Bab 18

339 27 0
                                    

Alisa memandang papa dan mamanya. Dia tidak tau macam mana nak mulakan.

"Mama papa" Alisa meletakkan sudu dan garpunya di pinggan.

"Ye sayang? Kenapa ada masalah ke sini share dengan papa" soal Tuan Eriq apabila Alisa hanya diam sahaja.

"Bukan.. em esok Lisa nk bawak sorang lelaki jumpa mama papa" ujar Alisa. Dia tersengih apabila makjah memandangnya.

Papa dan mamanya berpandangan lalu tersenyum.

"Boleh!" ujar papa mamanya.

Mereka makan sambil berbual bual. Along dan isterinya tiada kerana pergi honeymoon di Switzerland. Amsyar pula pergi ke rumah kawannya di Johor Bharu.

Makjah menyimpan senyum. Dari Mula majikannya berumah tangga sehinggalah anak majikannya sudah besar dia di rumah ini. Dari anak majikannya kecil. Dia yang jaga dan sekarang semuanya sudah dewasa dan tidak lama lagi Alisa dan Amsyar akan membina rumah tangga. Cepat masa berlalu. Kalau lah suaminya masih hidup. Kalau lah dia ada anak. Pasti dia akan gembira.

Makjah membasuh pinggan dan cawan yang kotor di dapur. "Makjah, Alisa nak tolong boleh?" Alisa tersenyum manis kepada makjah.

"Boleh" makjah memandang anak perempuan majikannya.

"Tak lama lagi mesti kamu akan bina rumah tangga. Dapatlah makjah main dengan cucu pula" ujar makjah dengan senyumannya.

Alisa tersenyum. "Makjah doakan Lisa ya ?"

"Makjah sentiasa doakan Alisa. Makjah jaga Alisa, Danial dan adik kamu Amsyar dari kecil lagi. Makjah dah anggap kamu semua anak makjah" makjah menutup paip apabila dia sudah siap membersihkan sekeliling singki.

Alisa mengukirkan senyuman nipis. Makjah lah ibu kedua baginya. Dulu mama dan papanya selalu ke overseas kerana Hal kerja. Makjah dan pakcik Osman lah yang menjaga dia dan juga Danial. Tapi tidak lama lepas itu pakcik Osman meninggal kerana serangan jantung. Masa itu lah dia nampak bertapa lemahnya makjah. Sudahlah makjah tidak dikurniakan anak. Katanya tiada rezeki. Tapi makjah hanya redha. Suaminya pun tidak pernah kisah tentang hal Itu.

Makjah memang seorang yang kuat!

.

"Assalamualaikum auntie uncle" Tengku Asyraf menyalam tangan Puan Amira dan Tuan Eriq.

"Waalaikumsalam jangan uncle untie sangat lah panggil aje mama papa. Dah jum masuk!" Puan Amira membawa Tengku Asyraf duduk di ruang tamu.

"Kenalkan diri kamu" Tuan Eriq memandang muka Tengku Asyraf dengan senyuman dibibirnya.

"Nama saya Tengku Asyraf ,22 tahun" ujar Tengku Asyraf

Makjah datang membawa air teh o dan juga kek coklat . Selesai meletakkan semua Itu makjah kembali ke dapur untuk menyambung kerjanya

"Dah lama kenal anak papa ?" Soal Tuan Eriq.

"Dua bulan macam tu la" ujar Tengku Asyraf lalu menghirup teh o nya.

"Bagus ! Lepasni jaga dia elok-elok ye . Nanti Pergi Pulau Perhentian tu jaga anak kami ni okay ?" Ujar Tuan Eriq dia mengusap belakang Alisa.

Mereka berbual dan berkongsi cerita cerita. Tuan Eriq dapat rasakan yang Tengku Asyraf ini anak kepada kawan karibnya.

Malam Itu Alisa mengemas barang barangnya untuk ke Pulau Perhentian. Esok mereka akan bergerak malam tapi Alisa mengemas awal sedikit jadi esok hanya tinggal menunggu mereka sahaja. Usai mengemas Alisa pergi ke bilik papanya namun papanya tiada . Alisa menekan butang di tepi rak buku kerja papanya lalu terbuka . Alisa memasuki bilik Itu dan turun ke bawah.

CINTA GADIS LATTE || ✓Where stories live. Discover now