Bab 6

404 29 3
                                    

Harini ialah hari Alisa pulang ke kolejnya. Huh cuti tiga minggu macam cuti tiga hari. Sudah lah mahu exam tidak lama lagi huhuhuhu..

"Belajar rajin-rajin Lisa . Exam nanti jawap betul-betul okay . Anak papa ni pandai" ujar Tuan Eriq lalu mencium dahi anak nya.

"Alisa belajar rajin-rajin ok ? ni last lepasni dah tamat sekolah" ujar Puan Amira pula.

"Angah belajar betul-betul tau kalau ada orang ngorat kau . Kau merangkak macam juon tu HAHAHAH" ujar amsyar sambil memeluk Alisa

Geram juga Alisa dengan amsyar ni haih sabar ajelah..

"Okay papa..okay mama. I love you" ujar Alisa lalu mencium pipi papa dan mamanya..

"Nanti kalau markah kau bagus along lanje Kau iphone 11 pro max tu" along mengenyitkan matanya kepada Alisa

"Janji ?" Alisa menghulurkan jari kelingking nya yg comel Itu..

"Ye budak pendek" Danial menyambut huluran jari kelingking adiknya Itu..
.

.

.
"Elsaaaa .. Penat aku cari kau" termengah mengah Faris

"aku baru je sampai . Lambat sikit hehe" ujar Alisa, dia menghulurkan air botol kepada Faris. Ya dia selalu membawa air mineral lebih di dalam begnya.
Faris Dan Alisa terus jalan pergi ke dewan makan sebelum masuk ke dalam dorm masing-masing untuk bersiap siap ke kelas belajar.

"Elsa nanti Kau sambung belajar ke. Kawin ke kerja?" Soal Faris lalu menyuap Mee Kari ke dalam mulut

"Kerja ..malas la nak sambung. Aku taknak jauh dari mama papa" ujar Alisa sambil menghirup latte.

"Macam mana la nk kawin Kau ni" Kata Faris sambil memandang muka Alisa.

"Erkkk jangan cakap pasal kawin lah aku tumbuk karang" marah Alisa. Dia menunjukkan penumbuk kepada Faris.

"Uish tanak! sakit-sakit" ujar Faris lalu tergelak. Comel pula kawan perempuannya Seorang ni.

Selesai sahaja makan mereka terus berpisah arah. Alisa akan ke kelas muzik Dan Faris akan ke kelas biologi .

"Hye Lisa . Makin cantik sekarang" Kata faizal apabila Alisa masuk ke dewan kuliah Itu.

"Erk" Alisa tidak selesa dengan faizal kerana sikapnya yg miang dan tidak menjaga batasan dengan perempuan

"Jangan kacau dia lah!" Marah seorang lelaki.

"Kau jangan bising!" Faizal menjeling lelaki yang memakai hoodie hitam itu.

Alisa mengerutkan dahinya. Macam kenal suara tu. Tapi siapa ? Argh abaiakan sajalah Lisa!

Faizal mengambil tempat di sebelah Alisa. Gadis pujaan hatinya. Sudah lama dia cintakan Alisa.

Alisa hanya diam. Tidak hiraukan Faizal yang dari tadi merenungnya.

Selepas pensyarah habis mengajar, terus sahaja Alisa berlari keluar untuk mencari Balqis. Dia sudah berjanji dengan Balqis untuk makan petang bersama.

"Auchhhh"

Alisa terlanggar Seorang lelaki dan terjatuh . Nasib tiada orang kalau tidak malu saja.

"Kau okay ? Yang lari macam kena kejar hantu kenapa" soal lelaki Itu sambil mengutipkan buku Dan beg sandang Alisa yang jatuh tadi.

"Ma..maaf saya nak cepat" ujar Alisa sambil tunduk . Takut dengan lelaki di hadapannya itu. Garang..

Terus lelaki Itu terdiam apabila melihat Alisa. Dia menghulurkan buku dan beg sandang Itu kepada Alisa lalu bergegas pergi.

'Asal aku rasa muka dia familiar? Tapi Kat mana aku pernah nampak ?' soal hatinya. Dia memandang lelaki yang memakai hoodie berwarna hitam yang sudah jauh Itu.

"Woi perempuan !penat aku tunggu kau tau" jerit Balqis sambil memandang Alisa

"Sorry pensyarah aku harini badmood huhu" ujar Alisa

Mereka berjalan bersama ke dewan makan sambil bercerita.

"Weh Kau dengan Faris kawan rapatkan ?" Soal Balqis , dia meletakkan pinggan yg berisi nasi Ayam ke atas meja.

"Haah .. kenapa ?" Ujar Alisa, dia meletak buku-bukunya dan beg sandang di kerusi sebelah.

"Birthday dia 20/5 ni kan?" Soal Balqis, dia memandang Alisa sambil tersenyum miang.

"Ya ..kenapa ? Oh ! Kau suka dia eh" ujar Alisa , dia memandang muka Balqis yang tersengih kambing Itu.

"Eh mana ada aku tanya je!" muka Balqis sudah mula merah..

Aik ? Blushing pulak minah ni. Sejak bila pandai blushing?

"Suka cakap suka nanti dah ada orang lain melepas la Kau" ujar Lisa sambil menyuap nasi Ayam ke mulut

"Suka apa ?" Tiba-tiba Faris muncul dengan membawa beg galas yang berisi laptop .

"Takda apa ada orang suka batch kita pastu tak nak confess" ujar Balqis Cuba untuk menutup rahsianya

Alisa hanya diam menahan tawa..

"Oh ! Ok aku nak amik makanan jap .tunggu tau" ujar Faris lalu meletakkan begnya bersebelahan Alisa
.

.

.

"Sayang.. why ni . Termenung je" soal Tuan Eriq kepada isterinya. Dari tadi Amira termenung dan matanya berkaca.

"Nothing abang..I just miss our children" ujar Amira sambil memegang tangan suaminya

"Sabar sayang . Minggu depan semua berkumpul kita dah rancang kan nak pergi Switzerland" ujar tuan Eriq. Ya dia ada merancang dengan isterinya untuk ke Switzerland bulan 6 ini . Hanya dia dan isterinya sahaja yang tahu Hal ini. Puan Amira tersenyum.

"Abang nak keluar ni, awaknya nak ikut tak?" Soal Tuan Eriq. Dia memandang mata isterinya yang sungguh cantik Itu.

"Pergi mana ?" Soal Puan Amira.

"Pergi office kejap" ujar Tuan Eriq.

Puan Amira mengerutkan dahinya. Bukankah sekarang syarikat tu anak sulungnya yang pegang? Kenapa suaminya mahu ke sana?.

"Abang nak ke sana kejap aje, nak pergi tengok kerja-kerja yang anak kita tu uruskan" ujar Tuan Eriq seperti tahu apa yang bermain di fikiran isterinya.

Belum sempat Puan Amira mahu menyoal Tuan Eriq memotong dahulu

"because I'm your husband, sayang. I know what's on your mind" ujar Tuan Eriq lalu mencium pipi isterinya.

"Dah siap cepat. Abang tunggu di bawah"

Puan Amira tersenyum manis lalu terus sahaja mengambil tudung sarungnya. Malas mahu bersiap cantik-cantik. Dia memang sudah cantik pun. Ehek!

CINTA GADIS LATTE || ✓Where stories live. Discover now