Bab 14

323 30 0
                                    

Sambil Alisa bersembang dengan Tengku Asyraf terus sahaja dia teringatkan sesuatu .

"Awak saya nak minta maaf" Alisa memandang Tengku Asyraf yang sedang menghirup kopi.

"Minta maaf for what ?" Soal Tengku Asyraf pelik.

"Yela masa kat Switzerland saya terpeluk awak. Saya takut sangat masa tu"

"Oh tu..tak apa aku faham kau takut . Lagi pon kalau orang tengok Mesti dia ingat kau tu adik aku" ujar Tengku Asyraf dengan muka toya nya Itu.

'Ish sempat lagi dia mahu mengejek ketinggian aku ni tahula aku terbantut' Kata hatinya

" Oh ni lagi satu. Boleh tak saya nak nombor telefon awak" soal Alisa sebelum terlupa.

"Eh Boleh . Nak nombor mak Ayah aku pon boleh" jawapnya lalu tergelak.

"Main main pulak" marah Alisa.

Tengku Asyraf hanya buat tidak tahu saja seperti tiada apa yang berlaku..
Selepas sahaja mereka bertukar nombor telefon terus sahaja Alisa tersenyum gembira.

KLING .. KLING

Bunyi loceng pintu kafenya .

"Eh Balqis ,Faris" Alisa terus berdiri dan mendekati mereka. Alisa menarik lengan Balqis menjauhi Faris supaya perbualannya dengan Balqis tidak kedengaran.

"Dah confess?" Soal Alisa laju

"Dah and dia pon suka aku" jawap Balqis lalu mukanya menjadi tomato.

"Congrats bebbbbb. Nanti khawin jemput aku tau!" ujar Alisa lalu memukul kuat bahu Balqis.

Mereka terus duduk satu meja dengan Tengku Asyraf.

"Asy ni kawan saya dekat Kolej. Balqis , Faris ni Tengku Asyraf ka-"

"Boyfriend Kau?" Soal Faris sebelum sempat Alisa menghabiskan ayatnya

Terus Tengku Asyraf tersenyum senget

"Kawan jelah" jawap Alisa laju.

"Tak Caye"

"Asy kita kawan aje Kan ?" Alisa terus memandang Tengku Asyraf apabila Faris dan Balqis sudah memandangnya dengan pandangan mengejek.

"Maybe .. Nak jadi permaisuri hati aku boleh juga" jawap Tengku Asyraf selamba. Terus merah muka Alisa apabila Tengku Asyraf dengan selambanya berkata begitu.

Faris dan Balqis terus ketawa apabila melihat muka kawannya yang mula merah Itu..

"Weh Asyraf kau jaga lah kawan aku ni baik-baik ye . Dia gila sikit" ujar Faris selamba

"Lisa ni suka latte tau kalau boleh hati-hati latte pon tak apa" Balqis mencelah pula.

"I know. Kalau aku lepak dengan dia Mesti latte je"

"Awak pon same lah !" Marah Alisa.

Mereka tergelak apabila muka Alisa sudah merah menahan malu .

"Btw Alisa aku dengan Balqis bakal bertunang minggu depan . Ni aq datang kafe kau sebab nak jemput" ujar Faris lalu memandang muka Alisa.

"Okay" jawap Alisa sepatah.

'Alina dah nak kawin, Faris pon sama. Aku ni bila huwaaaaa" kata hatinya

Kawin lah semua tinggalkn diriku sendiri. Cehh jiwang gituwwww . Geli ketiak mendengonyeeee..

.

.

.
Faris dan Balqis sudh pun pulang . Mereka cakap mahu mencari barang untuk hari pertunangan nanti.

"Alisa aku kena balik sekarang. Ibu aku call tadi katanya adik perempuan aku accident motor" ujar Tengku Asyraf dengan muka pucat . Risau.

"Oh okay. hati-hati balik" ujar Alisa

"Okay apa-apa Whatsapp aje aku. Aku akan balas dengan pantas sepantas pantas nya" ujar Tengku Asyraf lalu mengemas barangnya.

"Awak jangan nk pantas pantas sangat. Dahulukan adik awak tu. Kesian dia" ujar Alisa bercekak pinggang.

Tengku Asyraf keluar dari kafe Alisa dengan laju. Mungkin teruk adiknya Itu accident sampai pucat muka Tengku Asyraf tadi.

Alisa mengemas barangnya dan pulang ke rumah.

CINTA GADIS LATTE || ✓Where stories live. Discover now