Bab 36

369 22 0
                                    

Ah Lee memandang muka kawannya dengan pandangan menyampah. Dia sudah naik muak mendengar kawannya Itu membebel .

"Kau tak nak dengar ckp aku tak apa" Xiong berkata lalu bangun dari tempat nya. Xiong seorang Islam. Dia memeluk Islam selepas keluar dari penjara. Tetapi Ah Lee tidak tahu bahawa kawannya Itu ialah Seorang Muslim.

"Itu orang akan mati di tangan wa ma tunggu saja. Dan wa akan buka semula kilang dadah wa. Nanti lu jangan merayu mahu kerja sama wa, Xiong ! " Ah Lee ketawa sinis lalu menghentakkan cawan kacanya sehingga pecah.

"Aku rasa kau yang akan mati dekat tangan dia ataupun Danish" ujar Xiong lalu meninggalkan Ah Lee.
Ah Lee mengetap Gigi. Kawannya itu memang tidak mahu tolongnya lagi!

Xiong keluar lalu pergi ke satu tempat . Ada benda yang perlu dia buat. Dia mahu berjumpa dengan seseorang yang dia percaya.

..

Danial memerhatikan Alisa yang masih dalam keadaan pensan Itu. Semasa dia pulang tadi dia nampak Alisa berlari lalu pensan. Terus sahaja dia mendokong adiknya Itu lalu membawa Alisa masuk ke dalam rumah.

"Kenapa dengan angah pa ?" Soal Danial setelah lama mendiamkan diri.

Eriq menghembuskan nafas dengan berat sekali. Dia menceritakan semuanya kepada Danial.
Danial diam . Dia marah juga dengan perangai adiknya yang dari dulu ego dan keras kepala itu.

"Along jangan marah dia ya. Dia tengah stress tu. Kita bantu dia . Kita pujuk dia okay?" Puan Amira mengusap lembut kepala Alisa. Dia kenal dengan Danial. Apabila keluar perangai keras kepala Alisa, Danial lah yang paling melenting. Habis Alisa di marahnya tetapi Alisa hanya selamba. Tidak takut dengan singa jantan Itu.

Puan Amira memandang muka anak perempuannya, pucat lesi.

Amsyar hanya memerhati. Dia tahu semuanya daripada Danish. Amsyar dan Danish seperti kawan karib walaupun umur mereka jauh beza.
Amsyar lega apabila Danish beritahunya bahawa perempuan murah Itu sudah mati kena bunuh dengan Ahlong. Kalau tak dia sendiri yang belasah perempuan Itu sehingga lunyai!

Alisa terjaga dari lenanya . Dia bangun lalu berlari keluar rumah. Mencari kelibat Tengku Asyraf.

"Abang !! Abang mana Abang !! . Abang balik la Abang. Abangggg!" Alisa sudah menjerit jerit seperti orang gila. Makjah yang sedang menyapu di halaman rumah , terkejut dengan jeritan Alisa.

"Angah !! Ya Allah. Mengucap sayang. Jangan macam ni sayang" Puan Amira memeluk anaknya Itu .

"Mama, Asy tinggalkn Lisa. Lisa jahat ma Lisa jahat. Lisa menyesal ma. Mama tolong call Abang ma" Alisa sudah meraung . Dia memeluk mamanya. Bahunya terhinjut hinjut kerana Menangis.

"Shhh ye.. mama call nanti"

"Alisa nak sekarang ma. Alisa nak sekarang!!" Alisa menangis lagi . Dia mahu memeluk Tengku Asyraf dengan erat. Dia mahu minta maaf dengan Tengku Asyraf .

"Alisa, Hey.. hey look at me sayang. Alisa rehat dulu ye. Alisa tertekan ni" Tuan Eriq menghampiri Alisa lalu memeluk Alisa dengan erat , dia memberi semangat kepada anak perempuannya, ada juga dia berzikir di telinga Alisa supaya anaknya tenang. Picagari yang diisi ubat tidur di keluar dari pocket lalu dia menyuntik leher anaknya. Perlahan lahan mata Alisa terkatup rapat. Itu sahaja yang Tuan Eriq boleh buat.

"Along tolong bawa dia masuk. Letak dia dalam bilik. Bagi dia rehat" ujar Tuan Eriq.

Danial mengangguk lalu membawa Alisa ke bilik . Dalila hanya memerhati. Dia turut sebak melihat Alisa yang sudah seperti orang meroyan. Dia tahu adik iparnya dalam situasi masalah rumah tangga. Dia dan Danial juga pernah alami tapi tidak seteruk Alisa.

.

Arissa dan Tengku Aariz datang ke rumah Tuan Eriq. Tuan Eriq yang memanggil mereka berdua untuk datang ke rumahnya.

"Assalamualaikum Eriq ,Mira"

"Waalaikumsalam"

"Ni Tengku Asyraf dekat mana sekarang Risa ? Saya call tapi dia off phone" soal Amira.

"Saya pun tak tahu Mira. Dia balik salam saya dan suami lalu terus aje masuk kereta" Arissa membalas soalan Puan  Amira.

"Saya kesian tengok Alisa tu. Demam dah tu banyak nangis" Eriq berkata lalu mengambil cawan yang berisi air kopi .

Mereka semua berbual tentang rumah tangga Alisa dan Tengku Asyraf. Mereka hanya mampu mendoakan rumah tangga Alisa dan Tengku Asyraf sahaja.
.

"Assalamualaikum" Seorang lelaki Memberi Salam di luar rumah .

"Waalaikumsalam. Ye anak ni siapa?" Soal Tuan Eriq dengan senyuman.

"Saya kawan kepada suami Alisa. Suami dia arahkan saya untuk tengok tengokkan Alisa ni" ujar lelaki Itu lalu tersenyum.

"Oh masuk lah"

"Nama kamu siapa ?" Soal Puan Amira lalu mengambil tempat di sebelah suaminya.

"Danish Haiziq . Auntie and uncle boleh panggil saya Nish" Danish tersenyum manis

"Auntie and uncle jangan bagi tau Lisa yang saya datang ni. Saya datang sekejap aje. Next time baru saya jumpa dia" ujar Danish

"Ya kami tak akan beritahu"

Danish terus menceritakan semua tentang dirinya dan Tengku Asyraf. Mereka berkawan sudah lama dari bangku sekolah Lagi.

"Terima kasih nish . Nanti datang lagi ya"

"Inshallah uncle, auntie"

Danish memasuki keretanya lalu terus balik ke rumah.

CINTA GADIS LATTE || ✓Where stories live. Discover now