𝐀𝐋𝐓𝐀𝐅 | 𝐄𝐈𝐌𝐀 - 13

11.8K 854 71
                                    

Tangan mengagau mencari selimut. Dalam keadaan separuh sedar, kaki turut bergerak-gerak mencari kain untuk menutup tubuh yang menggeletar kesejukan. Tidak tertahan, dengusan kuat terbit di celah bibir. Pasrah, kedua belah lutut naik ke dada. Menahan sejuk.

Pusing kepala, pucuk hidungnya berlanggar dengan sesuatu yang keras. Berkerut seribu dahinya mengenangkan bantalnya sebelum ini yang sungguh empuk tiba-tiba menjadi keras. Tapak tangan naik melekap di situ.

Pap.

Tersentak mendengar bunyi yang kuat di telinga, terpisat-pisat Eima bangkit dari lena. Celik kelopak mata, makin aneh Eima melihat wajah seseorang menghiasi retina mata. Kelip mata beberapa kali pandangannya yang tadi kabur sudah jelas.

Terbeliak besar biji mata melihat wajah Altaf dari posisi sebegini. Eima baru perasan yang dia tidur berbantalkan perut Altaf. Ha sudah! Memalukannya kau Eima!

Macam mana boleh sehingga sebuas ini? Masha Allah. Malu! Malu! Malu!

Eima ketap bibir. Wajah Altaf yang agak jauh dari pandangan cuba dipandang. Meskipun melihat dari posisi bawah sebegini, lelaki itu masih kacak. Tidur pun sopan. Jauh beza dengan Eima.

Eima perlu bangun sebelum lelaki itu sedar. Kalau dia tertangkap dalam keadaan sebegini, Eima yakin yang dia tidak akan dapat bersemuka dengan Altaf lagi selepas ini.

Tangannya diperut Altaf dialihkan secara perlahan-lahan. Baru sahaja Eima mahu angkat kepala, tiba-tiba tapak tangan Altaf berlabuh di atas kepalanya. Lekas kelopak mata kembali dipejam.

Gugup habis Eima kala tapak tangan Altaf mengelus rambutnya disitu. Alamak, Altaf sedar ke?

Lama Eima memejam mata, tetapi tangan Altaf masih sibuk bergerak membelai dan mengelus di situ. Meskipun gugup, Eima tidak dapat tahan rasa suka dan berdebar yang mula hadir.

Selepas beberapa saat, akhirnya jemari Altaf terhenti. Kehangatan tapak tangan itu terasa hingga ke kulit kepala. Eima tarik nafas perlahan, dengan lembut pergelangan tangan Altaf dipegang dan diletakkan ke atas perut lelaki itu.

Eima hela nafas lega kala dia sudah bangun terduduk. Jam dinding dikerling. Masih awal. Altaf yang tidur pulas dipandang. Lalu Eima ambil keputusan untuk berbaring di sebelah lelaki itu.

"Indahnya pemandangan Eima..." Tuturnya perlahan seraya bebola mata menjamah setiap inci wajah Altaf.

Jari telunjuknya bergerak seiring dengan iris bundarnya. Dari kening yang terletak elok, bulu mata yang sungguh lentik, hidung yang mancung, bibir bermerah jambu, pipi yang berkumis nipis dan rahang yang tajam.

Eima rasa mahu menangis. Betul ke jejaka kacak ini sudah menjadi suami Eima? Lama Eima menghabiskan masa menatap Altaf sehingga dibawa kantuk tanpa sedar.

Mendengar azan subuh berkumandang, lekas Altaf bangkit dari lena. Lengan yang menekup mata ditarik turun. Dadanya terasa memberat bak dihempap sesuatu dipandang.

Tidak semena, juring bibirnya ternaik. Senyumannya tipis melihat kepala Eima menghiasi pandangan. Berselerak rambut ikal wanita itu. Tapak tangan kasarnya mengusap lembut puncak kepala Eima.

Tertanya-tanya Altaf, macam manalah Eima tidur sebelum ini? Sudahlah semalam perutnya sudah selamat menjadi bantal kepala wanita itu, pagi hari dadanya pula menjadi mangsa.

Sungguh sepatutnya Altaf rasa rimas. Dia tidak pernah berkongsi katil dengan manusia lain sebelum ini. Altaf tidak suka. Pantang larangnya. Tetapi dengan Eima lain pula kejadiannya. Altaf hanya mampu gelak dan terhibur keseorangan dengan tingkah wanita ini. Nak marah pun tak sampai hati.

"Erm..." Rengekan Eima menerjah halwa telinga Altaf. Tubuh wanita itu bergerak-gerak sekali lagi menjadikan kepalanya sudah beralih menghadap wajah Altaf. Melangut tinggi kepalanya. Tidak lenguh ke?

ALTAF'S SAVIOURWhere stories live. Discover now