Bab 23

335 25 5
                                    

Hari yang di tunggu - tunggu sudah pun tiba. Harini Alisa dan Tengku Asyraf akan disatukan di masjid putrajaya.

"Weh aku taknak kawin !" Alisa gementar.

" pendek ! Jangan la banyak gerak aku nak makeup kau ni" marah Anissa iaitu sedara rapat Alisa.

Didalam bilik itu ada Alisa , Anissa Dan juga Alina .Balqis katanya mahu tunggu di masjid .

"Aku faham apa kau rasa Lisa ,masa aku kawin pon aku rasa macam nak kena anxiety" ujar Alina yang sedang duduk di katil Alisa Itu, Perutnya sudah masuk 5 bulan .

Tok! Tok!

"Alisa sayang dah siap ke?" Soal Puan Amira lalu masuk kedalam bilik Itu.

"Cantiknya anak mama ni" ujar Puan Amira lalu mengusap perlahan kepala anak perempuannya kesayangannya.

Mereka keluar dari bilik dan masuk kedalam perut kereta untuk ke masjid.
Didalam masjid tangan kanan Alisa berada di tangan mamanya. Puan Amira menggenggam erat tangan anaknya. Dia tau Alisa berdebar. Anara Ewani juga turut ada di sebelah Alisa. Bertapa gembiranya muka gadis itu apabila Alisa memberitahunya yang Alisa mahu berkhawin pada bulan ni.

"Mana pengantin lelaki ni" Balqis di sebelah Alina tercari cari kelibat Tengku Asyraf.

"Tu" Anara Ewani memandang muka Alisa.

Tengku Asyraf yang segak berbaju melayu putih Itu masuk ke masjid bersama Amsyar dan Tengku Arfan.

"Sampai dah pengantin lelaki , kacak sungguh lah" ujar Tuan Eriq.

Tengku Asyraf tersenyum manis lalu duduk berhadapan papa Alisa.

"Dah sedia ya ? Kita mulakan sekarang Boleh?"

"Okay"

"Tengku mohd Asyraf bin Tengku mohd Aariz"

"Saya"

"aku nikahkan dikau dengan anakku Nurul Alisa binti Mohd Hazeriq Iskandar dengan maskhawinnya 10 ribu ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Tengku.. eh"
Lalu satu masjid penuh dengan ketawa orang-orang yang hadir. Alisa dan Tengku Asyraf juga ketawa. Adui asy kenapa ni HAHAHA.

"Nak kawin dengan diri sendiri ye Asy" ujar papa Alisa lalu ketawa.

"Okay lagi sekali ya. Tengku mohd Asyraf bin Tengku mohd Aariz aku nikahkan dikau dengan anakku Nurul Alisa binti Mohd Hazeriq Iskandar dengan maskhawinnya 10 ribu ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Nurul Alisa binti Mohd Hazeriq Iskandar dengan maskhawinnya 10 ribu ringgit tunai"

"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah"

Terus Alisa menitiskan air mata gembira. sekarang dia sudah menjadi isteri kepada Tengku Asyraf.
Tengku Asyraf membuat solat sunat di situ.

Apabila tiba upacara membatalkan wuduk jantung Alisa terasa mahu keluar sebab gementar. Tengku Asyraf bangun lalu mendekati isterinya.

"Assalamualaikum bidadari Abang" ujar Tengku Asyraf apabila sudah duduk di hadapan Alisa. Alisa terkesima 'abang?' aaaa comelnya..
Tengku Asyraf menyarungkan cincin di jari manis Alisa lalu Alisa menyalam tangan Tengku Asyraf.

Tengku Asyraf mengucup dahi Alisa dengan lama.

Setelah selesai menyarungkan cincin ,sesi tangkap gambar pula dan yang menjadi fotografinya ialah Amsyar.

"1..2..3" ini dah Kali kelima Amsyar menangkap gambar mereka berdua.

Tengku Asyraf mencium dahi Alisa dan itulah gambar terakhir mereka.

CINTA GADIS LATTE || ✓Where stories live. Discover now