𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭 15

191 11 0
                                        

DAHLIA cantik memakai baju kurung riau Pahang untuk ke majlis pertunangan sahabatnya, Dian Syafeeka. Tentu saja dia pergi bersama Nasuha, ya lah suami tiada di sisi kan.

Kereta berjenama Honda City miliknya dipandu di atas jalan. Dalam perjalanan ke rumah Nasuha untuk mengambilnya. Katanya malas hendak drive kereta.

Setiba saja di rumah Nasuha, kelihatan dia telah cantik mengenakan baju kurung riau Pahang berwarna kuning muda sebagai pengapit Dian.

Pintu kereta dibuka Nasuha.

"Kau sorang aje? Aunty Maria tak ikut?" soal Dahlia tatkala Nasuha baru menghenyak punggung diatas kusyen kereta penumpang.

"Tak, mummy aku ada meeting apa tah kejap lagi. Dah lah jom, kang lewat pulak marah minah tu."

Anggukan saja diberi. Kereta Honda itu terus membelah jalan keluar dari kawasan perumahan Nasuha.

Di dalam perjalanan, Nasuha banyak menanyakan dia tentang tentang rumah tangganya dan Faheem. Mungkin mahu pastikan mereka baik-baik saja.

Tapi tulah, bukan main banyak lagi dia tanya.

"Bila pulak Faheem nak balik dari kem tu?"

"Tak pastilah, dia cakap nanti dia bagitau bila dia nak balik." balas Dahlia sambil mata fokus melihat jalan.

"Kau tak call dia ek?"

Terdiam kejap Dahlia. Bukan taknak call, takut-takut Faheem pula rasa rimas. Yelah sebelum ini dia pergi misi ketika dia masih bujang sekarang sudah berbini. Adakah dia rasa rimas?

"Bukan taknak call, aku takut dia busy. Aku tunggu dia call ajelah."

"Haish kau ni, sesekali kau kena la call dia. Tanya khabar ke, dah makan ke. Ini tak, nak tunggu dia call. Alamatnya, korang berdua memang tak berkomunikasi sepanjang dia kat kem." nasihat Nasuha.

Helaan perlahan saja kedengaran dari Dahlia.

DIAN Syafeeka cantik berseri mengenakan baju kurung moden berwarna biru muda dengan wajahnya yang siap disolek. Tudung shawl dikepala elok tersarung.

Jari jemari yang cantik diukir inai dimainkan sesama.

Tiba-tiba saja tangannya ditepuk Nasuha.

"Apa kau ni. Nervous aje, cubalah bawak bertenang sikit." bebel Nasuha.

"Ish! Terkejutlah kau ni." marah Dian pula.

Nasuha hanya menggeleng kepala.

"Ni aku nak tanya, dah lama ke kau kenal si Fattah tu?" soal Nasuha tentang bakal tunang Dian.

"Ish, takyah tanyalah pasal dia. Semaklah,"

"Kau ni, kejap lagi aje dia tunang kau tau! Esok , jadi laki kau pulak. Cepat cerita dekat aku!"

"Aku dengan dia kenal gitu-gitu aje. Tu pun mak aku dengan mak dia berkawan. Dia tu mana pernah suka kalau aku muncul depan mata dia. Haritu kitorang kenal pun sebab aku terlanggar kereta dia,"

"...ada patut nya dia marah aku, maki-maki. Tahulah salah aku, aku dah minta maaf pun. Dia tak habis-habis nak baran. Aku pun panas lah." sambungnya panjang lebar.

Nasuha tersenyum-senyum.

"Ohh kiranya, strangers to lovers la ni eh?" sakatnya.

"Ish pebenda kau ni!" Dian menepuk Nasuha.

"Weh korang, rombongan lelaki dah sampai," terjah Dahlia dari luar bilik Dian.

"Haa Dian! Cepat jom," tarik Nasuha.

"Ish kejaplah!"

DAHLIA dan Nasuha menyakat Dian dengan mengambil gambarnya yang sedang disarungkan cincin oleh bakal ibu mertuanya. Terpaksalah Dian mengukirkan senyumannya paling manisnya itu.

Selesai ibu Fattah menyarungkan cincin pada Dian, kelihatan Fattah berjalan kearah Dian untuk duduk disebelahnya diatas pelamin itu.

Dian hanya menjarakkan dirinya sahaja. Takkanlah nak tunjuk sangat yang dia bencikan bakal suaminya kan? Obvious pulak nanti.

Mereka bagai pinang dibelah dua. Bukan main sepadan lagi.

Fattah membuang muka. Menyampah.

Dian pula langsung tak beralih kearah wajah kacak itu.

Setelah gambar diambil Fattah sempat berbisik keras padanya.

"Kau tak payah berangan sangat,"

"Tch, kau pikir aku hamak sangat ke nak kahwin dengan kau. Ikut kan aku, nak aje aku tolak pinangan tu." balasnya dengan bisikan keras juga.

"Main kasar ea kau. Tunggulah malam esok,"

Dian menjenggilkan mata kearah Fattah. Kenyitan mata pula yang diterimanya. Makin geram pula dia.

𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang