matanya menghunus wajah yang beriak kosong itu.

Kuat Engku Marisa merentap kedua belah tangannya sehingga cengkaman kemas itu terlerai. Pantas dia menuju ke arah kakak sulungnya.

"You baru balik dari jumpa perempuan itu kan? Bawa dia jumpa I sekarang! Dia punca semua ini berlaku!" jeritnya di hadapan wajah Engku Maleeka.

Baginya, Eima adalah punca segala-galanya. Eima punca dia menerima segala kata hinaan dan kejian orang luar sekelip mata ini. Tidak cukup dengan maruah diri, pekerjaannya juga lesap sekelip mata. Segala kerjaya yang dia bina dengan titik peluh sendiri ini musnah dalam tempoh yang begitu singkat. Semua rakan kerja serta sahabat sendiri sudah memandang rendah dan enteng akannya. Maruah dan namanya sebagai Engku Marisa sudah tercalar.

"Cukup letakkan kesalahan sendiri pada orang lain. Risa punca semua ini terjadi. Akak dah beritahu sejak awal lagi. Apapun yang Risa cuba buat, Risa tak ubah seperti gali kubur sendiri," bidas wanita itu tenang.

Kelu. Engku Marisa gamam dengan kata. Benarkah apa yang menyapa peluput telinganya ini?

"Engku Maleeka!" Engku Tashmir pantas meluru ke arah anak keduanya. Jelas apa yang diucapkan oleh Maleeka itu bagai mencurah minyak ke api yang sudah mengganas.

"Mal jangan nak rumitkan keadaan. Daddy minta Mal datang bukan untuk tambah kekecohan. Daddy nak Mal tengok adik sendiri. Bantu dia. She needs us," ujar Engku Tashmir tegas.

Engku Maleeka tersenyum sinis. Sungguh kenyataan yang baru sahaja dihembur oleh bapanya itu buat dia geli hati.

"Nak tolong apa? Daddy sendiri tahu. Dia yang sebarkan video itu. Dia perangkap Eima. Dia nak malukan Eima. Daddy rasa Altaf akan biarkan semua ini terjadi ke? Mal dah beritahu daddy berkali-kali, Altaf sayangkan Eima. Dia tak akan biarkan sesiapa pun sakiti isteri dia. Jangankan orang luar seperti kita, abang Edrees sendiri pun dia tak izinkan."

Dan kata-kata Engku Maleeka itu bukan setakat didengari oleh mereka bertiga, malahan Edrees yang masih dalam persalinan pejabatnya juga mencul tepat pada waktu. Dan sungguh, dia terpukul dengan bait bicara sang isteri.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now