"Assalamualaikum Latte girl" Danish memberi Salam kepada Alisa .
"Waalaikumsalam"
Alisa memandang dua orang cina dibelakang Danish lalu tersenyum mesra. Mereka berdua nampak sungguh kacak. Memang kawan Danish ni hensem-hensme ke ? Hm ....
"Ehem .. saya Xian ini Abang saya Xiong"
"Wah kembar" Alisa tersenyum. Entah kenapa dia obsessed dengan kembar pun tak tau lah.
"Ya hehehe" Xian tersenyum manis. Peramah juga isteri Tengku Asyraf ni. Patutlah jatuh hati..
Mereka bertiga masuk ke dalam lalu duduk di ruang tamu di tingkat dua.
"Puan Alisa sihat? Muka macam demam" soal Xiong.
"don't call me Puan . Lisa better . Erm saya demam sikit aje" Alisa tersenyum nipis lalu memandang tepat mata Xiong.
"Cantik mata awak, Hazel . Unique" Alisa tersenyum . Mata kedua kembar Itu berlainan. Si Abang Hazel . Si adiknya pula coklat cair .
"Mata awak lagi cantik Lisa. Biru terang. Unique gila ! . Ikut siapa ?" Soal Xiong . Selesa bersembang bersama Alisa ini kerana dia tidak sombong.
"Keturunan mama " balas Alisa pendek.
Mereka berbual - bual . Tidak lama ketika Itu Alisa Diam . Dia rindu Tengku Asyraf. Tiba-tiba terasa sebak. Tapi dia kuat. Dia tak akan nangis di depan mereka.
.
"Kau jumpa Dia ke Lee?" Soal Seorang lelaki
"Tak ! Shit .. mana dia ni ?!!!" Marah Ah Lee apabila sudah masuk ke dalam kereta .
"Tak apa cari lagi"
Ah Lee tak akan menyerah kalah. Dia sanggup bunuh Tengku Asyraf hanya kerana mahu kilangnya buka semula.
"Kalau Aku jumpa dia. Aku akan bunuh dia dekat situ juga!" Ah Lee ketawa lalu menghisap rokoknya.
Tanpa sedar lelaki yang sedang memandu Itu tersenyum sinis.
Nak bunuh Tengku Asyraf? Sangat mustahil."Kau tersenyum apa?! Gerak lah cepat!' marah Ah Lee. Dia menendang dashboard kereta itu.
."Lisa. Awak ni cantik lah. Awak ada adik perempuan lain tak ? Mana tau saya boleh jadi ipar awak" Soal Xian lalu memandang muka Alisa sambil tersengih sengih.
"Tak. Dia sorang je perempuan dari tiga adik beradik" jawap Danish.
"Aku single !" Ujar Amsyar yang selamba badak duduk bersebelahan dengan Alisa.
"Kau buat apa ! Aku tak gay tau" Xian menjeling Amsyar dengan tajam.
"Korang kembar ke ?" Soal Xiong.
Alisa dan Amsyar berpandangan lalu tersengih."Tak ada lah . Ramai cakap macam tu, sedangkan kita orang adik beradik biasa je. Dia kakak aku adik" ujar Amsyar.
Mereka hanya berbual kosong . Xiong ,Xian Dan Amsyar sudah turun ke bawah katanya mahu melihat kawasan perumahan.
"Alisa awak okay ?" Soal Danish. Dari tadi dia perasan muka Alisa tidak ceria. Dia tau Alisa buat ceria supaya tiada orang perasan yang dia sedang serabut. Dia senyum pun hanya satu lakonan sahaja.
"I miss him , Nish . Awak tau dia dekat mana ? Saya rindu dia. Saya nak minta maaf dengan dia. Saya salah.saya berdosa dengan suami saya" Air mata yang di tahan akhirnya tumpah. Lantak la Danish nampak pun. Dia tak kisah .
Tengku Asyraf tersenyum nipis apabila mendengar luahan dari Alisa. Dia mendengar semuanya kerana sedang call bersama Danish.
"Maafkan Abang sayang" ujarnya perlahan lalu menutup panggilan. Danish memandang iphonenya. Tengku Asyraf dah tutup panggilan. Danish memandang Alisa lalu tersenyum. Dia ada idea!
"Awak nak jumpa dia ?" Soal Danish lalu tersenyum. Dia akan merancang sesuatu. Dia tidak mahu melihat dua ekor merpati ni bersedih sahaja.
Alisa hanya menganggukkan kepalanya lalu tersenyum nipis.
"Awak kemas baju awak. Maybe dalam 2 minggu macam tu . Saya pergi dulu Esok pastikan pukul 1:30 petang awak dah siap" Danish berdiri lalu meninggalkan Alisa yang terkebil kebil disitu..
" Oi kembar gila ! Jom balik ada kerja sikit ni"
"Gila kau panggil kami ?! . Okay lah am aku gerak lu nanti danish tu jadi hulk "
"Bukan hulk tapi Shrek tapi dia tak Ade Fiona. Ni Shrek versi dingin" Xian ketawa lalu mendapat hadiah special dari Danish.
TUK !
"Okay maaf . Aduh sakitnya . Amnesia aku ni nanti" Xian menggosok gosok kepalanya yang kena ketuk dengan Danish tadi.
"Bye Alisa si mata cantik! Kami pergi dulu!" Jerit Xian, mereka berlalu pergi dari rumah Alisa. Ada kerja yang Danish mahu buat.
YOU ARE READING
CINTA GADIS LATTE || ✓
RomanceNurul Alisa. Bermata biru dan rambutnya perang. Sungguh cantik. Siapa yang lihat pasti akan sukakannya. Peramah , lembut,sopan. Memang lengkap semuanya dalam diri Alisa. Selalu di beri kasih sayang yang cukup dari keluarganya. Hidupnya tenang sampai...