Bab 5

446 30 1
                                    

Sampai sahaja di kafe, Alisa terus membancuh air latte. Yaa! Alisa dan latte berpisah tiada.. Alisa meletakkan lattenya di atas meja dan mengambil kek coklat untuk makan.

"Lisa sorry lambat jem tadi" Alina duduk berhadapan dengan Alisa. Dia sudah berjanji dengan Alisa mahu berjumpa.

"Sokey aku pun baru je sampai. Baru balik tengok wayang ngan adik aku tu" ujar Alisa. Dia memandang muka Alina yang penat. .

"Cik nk minum apa ?" Ujar Kak ila kepada Alina

"Green tea ais " Alina senyum memandang Kak ila .
Kak ila terus beredar dari situ . Dia tau Lina tak makan kerana Alina sudah di pesan awal-awal . Dia kalau datang mau minum sahaja.

"Weh exam last semester dah nak dekat" Kata Lina sambil membuka laptopnya.

"Haah. Nasib semua assignment aku dah Siap . Study pon dah" ujar Lisa lalu menghirup latte nya.

"Erm aku nk bagi tau kau something ni" ujar Alina sambil menaip sesuatu di laptopnya.

"Apa ?" Soal Alisa apabila melihat muka bersalah Alina.

"Sorry sebab rahsiakan dari Kau. Sebenarnya aku dah nak kawin" ujar Alina sambil tersengih kambing.

Terbuntang mata Alisa mendengar apa yang kawannya cakap sebentar tadi "whattt!! Bila ?" Soal Alisa dengan nada terkejut.

"Lepas habis belajar. Dah empat bulan tunang" jawap Alina. Dia menghirup green tea miliknya.

"Untunglah dah jumpa jodoh . Aku ni belum.." ujar Alisa sambil buat buat muka sedih.

"Nanti Ade lah tuu" jawap Alina lalu tersenyum
.

.

.

Selepas Alina balik terus sahaja Alisa membuat tugasnya di depan. Seperti mengambil pesanan , memeriksa barang di kafe dan lain-lain.

Amsyar dan kawannya datang ke kafe Alisa, terus sahaja dia buat muka menyampah. Ya dia geram dengan adiknya Itu . Sebab kawan si Amsyar itu suka sangat menggatal . Macam tiada perempuan lain di luar sana.

"Hai Akak Alisa" Seorang kawan amsyar bernama Rayyan menegur Alisa.

"Hai" Alisa jawap acuh tak acuh sambil membuat kerjanya.

Usai membuat kerja di kaunter, Alisa membancuh air latte kerana dahaga..

"Latte latte latte tak habis-habis latte" Kata amsyar sambil memandang mukanya .

"Biarlah . Ke Kau nak mandi latte pulak harini ?" Marah Alisa sambil menjeling amsyar

"Jeling pon lawa" Kata rayyan sambil tersengih

Terus sahaja Alisa pergi ke belakang untuk melihat pekerja pekerjanya. Malas mahu lama-lama di depan. Nanti kena ngurat ..
.

.

"Along mana Alisa ?" Soal Tuan Eriq apabila melihat Along dan amsyar duduk berdua sambil main phone di ruang tamu.

"Kat luar. Tepi kolam" jawap Amsyar apabila along tak menjawap soalan papanya kerana memakai earphone.

Tuan Eriq mengangguk lalu terus sahaja pergi ke tepi kolam di luar rumahnya

"Lisa sayang" tegur tuan Eriq apabila melihat anak perempuannya termenung seperti ada masalah.

"Ya pa ? Kenapa panggil Lisa" Alisa memandang muka papanya lalu tersenyum manis

"Kenapa macam ada masalah je anak papa ni . Kalau ada masalah cerita jangan pendam nanti sakit" ujar Tuan Eriq sambil mengusap rambut Alisa dan menarik Alisa ke dadanya.

"Nothing pa . I'm just sad because i have to go back to Kolej tomorrow" ujar Alisa sambil memandang papanya. Ya dia sedih kerana akan berpisah dengan papa dan mama . walaupun hanya satu bulan lepastu terus balik dan tunggu result dia tetap sedih kerana akan merindui papa dan mamanya.

"Don't worry la sayang. Alisa nak Belajar right? So janganlah macam ni. esokkan papa dengan mama hantar. Belajar rajin-rajin okay" Tuan Eriq terus memeluk anaknya . Alisa senyum nipis kerana kata kata papanya Itu ..

"Okay pa" Alisa tersenyum manis.

Tuan Eriq tersenyum. Ya dia tau anaknya Itu akan balik ke Kolej Esok . Dia juga sedih kerana rumahnya tidak bising dengan suara gaduh Alisa dan juga amsyar. Amsyar Esok akan ke Melaka untuk Kem selama tiga minggu. Along pula kerja . Hanya ada Puan Amira sajalah teman nya bila kesunyian. Itulah kelebihan mempunyai rumah tangga.

CINTA GADIS LATTE || ✓Where stories live. Discover now