Sudah seminggu Alisa murung. Banyak tempat sudah dia mencari Tengku Asyraf tapi tidak jumpa. Dia rasa seperti mahu menyerah.
Eriq melihat anaknya dari pintu kaca itu. Dia juga turut sedih melihat Alisa yang sudah berubah 70% Itu . Tiada lagi Alisa yang bising, Tiada lagi Alisa yang suka ketawa . Tiada lagi Alisa yang ceria . Hanya ada Alisa yang pendiam dan dingin sahaja sekarang.
"Alisa" Eriq mendekati Alisa lalu duduk di sebelah anaknya.
Alisa yang dari tadi hanya termenung di kolam Itu hanya memandang muka papanya dengan pandangan kosong."Alisa jangan macam ni. Papa sedih tengok anak papa macam ni. Mana anak papa yang ceria dulu ?" Tuan Eriq mengusap lembut kepala anak perempuannya.
"Alisa .. papa rindu Alisa. Papa rindu suara Alisa yang ceria tu. Pandang papa sayang."
Alisa memandang muka papanya. Air matanya terlalu murah kalau bersama papanya.
"Muka anak papa dah cengkung. Anak papa makin kurus, mata anak papa dah bengkak . Tak cantik dah" Tuan Eriq mengusap belakang badan anaknya . Dia tidak suka melihat Alisa yang semakin kurus Itu.
"Papa.. Alisa rindu Asy" ujar Alisa lalu air mata yang di tahan terus tumpah .
"Papa, Alisa jahat pa. Alisa taknak dengar penjelasan dia. Alisa jahat pa . Alisa jahat" dari tangisan terus menjadi esakan, bahunya terhinjut hinjut kerana Menangis.
"Shhh . Alisa tak Salah . Alisa cuma ego . Lepasni kawal ego tu ya . Tengok sekarang apa jadi ? Dari ego terus jadi perpisahan. Alisa jangan risau papa yakin suami Lisa tu tak akan tinggalkn Lisa." Eriq terus memeluk anaknya Itu. Dia turut sayu melihat Alisa yang menangis tidak henti .
"Jom .. kita makan sama-sama. Papa pun tak makan lagi ni" Tuan Eriq senyum manis kepada Alisa .
Alisa hanya menurut sahaja. Dia bangun dan mengikuti papanya ke dapur untuk makan bersama sama.
.
"Kau nk buat apa tu Lee" soal Seorang lelaki kepada Ah Lee.
"Aku mau ikut Itu budak. Aku akan pastikan dia mati" Ah Lee ketawa sinis. Dia mengemas barangnya lalu pergi ke suatu tempat .
"Wa mau pinjam duit" Ah Lee meminta duit kepada Seorang lelaki yang berbadan tegap .
"Hayo ini cina. Sudah berapa banyak lu pinjam duit sama wa? Bayar pun masih belum, sekarang mahu pinjam duit lagi ?" Lelaki Itu memandang Ah Lee lalu dengan tajamn
"Lu jangan risau. Wa janji akan bayar 2x ganda kalau wa sudah dapat duit"
"Okay. tapi kalau lu tipu wa akan pastikan lu mati !"
"Berapa lu mau pinjam ?"
"Dua Ribu . Wa ada kerja sikit"
Terus lelaki Itu mencapak bekas duit kepada Ah Lee . Ah Lee mengambil duit Itu lalu terus sahaja bergerak pergi.
"Heh kau yakin ke Xian, yang dia akan bayar ?" Soal Seorang lelaki di sebelah Xian.
"Aku tahu dia tak akan bayar. Jadi aku akan bunuh dia. Tunggu masa saja"
Dua lelaki Itu tersenyum sinis. Xian ialah Ahlong. Dia tidak akan membunuh jika bukan arahan dari boss besarnya.
"Tak apa kita bagi dia seronok dulu. Tak lama lagi aku akan hantar dia seronok di neraka pula" Xian ketawa sinis lalu mengambil rokok miliknya.
"Oh ya ! Nish bila Kau mahu bawa aku jumpa Alisa?" Soal Xian kepada Danish. Mereka bertiga akan menjaga isteri Tengku Asyraf sementara.
"Esok, Esok aku akan bawak kau dan Xiong"
Mereka hanya mengangguk lalu pergi dari situ.
"Tidak sabar mau jumpa itu perempuan. Mesti cantik punya!" Ujar Xian.
"Jangan gatal sama itu amoi! KuAsy bunuh kau nanti!" Marah Xiong.
Danish membiarkan saja dua beradik itu bergaduh. Malas mahu layan cina dua orang Itu.
YOU ARE READING
CINTA GADIS LATTE || ✓
RomantizmNurul Alisa. Bermata biru dan rambutnya perang. Sungguh cantik. Siapa yang lihat pasti akan sukakannya. Peramah , lembut,sopan. Memang lengkap semuanya dalam diri Alisa. Selalu di beri kasih sayang yang cukup dari keluarganya. Hidupnya tenang sampai...