Bab 28

301 22 0
                                    

"Akakkk! cantik tak Aini !" Tengku Aini yang berumur 16 tahun Itu berpusing pusing di hadapan Akak iparnya. Dia memakai dress berwarna merah yang dibeli oleh Alisa, yang lain pun ada juga cuma mereka Kata mahu pakai jalan-jalan nanti.

"Cantik !" Puji Alisa .Layankan aje adik iparnya ini. Harini dia berada di rumah mak mertuanya.

"Kak Lisa ,Alya insecure lah dengan Akak ! Mata Akak cantik ! Pastu Akak pun cantik" ujar Tengku Alya .

"kamu pun cantik lah" ujar Alisa lalu mencubit hidung adik iparnya Itu. Tengku Alya tersengih.

"Lisa jom minum petang" Puan Arissa sudah membawa dulang yang berisi air teh o dan juga kuih muih.

"Oky bu"

"Assalamualaikum" suara garau Itu memberi Salam.
Terus Alisa berlari mendapatkan Tengku Asyraf. Rindu ! Seharian tidak jumpa. Suaminya sekarang sibuk dengan kerja.

"Waalaikumsalam. Abang ! I miss you !" Alisa memeluk suaminya dengan erat.
Tidak sempat Tengku Asyraf menahan kakinya, mereka berdua terus sahaja terjatuh kebelakang.

"Ya Allah ! Apa kamu berdua buat depan pintu ni" marah Puan Arissa . Terkejut dia melihat budak dua orang Itu terbaring di lantai.

"Hehehe sorry ibu" Alisa bangun dengan bantuan suaminya .

"Sayang ni sakit punggung Abang" ujar Tengku Asyraf lalu ketawa. Dia menggosok punggungnya.
Alisa hanya tersengih kambing.

"Abang tak rindu Lisa ke ?" Ujar Alisa lalu membuat muka manja.

"Rindu lah sayang. Jom teman Abang. Abang nak mandi lepastu solat" ujar Tengku Asyraf lalu merangkul pinggang Isterinya.

"Okayy tapi Lisa tak boleh solat. So lisa tunggu abang sampai siap solat okay" ujar Alisa .

"Okay sayang" Tengku Asyraf mencium ubun-ubun isterinya. Rambut keperangan milik Alisa di usap dengan penuh kasih. Tengku Asyraf menaiki lift untuk ke tingkat tiga rumahnya.

Alisa hanya memerhatikan suaminya yang sedang solat Itu. Kepala terasa berat. Mungkin sebab tidur dia tidak teratur. Alisa baring lalu terlelap.

"Sayang . Bangun sayang" Tengku Asyraf mengejutkan isterinya yang nyenyak tidur . Usai solat dia terus sahaja masuk ke dalam bilik salinan baju.

"Hm" Alisa bangun lalu menguap Kecil.

"Dah pagi ke Abang" soal Alisa Mamai

Tengku Asyraf yang mendengar soalan Itu terus tersenyum nakal.

"Ye sayang dah pukul 8:30 pagi dah" ujar Tengku Asyraf dengan nada yang serius

" Ya Allah ! Abang ! Sayang belum siapkan sarapan !!" Terus Alisa berlari keluar dari bilik.
Tengku Asyraf sudah ketawa terbahak-bahak di dalam bilik .

"Eh Alisa . Buat apa tu?" Soal Ayah mertuanya .

"Alisa nak buat sarapan ! Dah lambat !" Ujar Alisa lalu mengambil beberapa barang untuk masak.

"Sarapan ? Kak dah pukul 5:50 petang dah" ujar Tengku Arfan pelik. Kenapa dengan kakak iparnya ni ??.

"Hah !" Alisa melihat jam lalu terus terdiam. Tengku Asyraf datang ke dapur lalu dengan sisa tawa yang masih ada.

"Abang ni ! Sampai hati !" Marah Alisa lalu memukul dada suaminya. Amboi seronok ya ketawakan orang !

" Itulah ,Abang kejut tak reti nak bangun" Tengku Asyraf tersenyum mengejek.

"Ish !" Alisa menjeling suaminya.

Pecah terus tawa Ayah dan adik iparnya Itu. Merah muka Alisa apabila mereka ketawakannya. Alisa terus sahaja memasamkan mukanya dengan Tengku Asyraf.

Tengku Asyraf tersenyum mengejek. Dia merangkul pinggang si isteri. Ubun-ubun isterinya dicium.

"jangan merajuk. Nanti cepat pula kita dapat anak" Tengku Asyraf menggeselkan hidungnya di leher isteri. Pandangan daripada Tengku Arfan yang tajam Itu tidak di abaikan.

"Abang!" Alisa mencubit tangan suaminya. Suka sangat main-main!!

.

Ely mencampakkan begnya ke atas jalan. Dia tidak ada duit untuk membayar hutangnya. Dia harus buat sesuatu. Dia sudah menggoda orang yang dia hutang itu tapi tidak berjaya.

"Shit ! Macam mana ni . Daddy dah halau aku dari rumah !" Marah Ely lalu menendang kayu di pondok Itu.
Daddy nya menghalaunya dari rumah kerana dia mencuri duit syarikat dan membuat benda yang tidak senonoh dengan seorang lelaki dalam rumahnya.

"I hate you daddy !" Jeritnya seperti orang meroyan.

"Tengku Asyraf! Aku kena goda dia ! Aku nak duit ! " Ely ketawa seperti orang gila. Dia terus sahaja merancang sesuatu untuk memusnahkan rumah tangga Alisa. Dia akan pastikan Tengku Asyraf menjadi miliknya!

.

Alisa hanya memandang muka suaminya yang lena dibuai mimpi. Tangannya naik mengusap pipi Tengku Asyraf. Senyuman kecil terukir dari bibir pinknya.

"Sayang kenapa tak tidur" ujar Tengku Asyraf. Dia membuka mata lalu matanya bersabung dengan mata si isteri.

"Abang tak tidur ke ?" Soal Alisa terkejut.

"Tidur tapi Abang rasa ada tangan lembut usap pipi Abang. Sebabtu Abang terbangun" ujar Tengku Asyraf.
Dia menarik Alisa masuk kedalam pelukannya lalu menepuk peha Alisa.
Mcm tidurkan bayi pulak !.

"Tidur sayang" ujar Tengku Asyraf lalu menutup mata.
Alisa menutup matanya lalu mereka berdua tidur dalam keadaan berpelukan.

.

"Abang air ketuban dah pecah !" Dalila yang keluar dari bilik air terkejut apabila kain batiknya sudah basah dengan air ketuban.

Danial yang sedang menonton tv di bilik Itu terus bangun .

"Jom pergi hospital !" Danial mencempung isterinya lalu berlari ke kereta dengan pantas. Tuan Eriq yang sedang minum di luar bersama Puan Amira terkejut apabila melihat Danial berlari mendapatkan kereta sambil mencempung Dalila. Mereka berdua terus sahaja bergegas pergi ke arah Danial. Tuan Eriq memandu kereta.

Setelah 4 Jam dalam labour room . Dalila selamat melahirkan bayi perempuan.

"Alhamdulillah.. syukur ya Allah" Danial mencium puteri sulungnya itu.

"Alhamdulillah" Tuan Eriq dan Puan Amira gembira kerana sudah mendapat cucu.

Alisa hanya tersenyum melihat bayi Itu. Merah dan tembam. Comel!

"Lepasni dapat lagi cucu kan mama kan" ujar Amsyar lalu tersenyum nakal kepada Angahnya.

"Inshallah" Puan Amira memandang Alisa lalu tersenyum.

Tengku Asyraf sudah tersengih nakal, terus sahaja Alisa mencubit tangan Tengku Asyraf dengan kuat. Nakal sangat!

"Auch. Sakitlah" Tengku Asyraf menggosok lengannya yang dicubit oleh isterinya tadi.

"Nama dia apa Along?" soal Amsyar.

"Nur Dania shakila" jawap alongnya dia. sudah siapkan nama untuk anaknya awal awal lagi.

"Sedap nama tu. Semoga jadi anak yang soleha Nur Dania shakila" Puan Amira mencium dahi cucu sulungnya Itu.

Alisa tersenyum melihat adegan Itu.
Anak ? Ya dia mahukan anak tapi masih belum ada rezeki lagi. Inshallah nanti ada juga rezeki dia mendapatkan seoarang cahaya mata.

CINTA GADIS LATTE || ✓Where stories live. Discover now