𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 54

10.3K 1K 184
                                    

Langit kelam yang ditaburi bintang ditatap kosong. Pelukan pada kaki sendiri dikemaskan. Sisi kepala jatuh melentok pada kepala lutut sembari perbualannya bersama kakak ipar beberapa hari lalu diulang tayang dalam kepala sendiri.

"Kaklong... I minta maaf, tapi I nak tanya something."

Eima tersenyum sambil meletakkan segelas jus oren di atas meja. "Kenapa nak minta maaf? tanya aje." Eima lepaskan tawa.

Senyuman Alvina hambar. Dia tahu dia mungkin dianggap melampau tetapi dia tidak sanggup melihat keadaan kakak iparnya sekarang.

"Kak long tahu pasal rancangan abi?" soalnya teragak-agak.

Eima terkesiap. Berubah air mukanya seketika. Eima berdeham lalu menunduk. Jemari di atas riba dikutilkan sesama sendiri.

"Tahu. Tapi akak percaya yang pertunangan itu tak akan pernah terjadi," ujarnya tegas.

Giliran Alvina pula terpana.

"Selagi abang Vina tak cakap tentang hal ini, akak hanya anggap itu khabar angin. Akak percayakan abang Vina. Dia tak akan buat akak macam itu." Eima yakin. Dia begitu pasti yang Altaf tidak akan duakan dia.

Eima ketawa halus. Jemari runcing adik ipar kesayangan ditindih oleh tapak tangannya. Teduh dia membalas tatapan sayu itu.

"Vina jangan risau. Pertunangan bodoh itu memang tak akan pernah terjadi. Akak sendiri yang akan pastikan! Itu janji akak." Tekad.

Alvina mendengus kuat. Kenapa orang sebaik kakak ipar dan abangnya itu diuji sebegini? Dan yang paling menyebalkan, insan yang menjadi pemusnah rumah tangga mereka adalah keluarga sendiri!

Sebak. Dadanya terasa sempit dihimpit sayu. Alvina mahu menolong tapi dia mati akal. Apa yang perlu dia lakukan untuk memulihkan keadaan?

Tanpa sedar, mutiara jenih kian membasahi pipi. Entahlah. Tapi jika ditanya, dia lagi kasihankan kakak iparnya itu. Jalan dan liku hidup wanita itu terlalu pahit untuk diterima oleh akal sihatnya.

Meskipun baru genap beberapa bulan mengenali Eima, sudah berkali-kali dia menyaksikan asam garam hidup wanita itu. Dia saksi ketabahan Eima.

Ralit dia memikirkan nasib hidup Eima, sehingga terleka. Bahkan bunyi ngauman enjin motorsikal berkuasa tinggi yang bingit itupun tidak mampu mencuri perhatiannya.

"Sini rupanya kau Latipah," tegur Saif sambil membetulkan rambut. Full face helmet dikepit di celah lengan.

Terhinjut batang tubuhnya mendengar suara garau milik seorang lelaki. Toleh ke belakang, iris hitamnya disapa dengan figura tinggi lampai milik seorang lelaki.

Saif berkerut. Terkejut melihat wajah putih kemerahan milik Alvina. "Kau menangis ke Latipah?"

Alvina tersentak dengan soalan yang berbaur teguran itu. Cepat-cepat dia mengesat air mata yang masih bersisa di wajah. "Mana ada!" nafinya.

"Tak payah nak menipu dengan aku."

Balasan daripada perliannya itu, Alvina menghadiahkan jelingan. "I cakap I tak menangis, I tak menangislah! You sibuk kenapa?"

Mengapa dalam banyak-banyak manusia, makhluk tuhan yang paling dia anti ini pula boleh muncul? Alvina pasti ini kerja Izya. Izya yang memberitahu tentang keberadaannya di sini.

"Kau balik sekarang. Bonda dengan abang-abang kau cari. Kalau ya pun nak lepak dengan member, beritahulah dia orang dulu!" Dengan dia sekali turut risau. Eh?

"Biarlah dia orang." Suaranya perlahan.

"Biar apanya biar? Abang kau dah malas nak layan aku sekarang ni. Aku nak ponteng lecture pun tak boleh tak ada orang nak signkan attendance!" bentak Saif.

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now