Alisa dan keluarganya berada di airport untuk pulang ke Malaysia. Dua minggu sudah mereka di Switzerland . Rasa seperti baru semalam jejak kaki di situ huhu. Tapi Alisa tidak sabar mahu balik . Dia mahu jumpa Tengku Asyraf.
Setelah berjam di dalam private jet, mereka selamat sampai ke Malaysia. mereka terus berlalu keluar dari airport. Tuan Eriq memandang pembantu peribadinya iaitu Farid.
"Selamat pulang Tuan" Farid menunduk hormat kepada Tuan Eriq.
Mereka sekeluarga terus sahaja memasukkan barang kedalam kereta Range Rover lalu terus sahaja pulang ke rumah.
.
.
Alisa mandi dan terus siap siap mahu ke kafenya . Rindu latte di kafenya itu. Alisa memandu kereta BMW miliknya untuk ke Alisa's Kafe iaitu kafe miliknya.
"Puan Alisa kenapa datang. Rehat la kat rumah mesti penat" Kak shahila terus mendekati bossnya Itu. Pelik juga selalunya orang terus sahaja rehat bila berjam jam dalam flight tapi bossnya itu terus sahaja ke Kafe..
"Saya tak rasa penat Kak.. saya rindu nak minum latte kat kafe saya ni" jawap Alisa dengan senyuman tak lekang dari bibirnya.
"Yelah kalau macam tu. Biar saya buatkan Puan air ya? Puan duduk dahulu" ujar Kak shahila dengan senyuman. Alisa memang seorang yang lemah lembut. Badan Alisa yang kecil Itu di pandang. Seperti budak sekolah rendah sahaja.
"Okay Kak. Terima kasih ya"
Alisa terpandang susuk tubuh yang sedang memerhatikanny , terus saja Alisa mengoyakkan senyum lebar lalu menghampiri orang itu.
Tengku Asyraf nampak hot dengan baju kemeja yang berwarna biru muda."Hai gorgeous. Miss me ?" Soal Tengku Asyraf lalu menjongketkan sebelah keningnya.
"Eee tolong jangan perasan okay" ujar Alisa lalu menjeling Tengku Asyraf. Ah ! Tipu saja tu mestilah dia rindu. Tapi takkan nak jujur pula kan? buat malu aje....
Tengku Asyraf tersengih lalu memerhati Alisa . Alisa hanya memakai hoodie hitam yang bertulis 'you're my sunshine' dan tudung bawal berwarna putih. Makeup gadis Itu hanya natural sahaja. Sangat cantik.
"Ehem" Alisa berdehem apabila Tengku Asyraf memerhatikannya. Dia rasa tidak selesa apabila Tengku Asyraf memandangnya begitu.
"Er sorry . Kau cantik harini" ujar Tengku Asyraf.
Terus merah muka Alisa apabila Tengku Asyraf memujinya. 'ah Kau ni kenapa Alisa . Dia puji pon nk Blushing sampai Macam ni kenapa' marah nya di dalam hati.
"Kau ...busy tak?" Soal Tengku Asyraf apabila muka Alisa sudah merah padam. Ingin saja dia ketawa tetapi dia tahan kang merajuk tak pasal kena pujuk kat sini ..
Alisa hanya menggelengkan kepalanya .
"So boleh kalau aku nak luang masa dengan kau? Rindu nak sembang dengan kau . Seminggu aku tahan rindu" ujar Tengku Asyraf sambil menongkatkan dagunya lalu memandang tepat ke mata Alisa.
Alisa mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Laju jantungnya berdegup apabila Tengku Asyraf memandangnya .."Bo..Boleh boleh" ujar Alisa gagap kerana pandangan mata Tengku Asyraf yang tajam Itu.
"Aku nak tanya. Kafe ni mak kau bagi time birthday kan? Sebab apa dia bagi kafe ni ?" Soal Tengku Asyraf tanpa mengalihkan pandangannya daripada Alisa.
"Saya suka latte . Masa umur saya 8 tahun saya pernah cakap dengan mama 'nanti angah dah besarkan mama angah nak buka kafe ,nanti boleh minum latte hari ii' lepastu mama pon hadiahkan kafe ni dekat saya masa umur saya 20 tahun" jawap Alisa.
"Oh ! Comel perangai" Ujar Tengku Asyraf lalu menghirup kopinya. Harini dia tukar menu selalunya latte tapi harini tekaknya inginkan kopi panas.
Alisa hanya menyimpan senyumannya. Dia rasa selesa bila bersama Tengku Asyraf. Suka ? Hm dia sendiri tidak tahu dengan hatinya itu..
YOU ARE READING
CINTA GADIS LATTE || ✓
RomansaNurul Alisa. Bermata biru dan rambutnya perang. Sungguh cantik. Siapa yang lihat pasti akan sukakannya. Peramah , lembut,sopan. Memang lengkap semuanya dalam diri Alisa. Selalu di beri kasih sayang yang cukup dari keluarganya. Hidupnya tenang sampai...