Tepat pada pukul 2:00 pagi, Alisa sudah selamat bersalin . Semasa suaminya sedang bersembang bersama Tengku Arfan tiba-tiba sahaja dia rasa seperti ada air di pahanya ingatkan apa rupanya air ketuban . Terus sahaja Alisa menjerit supaya suaminya dengar. Tengku Asyraf membawa Alisa ke hospital. Nasib mereka sudah siapkan semua kelengkapan untuk ke hospital di dalam kereta .
Tengku Asyraf turut berasa sakit apabila melihat si isteri bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya. Pertama Kali di hidupnya menyaksikan semua Itu. Merah tangannya kerana di genggam oleh Alisa semasa bersalin tadi. Overthinking mula datang kerana takut apa apa jadi kepada Alisa.
Tengku Asyraf tersenyum melihat bayi lelaki yang selamat di lahirkan. Di azankan dahulu anaknya sebelum diletakkan di sebelah Alisa."Terima kasih sayang sebab lahirkan anak kita" ujar Tengku Asyraf lalu mengucup dahi alisa.
Alisa cuma tersenyum lalu mencium anaknya Itu. Bau bayi baru lahir sangat menenangkan. Tembam sungguh. Bertapa gembiranya dia apabila Doktor meletakkan anaknya di atas dadanya selepas bersalin .
Keluarga mereka apa lagi. Semua bersorak gembira apabila tahu Alisa sudah mahu bersalin.
"Alisa nanti pantang kat rumah mama tau. Ibu pun stay rumah mama Alisa. Kami berdua dah rancang nak jaga Alisa sama-sama" ujar Arissa . Dia mengendong cucu lelakinya Itu.
"Asyraf, Nama anak kamu dah ada ke ni ?" Soal Tengku Aariz.
"Dah ayah, Nama dia Tengku Mohd Asy Iskandar" .
"Sedap Nama tu. Semoga jadi anak yang soleh sayang" Puan Amira mengucup lembut dahi cucunya.
"Mama nak panggil dia Is sebab asy dh ada" Amira berkata lalu tersenyum.
Mereka semua yang di situ berebut mahu mengambil Asy Iskandar . Danish , Xian dan Xiong pun dua kali Lima.
"Hensem macam uncle" Xian berkata lalu tersengih.
Terus Asy Iskandar menangis .
"Muka kau seram sangat" Danish ketawa lalu mengambil Asy Iskandar dari Xian. Xian terus menjeling si Danish Itu. Ada saja benda yang mahu di gaduhkan.
Selepas sahaja Danish mengambil Iskandar dari Xian, terus Iskandar diam.
"Kan dah berhenti nangis" Danish senyum kemenangan
Mereka disitu hanya tersenyum. Ada ii sajalah mereka berdua ni haih .
.
3 tahun kemudian
Alisa hanya tersenyum melihat suaminya yang sedang mengajar ABC kepada anaknya Itu. Alhamdulillah sekarang Iskandar sudah umur 3 tahun . Membesar dengan sihat sekali.
Sekarang Alisa lebih kerap ke rumah mama dan mertuanya kerana semua mahu berjumpa dengan si kecik itu."Mama !!" Asy Iskandar berlari mendapatkan mamanya . Alisa mendokong anaknya lalu mencium kedua belah pipi pau milik anaknya.
"Assalamualaikum hai Iskandar" Danish dan Xiong datang bersama.
"Uncleee" Terus sahaja Iskandar melompat dari dokongan Alisa lalu berlari ke arah Danish dan Xiong. Xian pula baru sahaja sampai.
"Hye Is! Makin comel lah anak uncle ni" Xiong mengusap lembut kepala Iskandar. Semenjak Alisa melahirkan Iskandar mereka memang selalu datang bertemu Alisa hanya kerana mahu bermain bersama budak kecil Itu.
Alisa pula selalu berjauhan dengan anak lelakinya Itu. Mana taknya, baru siap mandi sudah kena culik. Baru siap makan sudah kena culik.Sabar sajalah."Uncle.. uncle miss Is tak" Iskandar berkata dengan pelat.
"Ofcourse la I miss you" Danish mencubit pipi Iskandar .
Alisa hanya tersenyum sahaja. Suka melihat anaknya bermain bersama mereka.
"Lisa, Kami nak bawa Iskandar jalan-jalan boleh ?" Soal Danish. Dia mahu membawa Iskandar pergi ke taman dan macam-macam lagi tempat yang dia ,Xian dan Xiong sudah rancang.
"Boleh aje, Jap saya siapkan beg baju dan pampers dia. Is jangan naughty okay ? Promise?" Alisa menunjukkan jari kelingkingnya.
"Pomishhh" ujar Iskandar lalu menunjukkan jari kelingking comelnya Itu.
"Sayang, malam ni Abang nak bawa pergi ke satu tempat. Korang bawa la anak aku jalan-jalan. Kalau malam ni aku belum balik lagi kau jaga la dia dulu" ujar Tengku Asyraf lalu memandang muka kawannya Itu. Dia sudah biasa berpisah dengan Asy Iskandar. Selalu sangat anaknya itu tidur di rumah Danish.
.
Alisa mengenakan blouse berwarna purple gelap , skirt hitam dan tudung bawal putih. Tengku Asyraf pula memakai hoodie yang di berikan oleh isterinya Itu. Berwarna purple gelap juga dan ada tulisan kecil bertulis "Alisa's Wife" .
"Jom" Tengku Asyraf memimpin tangan Alisa untuk masuk ke restoran. Tengku Asyraf menempah meja di tingkat Lima.
"Besarnya restoran ni bang" Alisa terkejut melihat restaurant yang lima tingkat Itu.
"Bukan hanya restoran sayang . Hotel juga sebenarnya" ujar Tengku Asyraf tersenyum.
Tengku Asyraf mengikat kain di mata Alisa dan membawa Alisa ke satu tempat.
Sampai sahaja di situ dia terus membuka ikatan kain di mata isterinya."Happy anniversary sayang" Ujar Tengku Asyraf lalu tersenyum manis.
"A..Abang ingat ?" Alisa tidak percaya. Dia baru saja ingin merancang . Rupa rupanya suaminya sudah merancang dahulu.
"Mestilah ingat sayang. Abang saja buat isteri Abang ni sedih" Alisa tersenyum apabila Tengku Asyraf berkata begitu.
"Mama! Mama dah sampai !" Iskandar memeluk Alisa.
"Eh Iskandar?" Alisa terkejut.
"Bukan Iskandar je sayang. Semua ada"
Baru Alisa perasan keluarganya semua ada.
"Buka cincin tu" Tengku Asyraf tiba-tiba menjadi dingin. Matanya tajam memandang muka isterinya.
"Apa ?" Alisa seperti terkejut. Tiba-tiba saja ?.
"Open your ring" ujarnya sekali lagi dengan suara dingin.
Alisa membuka cincin di tangannya lalu memberikan kepada Tengku Asyraf.
Tengku Asyraf memegang tangan Alisa lalu menyarungkan sebuah cincin emas .
"For you princess. I love you so much" Tengku Asyraf mengoyakkan senyuman manis lalu mengucup lembut dahi Alisa. Dia mengusap perut Alisa yang sudah berusia 5 bulan Itu.
"Abang !" Alisa terus memeluk Tengku Asyraf lalu menangis. Mereka yang di situ hanya tersenyum. Iskandar pula sibuk menyelit di dalam pelukan mama dan Papanya Itu.
"Nak luk gak" Tengku Asyraf ketawa apabila Iskandar sudah buat muka masamnya.
"Sini sayang" Alisa memeluk Iskandar dan suaminya. Mereka berdua terus mencium dahi Iskandar. Putera kesayangan mereka. penyeri dan pelengkap di dalam rumah tangga mereka berdua .
"Papa ! Nanti baby sakit la. Cian adik Is" Iskandar mengusap lembut perut mamanya.
Mereka disitu terus ketawa. Alahai comelnya budak Iskandar seorang niii.
YOU ARE READING
CINTA GADIS LATTE || ✓
RomanceNurul Alisa. Bermata biru dan rambutnya perang. Sungguh cantik. Siapa yang lihat pasti akan sukakannya. Peramah , lembut,sopan. Memang lengkap semuanya dalam diri Alisa. Selalu di beri kasih sayang yang cukup dari keluarganya. Hidupnya tenang sampai...