"Wahhh cantiknya bunga ros ni" ujar Alisa sambil menghidu bunga ros merah Itu.
Tuan Eriq gembira melihat anak anaknya . Dulu ramai yang marah kepadanya kerana terlalu manjakan anak anaknya. Kata mereka jangan terlalu manjakan anak anak nanti mereka pijak kepala mak bapak sendiri tapi alhamdulillah dengan ilmu Agama dan macam macam nasihat yang di beri kepada anak anaknya ,mereka menjadi manusia yang selalu mengingati pesanan Mama dan Papa. Mahu berkawan pun minta izin dahulu. Jika Tuan Eriq tidak benarkan Maka mereka akan turuti.
"Kak nanti kau ajak boyf kau jalan jalan sini" ujar Amsyar sambil menyiku nyiku lengan kakaknya.
"Aku mana ada boyf" ujar Alisa selamba. Sejak bila dia punya boyf pun dia tidak tau . Apalah adik pungutnya ini haih ..
"Faris tu?" Soal Amsyar , dia tersengih.
"Kami kawan aje" ujar Alisa sambil menangkap gmbar lattenye .
"Takkan kau tak ada perasaan dekat dia ? Abang Faris tu baik kot . Peramah aje" ujar Amsyar, dia menghirup tehnya yang sudah mula suam..
"Kami kawan sajalah tak adanya nak bercinta.. Tu kau tanya Abang sulung kau. Bagi dia khawin dulu" ujar Alisa tanpa memandang Muka Amsyar. Perasaan terhadap Faris ? Rasanya tiada . Dia hanya menganggap Faris sebagai bestieboy sahaja. Lebih dari Itu? maaflah dia belum bersedia lagi. Dia takut mahu bercinta. Takut disakiti. Walaupun dalam percintaan tidak selalu indah. Tapi Alisa takut. Tunggu sahajalah Allah temukan dia dengan jodohnya.
"Apa along pula ?" Danial menjeling apabila mendengar Alisa menyebut namanya.
"Yela along... umur kau dah 27 Kan. Kawin lah" ujar Alisa dengan Amsyar.
"Belum ada calon..." Danial memuncungkan mulutnya
"Bukannya tiada calon. Kamu tu aje jual mahal. Ramai aje perempuan cuba mengurat kamu kat office sana tu, tapi kamu buat muka dingin aje. bagi la papa ni cucu" ujar Tuan Eriq sambil memeluk bahu isterinya.
"Alah papa kan muda lagi. Cerr bagi kami adik" ujar Danial dengan senyuman nakalnya.
Terus Puan Amira membeku apabila mendengar kata anak sulung nya. Perlahan lahan dia menggelengkan kepala kepada suaminya.
Pecah tawa Tuan Eriq apabila isterinya membuat muka comel begitu."Amsyar dengan angah jarak setahun ajekan? angah 22 Amsyar 21. Tunggu ada calon aje tu!" ujar Tuan Eriq .
"Haah. Amsyar nak kawin empat pa" ujar Amsyar selamba, dia memandang muka Alisa yang seperti mahu mencekiknya.
"Eh kau, kakak kau yang sorang ni pun kau tak jaga" ujar Alisa dengan pandangan mengejek.
"Mana ada aku tak jaga. Akak tu anak istimewa kak sebabtu kalau pergi keluar aku suka ajak kau" ujar Amsyar.
"Kenapa ?" Ujar Alisa tidak faham.
"Yelah senang cari parking sebab kau istimewa" ujar Amsyar sambil mencubit pipi kakaknya.
1saat .. 2 saat
"Oh ! Kurang ajar Kau. Nak cakap aku OKU lah ni?" Marahnya lalu mencubit peha adiknya Itu.
Mereka sekeluarga pun ketawa dan meneruskan perjalanan. Mereka ingin ke taman bunga selepas ini . Yela sekarangkan musim bunga..
Sampai sahaja di taman bunga Alisa merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Rasa seperti ada yang memerhatikannya tapi apabila memandang sekeliling tiada pun .
"Angah nak air apa ? Latte huh ?" Soal along malas. Tau saja air adiknya Itu .Latte saja lah tiada lain . Bila sakit kepala mengadu macam budak kecil.
Alisa hanya mengangguk dan terus berjalan bersama Amsyar. Ramai katakan Alisa dan Amsyar ialah kembar kerana mereka sangat rapat dan muka yang lebih kurang.
Alisa dan Amsyar jalan sambil berpegangan tangan . Amsyar mengeluarkan iphone XS miliknya lalu menangkap gambar tangannya dan Alisa."Ceh nak konon konon ada girlfriend lah tuuu" ujar Alisa, dia memandang adiknya Itu. Terpaksa la mendongak sedikit kerana ketinggian Amsyar yang seperti buluh di belakang rumah tokwannya.
"Hehe. Kak tunggu jap . Aku nak pergi toilet" ujar Amsyar lalu melepaskan pengangan tangannya td.
"Ok. Am belikan roti coklat" Alisa memegang perutnya yang kempis Itu.. lapar, dia sempat makan biskut sahaja tadi.
"Oky" Amsyar berlalu pergi dan tinggal lah Alisa Seorang di kerusi batu itu. Papa, mama dan along sudah jauh di hadapan .
"Alisa ? I didn't think i could find it near here" ujar seseorang . Alisa terus berhenti scroll tiktoknya apabila mendengar suara yang familiar Itu.
"Asy ?" Terbuntang mata Alisa memandang Tengku Asyraf yang memakai jersi berwarna ungu
"Saya dh lama tk nampak awak semenjak saya marah awak dekat kafe haritu" ujar Alisa apabila Tengku Asyraf sudah duduk di sebelahnya.
" Kau ingt aku merajuk eh? Aku tak terasa pun dengan budak sekolah macam kau. Aku pergi Switzerland esoknya tu . Ada kerja ,tak sangka pula terjumpa kau" Tengku Asyraf ketawa , dia memandang Muka Alisa . Lawa betul Alisa tanpa make-up dan hanya memakai lipbalm merah jambu dengan shawl hitam dan memakai baju blouse merah jambu.
"Budak sekolah?" Ujar Alisa binggung . Takkan Tengku Asyraf lupa mereka sebaya ?
"Just kidding anje" ujar Tengku Asyraf lalu tersenyum sinis.
"Ape awak ni tak habis habis" marah Alisa apabila Tengku Asyraf masih memanggil nya dengan panggilan 'anje'.
"Jngan marah budak pendek. Nanti susah tinggi . Okaylah aku gerak dulu . Ada kerja nak buat" ujar Tengku Asyraf. Dia memandang Alisa yang sedang membuat muka menyampah Itu.
"Pergi lah sana" halau Alisa apabila Tengku Asyraf sudah berdiri.
"Bye gorgeous" Tengku Asyraf mengenyitkan matanya.
Terus Alisa terkaku dengan kenyitan mata Tengku Asyraf Itu. Seksi .....
Setelah 1 jam Menunggu adiknya, barulah batang hidung Amsyar muncul bersama roti coklat di tangan.
"Angah sorry late . Ramai gila tadi" ujar Amsyar dengan muka yang seperti orang kehilangan anak.
.
"Baru sampai ? Penat kami tunggu kamu berdua" Tuan Eriq mencekak pinggang apabila dua orang anaknya Itu sampai dengan muka tak bersalah.
"Sorry pa tadi ramai . Amsyar pergi toilet lepastu belikan angah roti" ujar Amsyar yang sedang tersengih.
Mereka sekeluarga pun membuat aktiviti seperti menangkap gmbar ramai ramai , mengambil video sekeluarga ada juga mereka tahan mat salleh kat sini untuk tolong tangkap gambar mereka sekeluarga . Setelah selesai meluangkan masa , mereka sekeluarga terus sahaja pulang ke rumah, ingin membersihkan diri dan berehat .
YOU ARE READING
CINTA GADIS LATTE || ✓
Roman d'amourNurul Alisa. Bermata biru dan rambutnya perang. Sungguh cantik. Siapa yang lihat pasti akan sukakannya. Peramah , lembut,sopan. Memang lengkap semuanya dalam diri Alisa. Selalu di beri kasih sayang yang cukup dari keluarganya. Hidupnya tenang sampai...