Bab 41

482 23 0
                                    

"Mayat dia kau campak mana ?" Soal Xiong kepada Xian.

"Budak-budak Danish yang uruskan. Dia orang bakar"

"Mati juga cina tu . Tapi hutang aku.. huh biar dia terseksa dekat neraka tu" Kata Xian.

"Redha sajalah. Dah jom kita pergi kang lewat pula" Xian dan Xiong memasuki kereta Volvo berwarna putih. Mahu ke hospital.

Sudah seminggu Alisa koma . Kata doktor tikaman Itu agak dalam nasib tidak kena di organ yang penting.

"Angah sayang, bangunlah mama papa datang ni" Tuan Eriq mengusap lembut kepala Alisa yang di tutup oleh tuala kecil. sudah lima hari mereka di London tetapi Alisa masih belum sedar dari komanya.

"Alisa kuat. Papa tau Alisa kuat. Angah jangan tinggalkan mama dengan papa tau . Papa sayang angah. Semua orang sayang angah. Bangun cepat ye nak" Katanya lagi. Air mata yang di tahan akhirnya tumpah jua.

"Akak bangun lah. Am rindu Akak . Akak nak tinggalkan am ke?" Amsyar yang mendapat tahu berita Alisa ditikam dari papanya terus sahaja menangis teresak esak sebab risaukan Alisa.

Air mata Alisa mengalir lagi. Eriq terus sahaja mengusap pipi Alisa yang basah Itu dengan ibu jarinya. Dari haritu bila mereka melawat Mesti Alisa akan menangis dalam keadaan koma.

Tengku Asyraf hanya melihat sahaja dia tidak mahu menganggu ahli keluarga Alisa. Dia mengeluh.

'Bangunlah sayang. Abang perlukan Alisa dalam hidup Abang. Hidup Abang kosong tanpa Alisa' Hati Tengku Asyraf menjerit. Dia mahukan Alisa disisinya, dia belum sedia untuk kehilangan isterinya itu.

"Assalamualaikum" Xian memberi Salam apabila masuk ke dalam wad yang Alisa berada.

"Waalaikumsalam" jawap semua yang berada di dalam wad Alisa. Mereka tersenyum manis kepada Xian dan Xiong

"Ni saya ada bawak buah tangan sikit" Xiong dan Xian meletakkan buah tangan di meja wad Itu.

"Danish mana ?" Soal Tengku Asyraf apabila bayangan Danish tidak kelihatan.

"Dia tengah makan kat kantin tu"

"Kau okay Raf ? Muka kau nampak Penat. Badan Kau pun nampak susut dah" Xiong menepuk belakang kawannya itu.

"Aku okay. Aku tak makan lagi . Aku nak tunggu isteri aku ,nak makan sama-sama" ujar Tengku Asyraf lalu tersenyum pahit. Selama seminggu ni dia hanya minum air kosong. Makan pun hanya roti sahaja untuk alas perut.

Tengku Aariz tersenyum nipis lalu mengusap belakang anaknya. Dia turut sedih melihat anak sulungnya bersedih.

Apabila Danish masuk sahaja mereka terus membaca Yasin bersama sama.
Usai membaca Yasin ,Tengku Asyraf mengucup lembut dahi dan kedua belah pipi Alisa.

Tengku Aini memandang muka Alisa yang pucat. Dia juga takut kalau akak iparnya itu pergi. Dia tidak sanggup, dia tak akan terima orang lain selain Alisa.

Keluarga Tengku Aariz dan Tuan Eriq bersembang di sofa yang disediakan. Amsyar pula setia duduk di sebelah Tengku Asyraf . Dia pun mahu menunggu Alisa bangun . Danish ,Xiong dan Xian pula duduk bersama dengan keluarga besar Itu.

Semasa Tengku Asyraf memandang Alisa dia melihat jari kelingking Alisa bergerak sedikit. Terus Tengku Asyraf memandang Amsyar.

"Am nampak ?"
"Nampak ? Nampak apa ?"

Terus sahaja Amsyar memandang kakaknya Itu . Tiada apa-apa pun.
Tiba-tiba dia melihat mata Alisa terbuka sedikit lalu tertutup semula dan akhirnya mata Alisa terbuka luas. Terus Amsyar tersenyum gembira. Alhamdulillah kakak dah bangun !.

"Abang" Alisa memanggil suaminya dengan suara yang serak dan lemah.

Semua di situ terus sahaja mendekati Alisa.

"A..air" ujar Alisa lalu terbatuk.

Terus sahaja Tengku Asyraf memberi segelas air kepada Alisa dan membantunya minum. Alisa meneguk air kosong Itu sehingga habis. Tekaknya terasa perit. Mungkin sebab sudah lama dia tidak sedarkan diri.

"I miss you sayang" Tengku Asyraf mengusap lembut kepala isterinya.

"I miss you too Abang" Alisa tersenyum lalu menyalam tangan suaminya.

"Alisa minta maaf. Lisa jahat dengan abang. Maafkan Lisa ya?" Alisa memandang muka suaminya.

Tengku Asyraf senyum manis lalu mengusap pipi Alisa dengan sebelah tangannya. "Abang dah lama maafkan Lisa. Bukan salah Lisa seorang, Abang pun salah. Abang terlalu ikutkan ego Abang. Maafkan Abang juga ya, gorgeous?"

"I love you Abang" Alisa dan Tengku Asyraf membalas senyuman.

Mereka yang di situ hanya memerhati . Sebak. Seperti mereka yang berada disituasi Itu. Mama dan papa Alisa hanya tersenyum. Alhamdulillah semuanya sudah selesai.

.

Keluarga mereka sudah pulang ke rumah kerana waktu melawat sudah habis . Hanya tinggal Alisa dan Tengku Asyraf sahaja.

"Sayang ,Abang minta maaf tau" ujar Tengku Asyraf yang duduk di sebelah Alisa. Sudah berapa kali Tengku Asyraf meminta maaf kepada Alisa

"Bukan salah Abang" Alisa tersenyum lalu melentokkan kepala di bahu suaminya.

"Alisa rindu Abang. Alisa rindu orang yang selamatkan Alisa masa kena gigit ular dulu " Alisa memandang muka Tengku Asyraf lalu tersenyum manis.

"You remember?" Soal Tengku Asyraf.

"Yes . Time koma tu" Alisa tersengih.

Terus Tengku Asyraf tersenyum apabila teringat tentang Alisa dan dia di Switzerland dulu. Dia berkawan dengan Alisa dari kecil lagi. Tapi sudah besar mereka berpisah dan Alisa sudah lupakan Tengku Asyraf. Tengku Asyraf pula sentiasa memerhatikan Alisa.

"Abang, Lisa lapar"

"Jap ye Abang telefon Xian"

"Okay!"

"Assalamualaikum bro! belikan makanan untuk aku ngan isteri aku"

"Waalaikumsalam ok boss !"

Alisa ternganga melihat Itu. Xian Islam ?

"Abang, Xian Islam ?" Soal Alisa apabila suaminya sudah Tamat menelefon.

"Ya Xian dan Xiong Islam. Nama Islam Xian ,Haikal dan Nama Islam Xiong, Harriez. Tapi mereka lebih selesa di panggil dengan nama cina" terang Tengku Asyraf

"Ouhhh baru tauu"

"Sayang.. remember okay ! Buat masa ni jangan minum?"

"Latte dan apa sahaja air yang ada kafein" jawap Alisa lalu mencebikkan mukanya.

"Makan pon kena jaga juga" Tengku Asyraf mencubit hidung mancung isterinya.

Terus sahaja Tengku Asyraf tersenyum. Rindu dengan isteri comelnya Itu.

CINTA GADIS LATTE || ✓Where stories live. Discover now